Wednesday, February 27, 2013

Fitnah Fitnah Dajjal


APAKAH AYAT-AYAT SUCI INI MENGGAMBARKAN GOLONGAN YANG TERMAKAN FITNAH & TERIKUT-IKUT DENGAN SISTEM POLITIK DEMOKRASI CIPTAAN KUFFAR..?









"Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri) dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab."

"(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

"Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik."

"Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). (Surah Al Rum : Ayat 29 - Ayat 32)


Setelah disempurnakan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebagai satu-satunya agama yang diredhai ALLAH, tidak sepatutnya umat Islam berpegang kepada cara hidup yang dicipta (Demopkrasi) selain dari apa yang telah diajarkan dalam Al Quran dan As Sunnah..

Jika kita yakin sistem demokrasi adalah sistem syirik, kita diperintah mengajak ahli keluarga, sahabat dan masyarakat kembali kepada ALLAH, berpegang teguh kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah..

Bukankah sudah sangat jelas bahawa Demokrasi telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak seperti yang dinyatakan dalam ayat 32 surah Al Rum di atas..?

Hayati, renung dan fikirkanlah wahai umat Islam akhir zaman.. Kita mahu menjadi musyrik berpecah belah dalam agama demokrasi..?

Atau kita mahu mengajak seluruh umat Islam kembali bersatu berpegang teguh mengamalkan Al Quran dan As Sunnah..?

Kita sudah ada Al Quran dan As Sunnah yang lengkap dan sempurna, mengapa mahu memilih Demokrasi yang jelas dicipta golongan Kuffar yang mengingkari Al Quran dan Sunnah..?

Ingatlah, kelak di Mahkamah ALLAH, kita semua akan ditanya..!

Kita akan ditanya..!

Kita akan ditanya..!

Kita akan ditanya..!

**Sebarkanlah peringatan ini kepada semua sahabat FB dan di luar FB**

Tuesday, February 26, 2013

The Death

The Death


Satu perkara dalam dunia ini yang semua manusia tidak boleh lari sama ada dia muslim atau non-muslim ialah mati.Ini adalah sesuatu yang universal dan manusia tidak punya daya kekuatan apa-apa untuk menghalang kematian.

Manusia pasti akan mati suatu hari nanti.Kematian adalah hukum sains yang paling konkrit dan tidak akan berubah-rubah sebagaimana hukum Fizik;dari Newton,ke Relativiti,seterusnya berubah ke Kuantum dan kemudian ke Teori String dan seterusnya...namun persoalan mati adalah kepastian yang pasti dan pasti...tidak kira sama ada dia Islam,Kristian,Hindu,Buddha...atau Atheis sekalipun yang tidak mempercayai Tuhan...

DIA PASTI AKAN MATI.

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati" dalam AlQuran surah Al-Ankabut ayat ke-57,Allah swt telah menegaskan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.Kematian adalah pasti dan pasti.Sama ada orang kaya,miskin,tua,muda...mereka pasti akan mati.Manusia berperang,bergaduh,tipu sana tipu sini,makan rasuah,merompak mencuri dan sebagainya semuanya akan mati.

Tiada siapa yang boleh halang The Death.Amerika dan Rusia tidak ada daya upaya melawan The Death.Lenin...seorang Atheis agung yang bencikan Tuhan ketika saat kematiannya dalam azab sakaratul maut yang menggila,mengeluh...

Tuhan...aku sakit...

Kematian ni...pemutus kelazatan.Dunia ni memang lazat bagi ahli dunia,orang yang cintakan dunia.Lihat mereka bina bangunan tinggi-tinggi dan berhibur dari siang ke malam.Kemudian mati.Apakah erti hidup ini?Kekayaan...nikmat muda,hiburan itu tidak kekal lama.Dunia ini kelazatan dia sementara...ada expired date.Waktu muda kita seronok bergelak ketawa bersama kawan-kawan,bergaya berfesyen sana sini namun bila tua...kulit berkedut...tulang-temulang sudah lemah dan sakit...waktu itu dunia ini bagaikan tiada ertinya lagi.

Namun akhirat kelazatan dia kekal abadi selamanya.Orang kafir mencari dunia ini sungguh-sungguh kerana mereka tiada tempat di akhirat.Apakah erti hidup ini....?Kita dilahirkan kemudian mati...ke mana kita selepas itu?

Mengapa Allah swt pilih saya sebagai muslim?Mengapa tidak pilih Ah Chong?Mei Lin?Raju?James?Nampaknya iman dan hidayat itu terlalu mahal.Mereka yang dipilih hidup sebagai kafir akan hidup dan mati sebagai kafir dan di akhirat nanti dibakar di neraka.Nampaknya iman dan hidayat itu terlalu mahal namun ada orang ingin keluar dari Islam hanya untuk merasa sedikit kelazatan dunia ini yang ada expired date dan hilang setelah mati.

Mengapa daku tidak memilih hidup kekal di akhirat?Kelazatan di akhirat tidak ada expired date dan kekal abadi selamanya-lamanya.Manusia hidup di dunia seolah-olah tidak akan mati.Mereka tidak menyembah Allah swt dengan alasan sibuk berkerja.Sibuk dengan dunia ini yang akan hancur.Mereka sibuk menambah rumah dan membina bangunan-bangunan di dalam dunia ini yang akan hancur dan dirinya yang akan mati.Orang yang bijak akan mempersiapkan kuburannya,kerana kelak mereka akan tinggal di kubur beribu-ribu tahun.Orang yang terakhir mati di dunia ini dan jarak masa dia menunggu hingga kebangkitan bukan sehari dua tetapi beribu tahun.Manusia hidup di dunia purata 63 tahun tapi menyiapkan kehidupan di dunia lebih dari mempersiapkan hidup di alam barzah hingga di akhirat yang kekal abadi.

Orang mukmin akan berkerja keras mentaati perintah Allah swt serta meninggalkan larangan-Nya semasa di dunia,kemudian berehat di dalam kubur,bersarapan di Padang Mahsyar,minum pagi di Telaga Kautsar dan menghadiri jamuan tengahari di syurga Allah yang kekal abadi.

Apakah erti hidup ini?Kita berhidup dan akan mati.Bagaimana rasanya kematian itu?Ke mana kita akan pergi selepas mati?


~ Srikandi IIUM 8.50am

Friday, February 22, 2013

Sabah/Malaysia & Sulu (bhgian 2)





Senario Keempat


Dalam pelajaran yang lepas 'The Power of History' saya ada beritahu bahawa dalam dunia yang dikatakan bertamadun pada hari ini,pihak-pihak yang berkaitan akan cuba berdiplomasi dan berunding sebelum beralih ke drama seterusnya.Komponen diplomasi yang paling ampuh ialah,

The history.

Sekarang mari kita lihat The Game.Terdahulu,saya ada senaraikan 3 senario dalam The Game.3 senario ini nampak bersifat antagonis.Dalam ilmu strategi,biasanya para jeneral akan melihat kemungkinan paling buruk dan risiko yang paling tinggi boleh diserap.Jadi 3 senario ini adalah salah satu cara untuk mengukur keupayaan.Apa yang saya paparkan ini tiada kaitan dengan politik murahan kepartian.Saya cuma ingin bawa anda sebagai pembaca melihat dari atas 'papan catur' bukan jadi buah-buah catur sebagaimana 'political slave' atau 'pawn of the game'.

'Political slave':suka dipengaruhi oleh gosip politik,cepat emosi dan pandangannya ditentukan oleh propaganda.
'Pawn of the game':membiarkan diri dilaga-lagakan musuh,dicaturkan,dipergunakan orang lain dan tiada prinsip sendiri.

Kajian kes ini boleh digunakan dimana-mana sahaja dalam pelbagai situasi.Ia sebagai contoh sahaja.Saya hanya mahu anda BERFIKIR.Jika anda melihatnya sebagai pelajaran (a lesson),saya ucapkan tahniah.

Jadi di sana terdapat 'senario keempat'.

Sebelum itu kita lihat dulu,entiti-entiti yang terlibat dalam The Game.

data loading...

The Sultan Sulu>
apa dia nak:Sabah
alasan:milik Kesultanan Sulu long...long...ago
Ulasan:

Pertama,kita perlu bertanya adakah orang yang itu adalah Sultan Sulu yang sah dan disokong oleh rakyat Sulu?
Kedua,tuntutan sebahagian Sabah atau seluruh Sabah?Mengikut sejarah,Sultan Brunei hanya beri sebahagian kecil sahaja dari Sabah kepada Sultan Sulu.Jadi bagaimana boleh menuntut ALL of Sabah?Tuntutan boleh bertambah mengikut masa.Pelik bin ajaib.
Ketiga,mengikut sejarah,hakmilik Sultan Sulu telah dipajak kepada Kompeni Inggeris.Kemudian kununnya 'The Last Sultan Sulu' telah sign satu perjanjian menyerahkan hakmiliknya kepada Filipina.Sebab itu Filipina ada 'tangguk sakti'.

Jadi The Sultan Sulu...game over.

