Wednesday, April 24, 2013

Democracy – The Election (Intro)


Democracy – The Election (Intro)





Adakah anda masih bersama kami???

Pada yang masih setia menunggu.,

Tahniah saya ucapkan,,,,,

Bermakna anda sudah  bersedia.

Ayuh !! ......




** WARNING !!!!



1-Bukan semua benda di dalam dunia ini adalah hasil konspirasi.
2-Jangan menjadi mangsa conspiracy theorist yang berniat jahat atau keliru.
3-Bagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi musuh-musuh Allah,akhirnya yang menang adalah Allah s.w.t kerana tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Sesungguhnya mereka(musuh Allah) merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Aku(Allah) pun membuat rencana (pula) dengan sebenar-benarnya.”
(Ath –Thaariq 86: 15-16)

====================================================================================================================================================


Artikel yang akan kita bincangkan kini adalah berada di bawah tajuk

:::::::::::::::::::::::::::::
“The Election”
::::::::::::::::::::::::::::::



Kepada pembaca siri Democracy - A Tactical Games yang baru, sila semak siri yang lepas untuk meningkatkan kefahaman anda. Ini adalah siri kedua dibawah tajuk “The Election” iaitu dalam bahasa melayu membawa maksud “Pemilihan”





" It is all around us, even now in this very room...
You can see it when you look out your window or when you turn on your television...
You can feel it when you go to work..."
(Morpheus -The Matrix)




Negara- negara barat seperti Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan negara penjajah lain sentiasa mencari jalan sedaya upaya agar pemerintahan islam tulen(Khilafah Islamiyah) tidak tertegak lagi di bumi ini khususnya di Jazirah Arab dan negara – begara islam yang lain. Bukan saja di jazirah arab, bahkan “ambisi syaitan” ini juga tidak boleh tidak, mereka mahu seluruh dunia menggunakan sistem yang bertentangan dengan corak khilafah islamiyah itu sendiri.

Jadi setiap tingkah laku dan corak pentadbiran arab perlu berada di bawah telunjuk mereka. Bagaimana hendak merealisasikan “misi hitam” mereka itu?? Pertama dahulu, sebenarnya siapakah mereka??
Merekalah yang merancang permainan ini. Dalam term permasalahan ini, Merekalah yang kami sebut sebagai Mastermind.


KENAPA HARUS JAZIRAH ARAB  ???

Hadis riwayat Zainab binti Jahsy ra. :

Bahawa Nabi saw. bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallaah, celakalah orang-orang Arab karena suatu bencana akan terjadi, yaitu hari ini dinding (bendungan) Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini.
Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari).
Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.
 (Shahih Muslim No.5128)

Kalian lihat, terdapat kodeks-kodeks yang aneh di dalam hadis ini sebenarnya memberitahu kita berkenaan sesuatu,, tetapi apakah kita memahami??

“Kerajaan Boneka”

Mengawal negara-negara melalui boneka atau proksi-proksi mereka adalah sudah semestinya,namun dengan gaya baru yang lebih maju.Meletakkan boneka setelah melanggar sesebuah negara tidak lagi menjadi pilihan kecuali beberapa kes tertentu seperti di Afghanistan dan Iraq.Ini kerana kedua-dua negara itu terletak dalam wilayah 'Khurasan' yang diramalkan di dalam hadis-hadis nabi.
Ini wilayah 'blacklist' yang MESTI dikawal kerana pergerakan Mujadid agung diramalkan dikesan akan bergerak di sini.Jadi pelu untuk mengawal wilayah panas ini,supaya jika pergerakan Tentera Panji Hitam berkemungkinan akan melalui wilayah ini,mereka dengan segera akan mampu dicantas pergerakannya dengan menghantar 'air-strike' atau peluru berpandu.Jadi kedua-dua negara itu perlu diletakkan segera boneka-boneka supaya tidak akan membantu pergerakan pejuang akhir zaman.Namun negara-negara lain  seperti Arab Saudi misalnya,para pemimpin mereka ditaburkan kemewahan dan gaya hidup berfoya-foya supaya mampu menari mengikut rentak The Hidden Hand.Semua negara-negara Arab dididik supaya bersikap nafsi-nafsi supaya tidak mencampuri urusan negara-negara Islam lain terutamanya sekitar mereka yang ada masalah dengan Israel.INI SEMUA ADALAH SEBAHAGIAN PROGRAM MINDCONTROL tajaan Amerika-Israel terhadap pemimpin-pemimpin Arab yang dungu.
Jadi, sudah nampakkah misi apakah mereka laksanakan it??

Misi pertama mereka ialah untuk menghapuskan sepenuhnya sistem khilafah.Maka, sebuah ideologi pemerintahan baharu perlu dibina,dengan syarat, ideologi baharu ini boleh mencipta kerajaan boneka mereka, dimana – mana sahaja mereka mahu di seluruh dunia. Oleh itu, sebuah perancangan secara besar – besaran perlu dicaturkan oleh Mastermind kepada seluruh masyarakat dunia.