The Filipino>
apa dia nak:wilayah milik Sultan Sulu
alasan:apa jua milik Sulu,Filipina punya!

Ulasan:

Filipina menanti peluang untuk menggunakan 'tangguk sakti'.Kemungkinan dia ni lengkap ada segala dokumen pasal itu.Tetapi terhalang oleh beberapa sebab.Antaranya Malaysia punya backup besar dari geng diplomasinya.Kedua,Laporan Suruhanjaya Cobbold.Laporan yang menunjukkan Filipina tidak popular dalam tuntutan itu.Ketiga,perjanjian yang telah dipersetujui oleh pemimpin2 Sabah seperti Tun Mustapha dan Tun Fuad Stephens mewakili penduduk Sabah.Keempat,faktor ekonomi.Hubungan buruk dengan Malaysia ibarat kanser ekonomi,jadi Filipina mengambil keputusan berbaik-baik dengan Malaysia.Malaysia bukanlah negara kuat,namun KUASA diplomasinya aneh.Sebelum apa-apa berlaku,baik berdiam diri dulu.

Jadi Filipina menunggu 'a game' seterusnya.

The Separatist>
apa dia nak:blah dari Malaysia
alasan:Malaysia jahat macam Pol Pot

Ulasan:

The Separatist memikirkan ia boleh menjadikan Sabah sebagai Timor Leste kedua.Cara ini mungkin berjaya dengan bantuan kuasa-kuasa asing.The Separatist mengambil model perjuangan Fretilin (Timor Leste) dan Organisasi Papua Merdeka (Papua Barat).Jika perlu mereka akan mengangkat senjata dan 'summon' kuasa-kuasa asing untuk keluarkan Sabah dari Malaysia.Bagi mereka Malaysia jahat macam Pol Pot.The Separatist memikirkan Malaysia telah sedut kekayaan Sabah dan mampatkan di 'Malaya'.Malaysia juga telah 'genocide' orang Sabah,kata mereka.

Jadi The Separatist menunggu orang lain untuk buka 'a game' untuknya.

The Foreigner>
apa dia nak>kekayaan & peluang 'bisnes' di Sabah
alasan:kepentingan diri sendiri

Ulasan:

The Foreigner bijak mengambil peluang sebagaimana Australia mengambil peluang atas minyak di Timor Leste.The Foreigner bertugas dalam pelbagai bidang.Ada yang memiliki 'bank' dan 'tabung bantuan' yang 'membantu' negara-negara miskin dan dalam konflik,contohnya IMF.Mereka akan ubah polisi negara sesukahati dan mengenakan bunga yang tinggi.Ada juga The Foreigner yang membekalkan senjata kepada kedua belah pihak yang berperang.Peperangan demi peperangan adalah lubuk bisnes bagi mereka.Boleh tonton filem Lord of War lakonan Nicholas Cage.Ada juga dari mereka yang suka menyibuk hal orang lain.Uncle Sam,dan dia menyangka dirinya Polis Dunia.Ada pula yang menjalankan DIVIDE & RULE ke atas negara-negara lain.Apabila berpecah,mereka akan laga-lagakan,kemudian lantik 'pemimpin boneka' di negara-negara yang jadi 'pawn of the game' itu.

Jadi,The Foreigner menonton The Game yang sedang berlangsung.Jika kena pada masa yang tepat,The Foreigner akan pegang joystick...




The Sabahan>
apa dia nak:Keharmonian,kedamaian dan perpaduan
alasan:adakah perlukan alasan lagi?

Ulasan:

Sabah adalah negeri berbilang kaum.Terdapat lebih 21 pribumi di Sabah.Orang Kadazan-Dusun,Orang Bajau,Orang Brunei,Orang Sungai...sekadar menamakan beberapa contoh mahukan keharmonian dan kedamaian.Mereka bencikan peperangan,suasana huru-hara dan keganasan.Sebagaimana penduduk di negeri-negeri lain di dalam Malaysia,mereka tidak suka orang luar masuk campur di dalam hal-ehwal mereka.Mereka mahu hidup sejahtera di Sabah,Negeri di Bawah Bayu.

Jadi The Sabahan melihat The Game sedang berlangsung.Sama ada The Game menentukan masa depan The Sabahan atau mereka yang membuat keputusan untuk The Game.


SENARIO KEEMPAT

Malaysia berunding dengan The Sultan Sulu.Malaysia menggunakan segala kemahiran diplomasinya yang pernah digunakan untuk melembutkan negara-negara besar macam China,Amerika dan United Kingdom.The Sultan Sulu adalah orang Tausug yang punya hubungan kekeluargaan dan agama dengan perunding Malaysia tersebut.Jadi rundingan ibarat 'perbincangan keluarga'.Trivia,kaum-kaum pribumi di Malaysia termasuk orang Tausug adalah 'a big family' iaitu suku-suku Autronesia.Namun 'adik-beradik' lebih kuat merajuk berbanding orang luar macam Komunis China atau Kapitalis Amerika.Perunding Malaysia cuba memujuk saudaranya...perbincangan masih berlangsung.Tiba waktu solat.Perunding Malaysia mengajak The Sultan Sulu solat berjemaah.The Sultan Sulu dan perunding Malaysia solat berjemaah bersama.

Dalam waktu yang lain,pihak SSDI dan 'Sultan-sultan jadian' telah diaturkan untuk duduk semeja bagi menyelesaikan masalah Sulu.Kekuatan masing2 perlu digunakan untuk membangunkan Sulu,bukan menuntut kekayaan peribadi masing-masing.Dalam hal ini SSDI diminta mengambil peranan serius.

The Foreigners,The Filipino,The Separatist dan lain-lain menunggu senario yang akan berlaku.Mereka akan bertindak terhadap keputusan.The Foreigners mula menelefon broker-broker dan para kontraktor mereka.

Rundingan disambung semula.

Adakalanya mereka seakan-akan mahu bertengkar.Adakalanya mereka gelak ketawa bersama.Ini sangat menghairankan.Apa yang mereka bincangkan?

Sementara itu The Sabahan membaca semua data-data tentang pihak-pihak yang terlibat dalam The Game.The Sabahan mencongak sendiri setiap risiko yang perlu dia bayar untuk setiap situasi.

The Filipino telah bersedia dengan 'tangguk sakti' di pintu imigresen Malaysia.

The Separatist mula melobi United Kingdom,penaung Komanwel.Kartel-kartel missionari Kristian dan kru-kru Sidang Injil Borneo mula berkampung di satu lokasi rahsia.The Jesuit mula membentang peta demografi.The Evangelist mengira berapa markas Tabligh di Sabah.

Malaysia dan The Sultan Sulu masih berbincang.Keputusan terletak kepada kemahiran diplomasi Malaysia dan sifat persaudaraan Sulu.

Namun keputusan tetap di tangan-Nya.

The Sabahan telah nampak apa yang sedang berlaku.

Apa yang dia nampak?

Sementara itu perunding Malaysia telah berjabat tangan dengan The Sultan Sulu.Mereka berpelukan tanda persaudaraan.

next...

War.

tetapi yang anehnya bukan melibatkan The Sabahan,The Sultan Sulu atau Malaysia.

Tetapi orang lain.

Siapa?

#gdssjrh
the historian

Monday, February 18, 2013

Keanehan Sesetengah 'Pejuang Islam'

Keanehan/Kebodohan Sesetengah 'Pejuang Islam'

Dalam beberapa kes sejarah,terdapat kesilapan yang saya sebut sebagai 'kebodohan/ keanehan' kerana mereka tak nak belajar sejarah dan pemalas.Lepas tu bila mati bukan diangkat sebagai wira tapi jadi beban dan menyusahkan orang Islam lain.

Contoh yang membingungkan ialah kes Mujahidin.Lepas halau Rusia,boleh pulak ketua-ketua jeneral Mujahidin berperang sesama sendiri rebut wilayah.Ini bodoh namanya.Lepas tu bangkit gerakan pelajar yang bosan lihat saban hari para Mujahidin gaduh sesama sendiri.Ingatkan lepas Russia blah,Afghanistan boleh aman.Tapi tak.Tamakkan kuasa pulak padahal sebelum tu dioranglah paling zuhud kononnya sampai boleh jatuhkan jet pejuang Sukhoi pakai AK-47 je.Masa Mujahidin perang dengan Rusia,tokoh-tokoh pelajar tu masih belajar di universiti.Lepas perang,mereka ambil keputusan lawan puak-puak Mujahidin yang bertelagah ni.Gerakan ini akhirnya kita kenal sebagai Taliban yang bermaksud 'pelajar'.

Kes lain ialah Hamas dan Fatah.Ini satu lagi kes bingung.Rakyat Palestin dah la tertindas,miskin,melarat...masa Perang Gaza dulu ada yang makan rumput je.Boleh pulak Hamas dan Fatah berperang sesama sendiri.Ini bodoh ke gila saya pun tak tahu.Sepatutnya mereka BERSATU TENAGA memerangi Israel.Ada orang kata mereka dilagakan.Kenapa biarkan diri dilaga-lagakan?Bagi saya satu je.Tamak.

Di Filipina...ini yang saya nak sentuh...ada dua puak besar MILF dan MNLF.Mula-mula MNLF wujud.Pemimpinnya Nur Misuari.Lepas tu macam biasa ada yang tak puas hati.Nur Misuari banyak buat perbincangan tapi ada yang desak buat pemberontakan.Maka muncullah MILF dipimpin oleh Hashim Salamat.Kemudian ada pula kumpulan-kumpulan separa tentera macam Abu Sayyaf.Entah betul ke tak mereka ni atau diupah Filipina.

Mereka ni macam badut sarkas.Tak habis-habis buat drama.Paling lawak Abu Sayyaf..Ada yang buat rundingan berjam-jam dengan Filipina.Ada yang ugut nak bom sana sini.Ada yang culik pelancong.Ini geng Abu Sayyaf.Culik dan minta wang.Macam filem Hollywood.

Ini belum lagi kira sultan-sultan palsu yang berangan-angan makan tanggung berak cangkung.Dahla bingung tak tahu nak tadbir negeri,boleh pulak nak tuntut itu dan ini.Sepatutnya semua sultan palsu ni BERSATU dan berbincang nak majukan Sulu.Tapi tenaga dan masa mereka dihabiskan untuk tuntut kekayaan dan tanah untuk diri sendiri.Pelik bin ajaib.

Wang pajakan tu yang kata dibayar sewa kononnya berapa banyak?Siapa yang dapat?Ke mana pulak wang tu pergi?Kononnya 'sultan' yang dapat duit tu hidup mewah di Manila padahal 'rakyat'nya melarat di Jolo.Ada ke wang pajakan tu digunakan untuk bina sebatang tiang atas nama muslim Sulu?Ada ke takde?

Saya sensitif sebab mereka saudara seagama saya.Saya marah sebab mereka buat kesilapan dan membiarkan diri dipermainkan orang kafir.Apa yang berlaku pada mereka (Tausug) sekarang sama macam yang berlaku pada orang Melayu dan raja-raja mereka 200 tahun dulu.Tapi orang Melayu pandai diplomasi.Kadang-kadang nampak macam mengalah tapi sebenarnya ada muslihat.Ada ke pernah British buat 'massacre' di Tanah Melayu macam Amerika dan Sepanyol buat pada orang Sulu?Orang putih ni you all kena pandai diplomasi dengan diorang baru diorang respek you.Kalau dia baru nak bercakap you dah angkat tombak dan parang,memang gone with the wind lah.Ukur baju di badan sendiri.Saya lihat paling sukar adalah Kesultanan Kedah sebab hadapi Inggeris,Belanda (minimum),Siam dan Burma.Tapi akhirnya Kesultanan Kedah tetap survive sehingga menjadi institusi raja paling tua mengatasi semua institusi raja-raja 4 negara tadi.England monarki mereka bermula tahun 927 oleh Æthelstan tapi ini masih raja Anglo-Saxon lagi bukan pure Englishmen.Lepas tu silihganti dengan Norman (sedara dengan Norse & Viking) dan Danish King termasuk raja-raja Scot.Betul-betul pure monarki England mungkin era Angevin dan Magna Carta abad ke-13.Monarki British yang hidup sampai hari ni pula start tahun 1707 bila bergabung dengan Scotland.Boleh tengok filem Braveheart oleh Mel Gibson pasal raja England berperang dengan highlander Scots.Belanda start tahun 1806 sebelum tu kena jajah dengan Napoleon.Sebelum tu pulak berperang dengan Sepanyol.Yang jajah Indonesia bukan raja Belanda tapi Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) tapi mereka dapat restu kerajaan.Siam start dari dinasti Chakri abad ke-18 dan Burma pun start abad ke-18 melalui dinasti Konbaung (pupus lepas kalah dengan British dalam Perang Burma-Inggeris Ketiga)

Tapi perlu diingat,dinasti England sekarang start 1901 iaitu House of Saxe-Coburg and Gotha (kemudian jadi House of Windsor).Tapi Kesultanan Kedah tak putus salasilah dengan hanya satu dinasti sejak 1136 Masehi!Itupun diambil era Islam.Sebelum tu raja-raja Kedah Tua entah berapa generasi sampai era Srivijaya dan Langkasuka.

Moralnya,jika kita tak ada kekuatan fizikal,kita kena ada kemahiran melobi dan diplomasi.Yahudi pakar dalam melobi dan cucuk jarum.Tapi Melayu pandai diplomasi dan pujuk-memujuk.Tapi apa sudah jadi pada orang Sulu?Asyik2 nak tunjuk senjata.Seram ne...

Orang yang bijak tidak akan terburu-buru mempamerkan senjatanya.Harimau,apabila tidak menyerang,dia akan MENYIMPAN KUKUNYA.

Jadi pencerobohan di Lahad Datu itu adalah salah satu tindakan bodoh 'pejuang Islam'.Sebab apa?Sebab kacau negeri saudara Islam lain.Kenapa taknak kacau Filipina?Filipina yang selalu buli Sulu.Apasal tak tuntut satu Mindanao?Basilan?Saya cadangkan Jamilul Kiram III berkuasa di Jolo dulu.Ada berani?

:D

Sebab di Jolo ada 'sultan jadian' yang dengar makin berpengaruh,jadi Jamalul Kiram macam putus asa dan fokus pada Sabah.Atau permainan dari Filipina,sebab dia ni duduk Manila.Provok Malaysia dan cucuk jarum.Sama ada muslim Malaysia perang dengan muslim Sulu atau bawa Malaysia konflik dengan Filipina.Congratulation!Good job!

Sultan-sultan yang tamak kuasa ni patut dipancung terlebih dahulu dari menyusahkan manusia sejagat.Sulu itu sendiri belum dapat kat tangan,Jamalul Kiram III ni nakkan Sabah,pelik tak?Ada sesuatu kat situ sebenarnya.

Tapi orang Melayu kat dalam dalam pasukan keselamatan bagi makan kat saudara mereka yang ditipu sultan palsu mereka dan Filipina ni,walaupun ada di antara mereka bawa senjata berat kononnya dan blog-blog mereka bangga dengan perkara ni.Apalah nak dibanggakan,bawa senjata berat untuk ugut saudara Islam sendiri...lainlah bawa senjata berat ugut Kristian Filipina,ini baru gentlemen.

Saya nak tergelak bila 'militan-militan' ni kelaparan sehingga orang Malaysia ajak makan bersama.Saya bayangkan seorang pejuang berpakaian style Abu Sayyaf pegang bazooka sedang lapar dan meratah nasi lemak sarapan pagi yang diberi seorang tentera Sabah.Kesian kan?

So,be wise...man.Don't be uncivilised.Jangan terlampau bodoh.Jika anda bodoh jangan pengaruh orang lain supaya nampak bodoh macam anda.Jika kita tak mampu dari segi kekuatan jangan menang sorak kampung tergadai.Be smart.Diplomasi dan melobi.This is secret of long living Malay Kings & Sultanate.Long living Srivijaya legacy.

#Srikandi

Sejarah Kesultanan Sulu

Kesultanan Sulu


Kesultanan ini ini bermula bila seorang peranakan Arab Johor datang membuka pemerintahan selepas mengahwini seorang puteri tempatan atau 'dayang' di Sulu.Namanya Syed Abu Bakar Abirin.

Lebih kurang 100 tahun sebelum tu,ada seorang lelaki dari Minang,Sumatera namanya Raja Bagindo telah berdakwah kepada penduduk Sulu di mana sebelum tu ada tercatat nama Karim Al-Makdum,seorang pendakwah Arab datang membawa agama Islam kepada bekas wilayah emperium Srivijaya ini.Raja Bagindo menyambung usaha ulama Arab tu dan berjaya mengislamkan keseluruhan orang Tausug.Oleh sebab Minang dan Melayu ni adik beradik,maka ada satu pertalian misteri antara orang Tausug dan Melayu.Dari budaya dan bahasa dan macam-macam.Sebab tu bila Marcos latih anak Sulu supaya serang Malaysia,mereka tak mahu sebab sama agama dan serumpun.

Masa ni Kesultanan Sulu berkuasa di Sulu sahaja.Di Borneo,Sultan Brunei berkuasa.Tapi Brunei ni menghadapi macam-macam masalah sebab Borneo ni luas sangat.Satu lagi mereka terpaksa menghadapi penentangan suku-suku tempatan macam Dayak,Iban dan sebagainya.Ada kawasan yang mereka berjaya tundukkan,ada kawasan yang kejap ok kejap memberontak.Macam tu la sejak beratus-ratus tahun sejak era raja-raja Boni sehingga era Kesultanan Brunei.

Brunei dan Sulu ni pun ada pertalian misteri adik-beradik.Pangkal nama perempuan Brunei adalah 'dayang' dan ini juga dipakai di Sulu menunjukkan darjat tertentu.Padahal dalam kerajaan Melayu di semenanjung,dayang ni adalah pelayan wanita elit yang bertugas dalam istana raja.Ini menunjukkan ketika Emperium Srivijaya,ada satu 'clan' yang dilantik di kalangan orang-orang dari Borni dan Sulu atau sebelah kepulauan Filipina dengan gelaran2 tertentu.Contohnya 'Datu' dan 'Paduka' memang popular di Sulu dan Filipina. Juga gelaran Rajah dan Shariff.Shariff ini popular dalam masyarakat Islam.