“ When they colonized a part of the world, they do not leave, they do not decolonize until unless they have put in place institutions which will ensure the dark society will continue to be rule by them... and in the process they seek to transforms the rest of mankind into carbon copy of themselves...”
(Syeikh Nazar Imran Hj. Hosein)


Persoalannya ialah...


Apakah perancangan itu ???

Ini adalah sebuah permainan. Caranya mudah saja. Siapa yang menjadi hero haruslah menunjukkan ciri- ciri ke“hero”annya. Dengan kata lain, jika hendak dikenali sebagai hero/antagonis, kena lah diwujudkan watak hitam/protagonis yang akan menentang hero tersebut. Tujuannya ialah untuk mengaburkan mata masyarakat seolah – olah watak hitam itu adalah musuh kepeda hero, namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Di sini, kita akan sedar bahawa, betapa pentingnya watak jahat dalam permainan ini... supaya lebih menyerlahkan atau dengan kata lain, menyokong kewujudan watak hero.

fahamkah ?? atau tidak faham??
Ingat.... sebelum menjual ubat- ubatan, perlulah ada penyakit dahulu..
Belum faham ??
Baiklah saya permudahkan. Dalam istilah komputer

“Untuk menjual antivirus , maka kena lah ciptakan virus”

Creat a problem.... to sold a solution..
Ciptakan huru-hara, dan datangkan penawarnya yang sudah dirumuskan dengan ramuan kesyaitanan mereka.

Nampak macam kejam.. kan?? Memang kejam pun.
Tapi inilah hakikatnya dunia hari ini

“ Kenyataan adalah bertentangan dengan penampilan”

Sebab itulah sejak akhir – akhir ini, banyak timbul penyakit- penyakit berjangkit seperti wabak selsema burung, H1n1, H5n1, dan terbaru,, H7n9... nampak tak kod pada virus itu,..sudah terang lagi bersuluh,. Penyakit – penyakit yang muncul adalah hasil pembaharuan/breakthrough yang seolah –olah ada kajian dilakukan oleh pihak tertentu untuk menghasilkan penyakit lain, mungkin lebih bahaya dan lebih berkesan berbanding dengan sebelumnya. Allah lebih mengetahui..

Apakah tujuan semua ini? Mewujudkan kemudharatan dahulu, kemudian mendatangkan penawarnya pula??

Jika kita lihat dari sudut sejarah, taktikal ini sudah banyak digunakan oleh imperialis- imperialis sejak dahulu lagi. sejak era peperangan dunia I dan II, mereka menjalankan konspirasi dengan idea yang sama. Ini lah yang dikatakan teknik “mind-control” . Tidak perlu menyusahkan diri dengan peperangan melibatkan tentera yang ramai, yang perlu hanyalah pandai menggunakan pendekatan psikologi.
Iaitu menanam rasa “PANIC” kedalam fikiran masyarakat dunia. Dan seterusnya, laksanakan misi.

Jadi, apa kaitannya PANIC dengan ELECTION

Sekali imbas. Nampak jauh perkaitannya. Nantikan akan diterangkan satu persatu.


 “ When they colonized a part of the world, they do not leave, they do not decolonize until unless they have put in place institutions which will ensure the dark society will continue to be rule by them... and in the process they seek to transforms the rest of mankind into carbon copy of themselves...”
(Syeikh Nazar Imran Hj. Hosein)


PERANCANGAN MEREKA IALAH... CIPTAKAN CHAOS/PANIC melalui PEPERANGAN Dan SEBARKAN IDEOLOGI BAHARU MEREKA...IAITU DEMOKRASI

Sudah nampak kah, apa yang dibawa oleh British setelah imperialis ini menjajah di tanah melayu semenanjung? Belanda di Tanah melayu sumatera? Dan imperialis Perancis, Amerika, Portugis dan Sepanyol di tanah – tanah melayu lain(Filipina,Borneo,Indochina,dll)??

DEMOKRASI !!!!!! itulah yang mereka laungkan.. sebarkan slogan demokrasi secara PAKSA, melalui PEPERANGAN. Perangi mereka yang tidak mahu menerima sistem ini, hapuskan sistem beraja, dan paksa raja- raja mereka menandatangani perjanjian bersyarat yang syaratnya SEPENUHNYA memberikan keuntungan kepada imperialis.

Dan semua ini boleh diimbas di dalam sejarah negara Malaysia hari ini.

Sekarang sudah nampak???

PANIC -> DEMOCRACY -> ELECTION

Cara yang sama dengan teknik yang sama menuju matlamatnya
kepada tajuk yang difokuskan dalam siri kedua ini iaitu “PEMILIHAN”.


Akan bersambung di artikel seterusnya.......


~ Democracy – The Election bahagian 2

Nantikan ...
Hanya di Diariummatmu...



~ A Man From The East
10:43 pgi
14 April 2013
Tambrabhumi, Tanah Melayu, Nusantara