'Awang' adalah pangkal nama lelaki di Brunei dan budaya ini anehnya ada di Kelantan.Raja-raja Melayu purba pernah berpusat di Kelantan,Kedah sehingga ke Segenting Kra.Pemerintahan Sri Dharmaraja sampai ke Pahang.Dalam petitih-petitih Siam era klasik ada mengatakan Siam itu sampai ke Pahang.Masa tu Siam ni tak identik dengan Ayutthaya tapi Sri Dharmaraja sebab ini kerajaan besar sebelum wujud Ayutthaya.Sultan Melaka pernah berperang dengan Maharaja Dewasura,ini pemerintah Pahang yang masih setia dengan Sri Dharmaraja.Maharaja Srivijaya mempunyai seorang anak nama Sanjaya dan dia inilah Aji Saka yang bawa kebudayaan Kelantan Kuno ke Jawa.Sebab itu ada wayang kulit dan kain batik kat Jawa.Dalam rekod Khmer,Sanjaya ialah Ajiraja.

Berbalik kepada Kesultanan Sulu,ada satu ketika Sultan Brunei hadapi satu pemberontakan dalam wilayahnya.Jadi Sultan Brunei minta saudaranya,Sultan Sulu bantu.Pemberontakan tahun 1703 tu berjaya diatasi.Sebagai hadiah,Sultan Brunei bagi timur Sabah pada Sultan Sulu.Inilah ALASAN yang dipakai oleh Macapagal dan Marcos nak tuntut Sabah dan sesetengah militan Sulu.

Nak tahu pasal apa James Brooke jadi Rajah Putih?Sebab Sultan Brunei tak mampu hadapi pemberontakan dan kekacauan dalam wilayahnya.Nampak?Beres masalah,bagi tanah kat orang lain.Selesai masalah,bagi tanah kat orang lain.Sebab apa?Sebab raja-raja Melayu masa tu kaya dengan tanah.Tanah ni satu 'matawang' yang paling high demand macam Dinar Kuwait dan bersifat universal.Satu lagi orang putih memang nakkan tanah untuk buat port dan kawal perdagangan.

Pada abad ke-19,Sepanyol mula serang Kesultanan Sulu.Akhirnya pada tahun 1851,Sulu dan Sepanyol buat penjanjian damai.Dalam perjanjian tu Sultan Sulu dipaksa mengakui kedaulatan Sepanyol atas Sulu.

Lepas tu,macam wabak penyakit,Sultan-sultan Sulu galak lepaskan wilayah pada para penjajah yang cekik darah.Mula-mula pajak tanah pada ejen British,Dent dan Overback lepas tu pada tahun 1903,Sultan Jamalul Kiram bagi terus Kempeni Borneo Utara.

Tapi yang paling menyusahkan ialah Sepanyol.Mereka tak henti2 kacau Sulu sampai ada satu perjanjian namanya Protokol Madrid yang 'absolutely' nak tuntut seluruh Kesultanan Sulu diberi pada conquistador ni.

Lepas tu Amerika datang dan berperang pula dengan Sepanyol.Amerika ni baru nak naik ekor.Bayangan kuasa baru masa depan.Sedangkan British boleh kena halau masa Perang Kemerdekaan Amerika,apatah lagi Sepanyol si conquistador tua ni.Sepanyol kalah dan secara automatik seluruh Filipina dan Sulu bawah Uncle Sam.

Masa nilah Kesultanan Sulu ni terus terhapus.Ingatkan Amerika ni ok lagi dari Sepanyol,rupa-rupanya lagi kejam dan agresif.Banyak pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan oleh tentera Amerika.Masa ni kerabat sultan memang tak dengar berita dah.Sejarah sultan-sultan Sulu jadi 'loophole' masa penjajahan Amerika ni.Ini jadi ALASAN segala bagai manusia yang mengaku waris sah Sultan Sulu.Lebih dua puluh orang mengaku waris sah Sultan Sulu dari pelbagai keluarga kesultanan sehingga wakil kerabat Sultan Sulu pun nak tumpang sekaki mengaku sultan juga.

Saya nak sentuh pasal kes tuntut tanah dengan alasan dahulu ia kepunyaan satu-satu pemerintahan.Dalam kes Filipina,dia tak boleh tuntut Sabah sebab dahulu tiada Filipina.Tanyala Kamaluddin,Alauddin atau Jamalul Kiram siapa Filipina?Filipina hanya wujud sejak 1898.Filipina menuntut Sabah melalui Kesultanan Sulu,padahal pernah ke Sultan Sulu duduk bawah Filipina?Tak pernah makhluk nama Filipina ni perintah Sultan Sulu sebab seluruh Kepuluan Filipina termasuk Sulu duduk bawah Sepanyol dan Amerika.Jadi Filipina dan Kesultanan Sulu=TIADA KAITAN.

Ini beza dalam kes Pulau Pinang.Sultan Kedah berhak tuntut Pulau Pinang sebab Kesultanan Kedah telah wujud sejak 1136 Masehi!Perjanjian dengan Francis Light tu pun dengan Sultan Kedah,institusi yang sama.Apabila Malaysia merdeka dari British,maknanya automatik British serah balik seluruh haknya di sini pada Malaysia.Jadi segala perjanjian pelik raja-raja dulu terbatal.Dia reset balik.Ini beza dengan kes Filipina sebab yang sign penjanjian dengan Sepanyol atau Amerika bukan 'Sultan Filipina'.

Filipina ni macam tuntut tanah atas nama moyang orang lain.Sultan Kedah pula berhak tuntut tanah moyangnya dulu.

Ok,katakan ada 'Sultan Sulu' pada zaman moden ni tetiba je tuntut Sabah.Apa macam?

Tak boleh sebab Sabah dah diserah oleh Sultan Sulu pada penjajah lepas tu Sabah memilih merdeka bersama Malaysia.

Kedah boleh tuntut Pulau Pinang sebab perjanjian dah reset sejak merdeka.Sultan Kedah hanya bincang dengan Pusat (Malaysia) sebab British serah Tanah Melayu pada Malaysia.Jangan takut pada Francis Light.Sekarang Francis Light ada urusan yang sangat berat di alam barzah.

Dalam kes Sulu-Sabah,takde situasi 'reset' ni.Bila Sabah setuju merdeka dengan Malaysia,dia ada PERJANJIAN baru.Sultan Sulu kena defeat perjanjian ini malah perjanjian-perjanjian pelik yang lain,yang disetujui sendiri Sultan Sulu.

Kena panggil balik Sepanyol dan Amerika.Mungkin Sultan Brunei sekali dok bincang.Silap haribulan,Sultan Brunei pula tuntut Sabah pula.

Sebab itu saya merasa pelik dengan kes Batu Putih sebab sepatutnya Malaysia tuntut melalui Kesultanan Johor.Singapura nak tuntut melalui apa?Kerajaan Temasek?Sebab Singapura Moden tak pernah jajah Batu Putih sebab diri dia sendiri kena jajah dengan British.Pulau tu patut kena tanya British dia buat perjanjian dengan siapa (of course Sultan of Johor).Kalau saya deal dengan anda,kenapa orang lain boleh tuntut barang saya.Hanya saya dan anda sahaja berhak dirujuk atas barang tersebut.

Sepak terajang sejarah ni...sekarang adalah trend untuk ambil tanah orang lain sesukahati.Sebab itu belajar sejarah tu penting supaya orang lain tak boleh tipu anda hidup-hidup ataupun setelah anda mati.

~Srikandi (Gadis Pencinta Sejarah)

Sabah/Malaysia & Sulu (bhgian 1)


Jika Malaysia tidak sayangkan Sabah

Ok,mari kita main satu political game.Pemikiran macam ni selalu digunakan oleh jenerel-jeneral besar dunia macam Salahuddin Al-Ayyubi sehinggalah oleh Albert Pike.



Gambar sekadar hisasan

 




















Senario pertama: Sabah diserahkan kepada Sulu (Jamalul Kiram III)

Katakan secara tiba-tiba Malaysia bermurah hati menyerahkan Sabah kepada Jamalul Kiram III (padahal timur Sabah je yang Sultan Brunei bagi pada Sultan Sulu dulu) Ini kerana tak semena-mena seorang pengikut dia dikatakan ditembak oleh tentera Malaysia (atau ditembak sendiri jeneral Sulu untuk trigger situasi).Lepas tu apa lagi,Malaysia kena pressure antarabangsa .Jadi akibat tekanan pelbagai pihak akhirnya Malaysia melepaskan Sabah kepada Jamalul Kiram III walaupun mendapat tentangan dari The Sabahans


Jamalul Kiram III dan para pengikut bergembira dengan keputusan Malaysia.Sabah sudah mewah di bawah Malaysia jadi tak payah susah-susah.


Next apa jadi?


Filipina akan muncul.Dia akan bukak topeng dia.Nape lak?Sebab Filipina akan tuntut Sabah dari Jamalul Kiram III sebab kata Filipina kununnya pada 12 September 1962, Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I dah sign satu perjanjian bagi haknya ke atas Sabah pada Filipina.Sebab itu Macapagal dulu nak claim Sabah.Tapi sebab Malaysia ni ada prestij dalam hubungan diplomatik dan banyak geng antarabangsa yang simpati kat dia tambahan pula The Sabahans memilih merdeka bersama Malaysia jadi Filipina diamkan je dan sambung balik hubungan baik dengan Malaysia.


Jamalul Kiram III menentang (of course!).Filipina pulak kata Sulu masih bawah kuasa Filipina dan apa jua wilayah yang didapat Sulu automatik bawah Filipina (ini benar sebab masyarakat antarabangsa iktiraf Sulu bawah kedaulatan Filipina).


Next apa jadi?


War.


Jamalul Kiram III akan hire seluruh pasukan Tausug separa tentera dia macam Abu Sayyaf kumpul senjata dan pertahankan Sabah.Agak-agak Filipina nak rilek je?Filipina akan turunkan komando-komando dia malah dibantu oleh Amerika.Nape Amerika?Sebab ini busy-body.Suka sibuk hal orang lain.


Siapa taknak Sabah?Minyak,kayu balak dan macam-macam.Lagi pulak dah develope under Malaysia.Just sambung je.


Sabah akan jadi warzone.Yang menderita ialah...


The Sabahans.


gambar sekadar hiasan

Senario Kedua: Jamalul Kiram III berebut dengan Sultan-sultan Jadian.


Ini terjadi sebelum Filipina masuk campur.Lepas Sabah dapat kat Jamalul Kiram III,secara drastik akan muncul berpuluh-puluh makhluk dari serata Sulu malah dari Kuala Lumpur dan Manila yang akan mengaku haknya ke atas Sabah.Mereka akan mengaku datang dari pelbagai salasilah Kesultanan Sulu.Takde kaitan dengan Sultan Sulu,usaha ada kaitan dengan Sultan Brunei.Takde kaitan dengan raja-raja,usaha ada kaitan dengan kerabat raja ataupun bangsawan macam Datu-datu.Ini termasuk seorang Cina dari Hong Kong yang juga tak segan silu mengaku King of Borneo.


Siapa taknak Sabah?Minyak,kayu balak dan dah develope under Malaysia dulu.


Tiba-tiba salah seorang sultan yang menuntut tadi yang bernama Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dengan organisasinya telah mendapat kepercayaan rakyat Sulu untuk take over Sabah.Sudah tentu Jamalul Kiram III teramat marah sebab dia yang susah payah ambil Sabah dari Malaysia.Eh,senang2 je ko ambik Sabah dari aku,kata Jamalul Kiram III dengan nada penuh ketidakpuashatian.


Jamalul Kiram cuba memenangi hati rakyat Sulu tapi rakyat Sulu tolak dia sebab dia ni selalu dok Manila,bandar mewah sedangkan rakyat Sulu melonta-lonta kat tanahair sendiri.


Next apa jadi?


Mereka cuba berbincang.Tapi macam biasa ada tuntutan yang tak dipersetujui.Darah Tausug ni memang panas.Mereka antara pejuang terbaik dalam dunia.Kalah gerila Somalia atau Vietcong kalau compare dengan Tausug fighters.


Next....


War.


SSDI kumpulkan para panglima dan syariff mereka.Jamalul Kiram III hire seluruh para pengikut setia dia kumpul tentera dan 'senjata berat'.Kemungkinan Abu Sayyaf turut serta sebab dijanjikan wang dan awek Sabah.


Lokasi perang:Sabah

Masa:siang malam.Tausug fighters tak penah kenal erti penat dalam berjuang.

Yang menderita ialah...


The Sabahans


Senario Ketiga: Gerakan Kemerdekaan Sabah (GKS)


Ketika rundingan Jamalul Kiram III dengan Malaysia berjalan,ada banyak pihak intai peluang sebenarnya.Filipina sudah pasti.Dia dah sediakan tangguk awal2.Tapi ada satu entiti yang nak menangguk di air keruh gak.


Makhluk ni nama dia GKS (Ini istilah saya).Mereka ni nak wujudkan satu republik nama 'North Borneo' kununnya.


Mereka ni didanai oleh organisasi antarangsa dan gerakan Kristinisasi.Filipina mungkin salah satu 'godfather' mereka selain kartel-kartel missionari Kristian dari Indonesia yang jadi mentor diorang.


Mereka ni dah lama buat kempen 'kesedaran' kepada The Sabahans supaya blah je dari Malaysia.Mereka kata The Sabahans kena tipu dengan Malaysia dan sebagainya.The Sabahans dijanjikan negara sendiri dan boleh tadbir hasilbumi sendiri.Mereka kata Malaysia selama ini sedut kekayaan Sabah.The Sabahans angguk2 je dengar kata GKS.Tetiba je The Sabahans melihat Malaysia ni jahat macam Pol Pot.


Bila Malaysia setuju lepas Sabah,para pemimpin GKS bersorak depan TV.Mereka pun aturkan beberapa langkah.Semua siap dirancang.


Seperti yang dirancang,pergolakan berlaku antara Jamalul Kiram III,Sultan-sultan Jadian dan Filipina.Sabah jadi the warzone.Abu Sayyaf pula makin seronok buat drama penculikan.Malaysia mula menempatkan komando mereka di sempadan.Ada The Sabahans jadi pelarian dan minta perlindungan dari Malaysia.


GKS hantar memorandum pada PBB minta campur tangan.GKS kata mereka mewakili The Sabahans.PBB dengan senang hati campur tangan.Model yang dicontohi oleh GKS adalah Timor Leste.


PBB hantar tentera pengaman.Bila semua pihak senyap,PBB buat pungutan suara.The Sabahans yang dah termakan propaganda GKS memilih merdeka bersama GKS.


Jamalul Kiram III melopong.Sultan jadian melopong.Filipina ternganga.


GKS tadbir Sabah.Tapi rupanya tadbir negara baru ni susah.Lee Kuan Yew senang bangunkan Singapura sebab kecik ciput je tapi Sabah ni berpuluh kali ganda Singapura atau Timor Leste.Tapi Sabah bernasib-baik sikit dari Timor Leste sebab dulu Malaysia memang bangunkan Sabah betul-betul tak macam Indonesia yang terlampau bangunkan Jawa hasil minyak Aceh dan lain-lain propinsi.


GKS mula minta dana dari Vatikan dan dunia Kristian.Amerika pun datang.Ingat Amerika ni 'pious'?Pengikut Jesus sejati?Nope.Tuhan mereka adalah dollar.Segala bagai penyangak ekonomi datang.Sabah terlalu luas dan banyak sukukaum.Tiap kaum nakkan hak samarata.Kadazandusun nakkan hak keistimewaan,Murut nak juga...Bajau pun takpuashati,dia nak juga.Tausug pun lagi takpuashati.Patut Sabah dapat kat orang Sulu pasal apa GKS ni dapat?


Lepas beberapa tahun Sabah makin mundur sebab masalah dalam negara terumbang-ambing dan tak settle lagi.Masing-masing tamak hasilmahsul Sabah.Kadazandusun nak minyak,Bajau lagilah nak sebab mereka 'raja laut'.Murut kata diaorang nak hasilbalak.Melayu Sabah dan Brunei Sabah serta muslim lain (termasuk kaum-kaum Sulu) didiskriminasi.Azan tak boleh dikuatkan.Lastly corong azan kena hala dalam masjid.Sedih.


Yang lost dalam game ini tetap...


The Sabahans


Game over.


 Fikir -fikirkan..



oleh:~ Srikandi

Saturday, February 16, 2013

Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya daripada Allah, maka cahaya tidak boleh memberi kesan kepada hati-hati mereka yang kotor dengan maksiat kepadaNya sebagaimana ungkapan Syair yang masyhur daripada Imam Syafie :



“ Aku mengadu kepada Imam Waqie’ tentang buruknya hafalan aku..

Lalu beliau tunjukkan aku jalan untuk aku tinggalkan maksiat..

Maka beliau mengkhabarkan padaku bahawa Ilmu itu adalah cahaya daripada Allah..

Adapun cahaya Allah itu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada

mereka yang lakukan maksiat ”



Maka sesiapa yang mencari cahaya Allah tersebut hendaklah menelusuri dengan cara yang betul dan penuh mujahadah (kesungguhan). Justeru itu, Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha yang ditunjukkan.

Firman Allah :

“ والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين ”

“Mereka yang bersungguh-sungguh (bermujahadah mencari Redha Allah), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, sesungguhnya Allah bersama mereka yang berbuat kebaikan”.
(Surah al-Ankabut : 69)


Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku

Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku








~♥~ YA ALLAH JAGAKAN DIA UNTUKKU ~♥~

Jika benar anda mencintai dia
Bimbinglah si dia ke jalan redhaNYA
Tuntunilah si dia menggapai redhaNYA
Didiklah hatinya untuk mencintai ALLAH dan RASULULLAH
Didiklah dia untuk mengasihi orang tuanya kerana syurga itu ada pada mereka

Jika benar anda mencintai dia
Ingatkanlah dia dengan lima perkara sebelum datangnya lima perkara
Ingatkanlah dia tentang seruan cinta ILAHI pada setiap lima waktu
Ingatkanlah dia untuk sama-sama istiqamah
Ingatkanlah dia untuk perbanyakkan mengingati mati

Jika benar anda mencintai dia
Ajaklah dia untuk sama-sama basahkan lidah memuji kebesaraNYA
Ajaklah dia untuk banyakkan berselawat kepada RASUL junjungan
Ajaklah dia membaca nota cinta ILAHI iaitu AL-QURAN
Ajaklah dia untuk mengikuti wasiat RASULULLAH iaitu hadis dan sunnah

Jika benar anda mencintai dia
Lengkapkanlah kekurangan yang ada padanya
Kasihilah dia dengan cinta kerana ALLAH
Sentuhlah hatinya dengan kasih sebuah doa
Pimpinlah jiwanya dengan deen yang indah
Rinduilah dia dengan rindu kepada YANG ESA dan RASULULLAH

Andai tiba saatnya nanti
Maka lamarlah dia dengan kalimah syahadah
Istigkharah cintalah pada YANG SELAYAKNYA
Tuntunilah dia menggapai syurga ALLAH
Jagailah dia daripada neraka ALLAH
Sesungguhnya cinta sejati itu adalah hanya kerana ALLAH semata-mata
kerana ALLAH lah yang telah mengurniakan rasa cinta itu...




Friday, February 15, 2013

Tarbiyah

TarBiyah diri bermujahadah melawan Nafsu menyucikan Diri(Tazkiyatun Nafs)




Melakukan sesuatu perubahan memang sukar. Ia memerlukan kekuatan dalaman yang kuat untuk melakukan sesuatu perubahan dalam diri. Kekuatan untuk melawan hawa nafsu memerlukan pengorbanan yang tiada nilainya untuk mendapat kemanisan diakhirnya.Proses tarbiyah diperlukan secara berterusan dan tiada
penghujungnya.Anda akan merasa ditarbiyah apabila berlaku kelainan pada diri dan proses tarbiyah itu tidak terjadi tanpa melalui kesakitan untuk mendapatkan kemanisan ketarbiyahan itu.



credit to: Siti Khodijah Che Mee

‎>> Awak, kaum Hawa <<


Makin awak 'bertutup', makin awak cantik..ayu lagi.. Awak taw x, awak pelihara aurat kerana Allah, Allah akan pelihara awak. Sempena tahun baru ni, Ayuh Berhijrah Sayang untuk lebih menjaga aurat kita. Ingat.. sebelum terlambat :-)

p/s : mulakan tutup aurat dulu sedikit demi sedikit dengan melabuhkan tudung sehingga menutupi dada n longgarkan sedikit pakaian sehingga tak nampak 'body shape'. Istiqamah. Kemudian, teruskan sehingga sempurna kita menutupi aurat. Bermula dengan 'sedikit' tu adalah lebih baik daripada tiada perubahan langsung. Saya doakan awak. ^^

Tutup Aurat

Periksa dulu sebelum keluar..



tutup AURAT..

Tudung labuh + baju labuh + baju longgar + pakai stokin + armsock + baju tak jarang + tahap malu lebih tinggi + jaga pergaulan..

Manis sungguh awak yg menutup aurat..

jom..!!

Moga Allah redha.

:')

Tiupan Sangkakala














Sangkakala iaitu sejenis serunai akan ditiup oleh Malaikat Israfil sebelum Hari Kiamat. Diriwayatkan Sangkakala yang ditiup oleh malaikat Israfil ini adalah sebanyak tiga (3) kali tiupan iaitu:

Tiupan sangkakala pertama - (Tiupan mengejutkan)
Tiupan sangkakala kedua - (Tiupan mematikan)
Tiupan sangkakala ketiga - (Tiupan membangkitkan)

Hal ini berlandaskan Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah setelah selesai menciptakan langit dan bumi, Dia menciptakan sangkakala, lalu diberikan di mulut Israfil, maka Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya dan pandangan matanya ke arah Arasy menunggu bila diperintahkan (meniup sangkakala)." Aku (Abu Hurairah) berkata; "Wahai Rasulullah apakah sangkakala itu?, Baginda menjawab "Tanduk", aku bertanya lagi Bagaimanakah bentuknya?, Baginda menjawab "Sangat besar". Lalu baginda melanjutkan sabdanya: "Demi zat (Allah) yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya garis tengah sangkakala itu seluas langit dan bumi, yang akan ditiup dengan 3 kali tiupan. Yang pertama tiupan mengejutkan, yang kedua tiupan mematikan dan yang ketiga, tiupan kebangkitan untuk menghadap Tuhan semesta alam."

Tuesday, February 12, 2013

Hikmah 11: TIADA KESEMPURNAAN TANPA IKHLAS


11: TIADA KESEMPURNAAN TANPA IKHLAS


“Tanamkan wujud kamu dalam bumi yang tersembunyi kerana yang tumbuh dari sesuatu yang tidak ditanam itu tidak sempurna hasilnya.”


Hikmat yang lalu mengarahkan pandangan kita kepada ikhlas. Ikhlas menjadi kekuatan yang menghalau syirik Jalan syirik adalah kepentingan diri sendiri. Oleh itu diri sendiri mesti diperhatikan bagi mengelakkan berlakunya syirik. Bila kepentingan diri sendiri boleh ditundukkan baharulah muncul keikhlasan.

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
( Ayat 21 : Surah adz-Dzaariyaat )


Hikmat 11 mengajak kita menyelami persoalan yang lebih halus iaitu hakikat diri kita sendiri atau kewujudan kita. Kita dijadikan daripada tanah, maka kembalikan ia (jasad) kepada tanah, iaitu ia (jasad) harus dilayani sebagai tanah supaya ia tidak mengenakan tipu dayanya. Apabila kita sudah dapat menyekat pengaruh jasad maka kita hadapi pula roh kita. Roh datangnya daripada Allah s.w.t, kerana roh adalah urusan Allah s.w.t, maka kembalikan ia kepada Allah
s.w.t. Apabila seseorang hamba itu sudah tidak terikat lagi dengan jasad dan roh maka jadilah dia bekas yang sesuai untuk diisi dengan Allah s.w.t. Pada awal perjalanan, seseorang pengembara kerohanian membawa bersamasamanya sifat-sifat basyariah serta kesedaran terhadap dirinya dan alam nyata. Dia dikawal oleh kehendak, pemikiran, cita-cita, angan-angan dan lain-lain. Anasir-anasir alam seperti galian, tumbuh-tumbuhan dan haiwan turut mempengaruhinya. Latihan kerohanian menghancurkan sifat-sifat yang keji dan memutuskan rantaian pengaruh anasir-anasir alam.

Jika diperhatikan Kalam-kalam Hikmat yang lalu dapat dilihat bahawa hijab nafsu dan akal yang membungkus hati sehingga kebenaran tidak kelihatan. Akal yang ditutupi oleh kegelapan nafsu, iaitu akal yang tidak menerima pancaran nur, tunduk kepada perintah nafsu. Nafsu tidak pernah kenyang dan akal sentiasa ada jawapan dan alasan. Hujah akal menjadi benteng yang kukuh buat
nafsu bersembunyi. Jangan memandang enteng kepada kekuatan nafsu dalam menguasai akal dan pancaindera. Al-Quran telah memberi peringatan mengenainya:

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.
(Ayat 43 & 44 : Surah al-Furqaan )


Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlan kisah- kisah itu supaya mereka mahu berfikir.
( Ayat 176 : Surah al-A’raaf )

Manusia yang menerima ayat-ayat Allah s.w.t yang seharusnya menjadi mulia telah bertukar menjadi hina kerana mereka memperturutkan hawa nafsu. Ayat-ayat Allah s.w.t yang diketahuinya memancarkan cahaya pada hati dan akalnya tetapi kegelapan nafsu membungkus cahaya itu. Di dalam kegelapan nafsu, akal mengadakan hujah bagi mendustakan ayat-ayat Allah s.w.t yang dia sendiri mengetahuinya. Allah s.w.t mengadakan perbandingan yang hina bagi orang yang seperti ini. Mereka adalah umpama anjing yang tidak boleh berfikir dan tidak bermaruah. Buruk sekali pandangan Allah s.w.t terhadap orang yang mempertuhankan nafsunya. Nafsu yang tidak mahu kenyang adalah umpama anjing yang sentiasa menjulurkan lidahnya, tidak memperdulikan walaupun dihalau berkali-kali.


Allah s.w.t mewahyukan ayat-ayat yang menceritakan tentang kehinaan manusia yang menerima ayat-ayat-Nya tetapi masih juga memperturutkan hawa nafsu, supaya cerita yang demikian boleh memberi kesedaran kepada mereka. Jika mereka kembali sedar, mereka akan keluar daripada kegelapan nafsu. Berpandukan ayat-ayat Allah s.w.t yang sudah mereka ketahui mereka akan
temui jalan yang benar. Ayat-ayat yang diturunkan Allah s.w.t memberi pengertian kepada Rasulullah s.a.w bahawa cendikiawan Arab yang menentang baginda s.a.w berbuat demikian bukan kerana tidak dapat melihat kebenaran yang baginda s.a.w bawa, tetapi mereka dikuasai oleh hawa nafsu. Cahaya kebenaran yang menyala dilubuk hati ditutupi oleh kegelapan nafsu. Orang yang telah menerima cahaya kebenaran tetapi mendustakannya itulah yang diberi perumpamaan yang hina oleh Allah s.w.t.

Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar. Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israil, setelah selamat daripada Firaun, sampai hampir dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah
bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya untuk mengalahkan Nabi Musa a.s. Bal’am yang pada mulanya enggan berbuat demikian tetapi akhirnya bersetuju juga setelah isteri kecintaannya menerima sogokan daripada Raja. Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa a.s. Menurut cerita, doa dan perbuatan Bal’am dimakbulkan Allah s.w.t dan ia menjadi sebab kaum Nabi Musa terperangkap di Padang Teh beberapa tahun lamanya. Apabila Nabi Musa a.s mendoakan agar kaumnya dilepaskan daripada sekatan tersebut, Allah s.w.t memakbulkan doa tersebut dan pada masa yang sama laknat turun kepada Bal’am.

Sebahagian orang menganggap cerita di atas sebagai cerita Israiliat. Rasulullah s.a.w menentukan dasar bahawa cerita ahlul kitab tidak dibenarkan dan tidak didustakan. Cerita tersebut dibawa sekadar menunjukkan sejauh mana kekuatan nafsu menutup pandangan hati sehingga Bal’am sanggup menentang Nabi Musa a.s walaupun dia mengetahui kebenarannya, sebagaimana cendikiawan Arab menentang Rasulullah s.a.w sekalipun hati kecil mereka menerima kebenaran baginda s.a.w. Menundukkan nafsu bukanlah pekerjaan yang mudah. Seseorang itu perlu kembali kepada hatinya, bukan akalnya. Hati tidak akan berbohong dengan diri sendiri sekalipun akal menutupi kebenaran atas perintah nafsu. Kekuatan hati adalah ikhlas. Maksud ikhlas yang sebenarnya adalah:

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.
(Ayat 162 : Surah al-An’aam )

Dalam ikhlas tidak ada kepentingan diri. Semuanya kerana Allah s.w.t. Selagi kepentingan diri tidak ditanam dalam bumi selagi itu ikhlas tidak tumbuh dengan baik. Ia menjadi sempurna apabila wujud diri itu sendiri ditanamkan. Bumi tempat menanamnya adalah bumi yang tersembunyi, jauh daripada perhatian manusia lain. Ia adalah umpama kubur yang tidak bertanda.

Saturday, February 9, 2013

Jangan Bersedih…. Kerana sesungguhnya “bersama Kesulitan Ada Kemudahan”


Jangan Bersedih…. Kerana sesungguhnya “bersama Kesulitan Ada Kemudahan




Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (Al-Insyirah 94:6)

Wahai manusia, setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah begadang ada tidur pulas, dan setelah sakit ada kesembuhan.  Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan, dan setiap kegelapan akan terang benderang.

{Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya)
atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya.}
(QS. Al-Maidah: 52)

Sampaikan kabar gembira kepada malam hari bahwa sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah. Kabarkan juga kepada orang yang dilanda kesusahan bahwa, pertolongan akan datang secepat kelebatan cahaya-dan kedipan mata. Kabarkan juga kepada orang yang ditindas bahwa kelembutan dan dekapan hangat akan
segera tiba. Saat Anda melihat hamparan padang sahara yang seolah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahwa di balik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan.

Ketika Anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah bahwa, tali itu akan segera putus. Setiap tangisan akan berujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. Kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim a.s. Dan itu, karena pertolongan Ilahi membuka "jendela" seraya berkata:

{Hai api menjadi dinginlah dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim.}
(QS. Al-Anbiya': 69)

Lautan luas tak kuasa menenggelamkan Kalimur Rahman (Musa a.s). Itu, tak lain karena suara agung kala itu telah bertitah,

{Sekali-kali tidak akan tersusul. Sesungguhnya, Rabb-ku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku.}
(QS. Asy-Syu'ara:: 62)

Ketika bersembunyi dari kejaran kaum kafir dalam sebuah gua, Nabi Muhammad s.a.w. yang ma'shum mengabarkan kepada Abu Bakar bahwa Allah Yang Maha Tunggal dan Maha Tinggi ada bersama mereka. Sehingga, rasa aman, tenteram dan tenang pun datang menyelimuti Abu Bakar. Mereka yang terpaku pada waktu yang terbatas dan pada kondisi yang (mungkin) sangat kelam, umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan, dan keputusasaan dalam hidup mereka. Itu, karena mereka hanya menatap dinding-dinding kamar dan pintu-pintu rumah mereka.
Padahal, mereka seharusnya menembuskan pandangan sampai ke belakang tabir dan berpikir lebih jauh tentang hal-hal yang berada di luar pagar rumahnya. Maka dari itu, jangan pernah merasa terhimpit sejengkalpun, karena setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Betapapun, hari demi hari akan terus bergulir,
tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun datang silih berganti. Meski demikian, yang gaib akan tetap tersembunyi, dan Sang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifat-Nya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua.

Tetapi sesungguhnya, setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan.

Hikmat 1: PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI


Hikmat 1: PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI

“Sebahagian daripada tanda bersandar kepada amal (perbuatan zahir) adalah berkurangan harapannya (suasana hati) tatkala berlaku padanya kesalahan.”

Imam Ibnu Athaillah memulakan Kalam Hikmat beliau dengan mengajak kita merenung kepada hakikat amal. Amal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbuatan zahir dan perbuatan hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu. Beberapa orang boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu tidak serupa.

Kesan amalan zahir kepada hati berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan zahir itu mempengaruhi suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada amalan zahir. Jika hati dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu dikatakan bersandar juga kepada amal, sekalipun ianya amalan batin. Hati yang bebas daripada bersandar kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang menghadap kepada Allah S.W.T dan meletakkan pergantungan kepada-Nya tanpa membawa sebarang amal, zahir atau batin, serta menyerah sepenuhnya kepada Allah S.W.T tanpa sebarang takwil atau tuntutan. Hati yang demikian tidak menjadikan amalnya, zahir dan batin, walau berapa banyak sekalipun, sebagai alat untuk tawar menawar dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu. Amalan tidak menjadi perantaraan di antaranya dengan Tuhannya. Orang yang seperti ini tidak membataskan kekuasaan dan kemurahan Tuhan untuk tunduk kepada perbuatan manusia. Allah S.W.T Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri berbuat sesuatu menurut kehendak-Nya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa dan sesuatu. Apa sahaja yang mengenai Allah S.W.T adalah mutlak, tiada had, sempadan dan perbatasan. Oleh kerana itu orang arif tidak menjadikan amalan sebagai sempadan yang mengongkong ketuhanan Allah S.W.T atau ‘memaksa’ Allah S.W.T berbuat sesuatu menurut perbuatan makhluk. Perbuatan Allah S.W.T berada di hadapan dan perbuatan makhluk di
belakang. Tidak pernah terjadi Allah S.W.T mengikuti perkataan dan perbuatan seseorang atau sesuatu.

Sebelum menjadi seorang yang arif, hati manusia memang berhubung rapat dengan amalan dirinya, baik yang zahir mahu pun yang batin. Manusia yang kuat bersandar kepada amalan zahir adalah mereka yang mencari faedah keduniaan dan mereka yang kuat bersandar kepada amalan batin adalah yang mencari faedah akhirat. Kedua-dua jenis manusia tersebut berkepercayaan bahawa amalannya menentukan apa yang mereka akan perolehi baik di dunia dan juga di akhirat. Kepercayaan yang demikian kadang-kadang membuat manusia hilang atau kurang pergantungan dengan Tuhan. Pergantungan mereka hanyalah kepada amalan semata-mata ataupun jika mereka bergantung kepada Allah S.W.T, pergantungan itu bercampur dengan keraguan. Seseorang manusia boleh memeriksa diri sendiri apakah kuat atau lemah pergantungannya kepada Allah S.W.T. Kalam Hikmat 1 yang dikeluarkan oleh Ibnu Athaillah memberi petunjuk mengenainya. Lihatlah kepada hati apabila kita terperosok ke dalam perbuatan maksiat atau dosa. Jika kesalahan yang demikian membuat kita berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah S.W.T itu tandanya pergantungan kita kepada-Nya sangat lemah. Firman- Nya:



“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat 87 : Surah Yusuf )

Ayat di atas menceritakan bahawa orang yang beriman kepada Allah S.W.T meletakkan pergantungan kepada-Nya walau dalam keadaan bagaimana sekali pun. Pergantungan kepada Allah S.W.T membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup. Kadang-kadang apa yang diingini, dirancangkan dan diusahakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kegagalan mendapatkan sesuatu yang diingini bukan bermakna tidak menerima pemberian Allah S.W.T. Selagi seseorang itu beriman dan bergantung kepada-Nya selagi itulah Dia melimpahkan rahmat-Nya. Kegagalan memperolehi apa yang dihajatkan bukan bermakna tidak mendapat rahmat Allah S.W.T. Apa juga yang Allah S.W.T lakukan kepada orang yang beriman pasti terdapat rahmat-Nya, walaupun dalam soal tidak menyampaikan hajatnya. Keyakinan terhadap yang demikian menjadikan orang yang beriman tabah menghadapi ujian hidup, tidak sekali-kali berputus asa. Mereka yakin bahawa apabila mereka sandarkan segala perkara kepada Allah S.W.T, maka apa juga amal kebaikan yang mereka lakukan
tidak akan menjadi sia-sia.

Orang yang tidak beriman kepada Allah S.W.T berada dalam situasi yang berbeza. Pergantungan mereka hanya tertuju kepada amalan mereka, yang terkandung di dalamnya ilmu dan usaha. Apabila mereka mengadakan sesuatu usaha berdasarkan kebolehan dan pengetahuan yang mereka ada, mereka mengharapkan akan mendapat hasil yang setimpal. Jika ilmu dan usaha
(termasuklah pertolongan orang lain) gagal mendatangkan hasil, mereka tidak mempunyai tempat bersandar lagi. Jadilah mereka orang yang berputus asa. Mereka tidak dapat melihat hikmat kebijaksanaan Allah S.W.T mengatur perjalanan takdir dan mereka tidak mendapat rahmat dari-Nya. Jika orang kafir tidak bersandar kepada Allah S.W.T dan mudah berputus asa, di kalangan sebahagian orang Islam juga ada yang demikian, bergantung setakat mana sifatnya menyerupai sifat orang kafir. Orang yang seperti ini melakukan amalan kerana kepentingan diri sendiri, bukan kerana Allah S.W.T. Orang ini mungkin mengharapkan dengan amalannya itu dia dapat mengecapi kemakmuran hidup di dunia. Dia mengharapkan semoga amal kebajikan yang
dilakukannya dapat mengeluarkan hasil dalam bentuk bertambah rezekinya, kedudukannya atau pangkatnya, orang lain semakin menghormatinya dan dia juga dihindarkan daripada bala penyakit, kemiskinan dan sebagainya.

Bertambah banyak amal kebaikan yang dilakukannya bertambah besarlah harapan dan keyakinannya tentang kesejahteraan hidupnya. Sebahagian kaum muslimin yang lain mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di akhirat. Mereka memandang amal salih sebagai tiket untuk memasuki syurga, juga bagi menjauhkan azab api neraka. Kerohanian orang yang bersandar kepada amal sangat lemah, terutamanya mereka yang mencari keuntungan keduniaan dengan amal mereka. Mereka tidak tahan menempuh ujian. Mereka mengharapkan perjalanan hidup mereka sentiasa selesa dan segala-segalanya berjalan menurut apa yang dirancangkan. Apabila sesuatu itu berlaku di luar jangkaan, mereka cepat naik panik dan gelisah. Bala bencana
membuat mereka merasakan yang merekalah manusia yang paling malang di atas muka bumi ini. Bila berjaya memperoleh sesuatu kebaikan, mereka merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian dan kebolehan mereka sendiri. Mereka mudah menjadi ego serta suka menyombong.
Apabila rohani seseorang bertambah teguh dia melihat amal itu sebagai jalan untuknya mendekatkan diri dengan Tuhan. Hatinya tidak lagi cenderung kepada faedah duniawi dan ukhrawi tetapi dia berharap untuk mendapatkan kurniaan Allah S.W.T seperti terbuka hijab-hijab yang menutupi hatinya. Orang ini merasakan amalnya yang membawanya kepada Tuhan. Dia sering mengaitkan pencapaiannya dalam bidang kerohanian dengan amal yang banyak
dilakukannya seperti berzikir, bersembahyang sunat, berpuasa dan lain-lain. Bila dia tertinggal melakukan sesuatu amal yang biasa dilakukannya atau bila dia tergelincir melakukan kesalahan maka dia berasa dijauhkan oleh Tuhan. Inilah orang yang pada peringkat permulaan mendekatkan dirinya dengan Tuhan melalui amalan tarekat tasawuf.

Jadi, ada golongan yang bersandar kepada amal semata-mata dan ada pula golongan yang bersandar kepada Tuhan melalui amal. Kedua-dua golongan tersebut berpegang kepada keberkesanan amal dalam mendapatkan sesuatu. Golongan pertama kuat berpegang kepada amal zahir, iaitu perbuatan zahir yang dinamakan usaha atau ikhtiar. Jika mereka tersalah memilih ikhtiar, hilanglah harapan mereka untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan. Ahli tarekat yang masih pada peringkat permulaan pula kuat bersandar kepada amalan batin seperti sembahyang dan berzikir. Jika mereka tertinggal melakukan sesuatu amalan yang biasa mereka lakukan, akan berkurangan harapan mereka untuk mendapatkan anugerah dari Allah S.W.T. Sekiranya mereka tergelincir melakukan dosa, akan putuslah harapan mereka untuk mendapatkan anugerah Allah S.W.T.

Dalam perkara bersandar kepada amal ini, termasuklah juga bersandar kepada ilmu, sama ada ilmu zahir atau ilmu batin. Ilmu zahir adalah ilmu pentadbiran dan pengurusan sesuatu perkara menurut kekuatan akal. Ilmu batin pula adalah ilmu yang menggunakan kekuatan dalaman bagi menyampaikan hajat. Ia termasuklah penggunaan ayat-ayat al-Quran dan jampi. Kebanyakan orang meletakkan keberkesanan kepada ayat, jampi dan usaha, hinggakan mereka lupa
kepada Allah S.W.T yang meletakkan keberkesanan kepada tiap sesuatu itu. Seterusnya, sekiranya Tuhan izinkan, kerohanian seseorang meningkat kepada makam yang lebih tinggi. Nyata di dalam hatinya maksud kalimat:

“La haula wala quwwata illa billah”

Tiada daya dan upaya kecuali berserta Allah.


“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” ( Ayat
96 : Surah as- Saaffaat )

Orang yang di dalam makam ini tidak lagi melihat kepada amalnya, walaupun banyak amal yang dilakukannya namun, hatinya tetap melihat bahawa semua amalan tersebut adalah kurniaan Allah S.W.T kepadanya. Jika tidak kerana taufik  dan hidayat dari Allah S.W.T tentu tidak ada amal kebaikan yang dapat dilakukannya. Allah S.W.T berfirman:

“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ( Ayat 40 : Surah an-Naml )


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya). Ia memasukkan sesiapa yang kehendaki-Nya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkan-Nya di dalam syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ( Ayat 30 & 31 :Surah al-Insaan )

Segala-galanya adalah kurniaan Allah S.W.T dan menjadi milik-Nya. Orang ini melihat kepada takdir yang Allah S.W.T tentukan, tidak terlihat olehnya keberkesanan perbuatan makhluk termasuklah perbuatan dirinya sendiri. Makam ini dinamakan makam ariffin iaitu orang yang mengenal Allah S.W.T. Golongan ini tidak lagi bersandar kepada amal namun, merekalah yang paling kuat mengerjakan amal ibadat. Orang yang masuk ke dalam lautan takdir, reda dengan segala yang ditentukan Allah S.W.T, akan sentiasa tenang, tidak berdukacita bila kehilangan atau
ketiadaan sesuatu. Mereka tidak melihat makhluk sebagai penyebab atau pengeluar kesan.
Di awal perjalanan menuju Allah S.W.T, seseorang itu kuat beramal menurut tuntutan syariat. Dia melihat amalan itu sebagai kenderaan yang boleh membawanya hampir dengan Allah S.W.T. Semakin kuat dia beramal semakin besarlah harapannya untuk berjaya dalam perjalanannya. Apabila dia mencapai satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap amal mula berubah. Dia tidak lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab. Pandangannya beralih kepada
kurniaan Allah S.W.T. Dia melihat semua amalannya adalah kurniaan Allah S.W.T kepadanya dan kehampirannya dengan Allah S.W.T juga kurniaan-Nya. Seterusnya terbuka hijab yang menutupi dirinya dan dia mengenali dirinya dan mengenali Tuhannya. Dia melihat dirinya sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan dan fakir. Tuhan adalah Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam segala segi. Bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhannya,
pandangan mata hatinya tertuju kepada Kudrat dan Iradat Allah S.W.T yang menerajui segala sesuatu dalam alam maya ini. Jadilah dia seorang arif yang sentiasa memandang kepada Allah S.W.T, berserah diri kepada-Nya, bergantung dan berhajat kepada-Nya. Dia hanyalah hamba Allah S.W.T yang fakir.




Petikan dari kitab Al-hikam  Ibn Athaillah Al- Sakandary

Wednesday, February 6, 2013

Alter Terahsia Bangsa Melayu (Bhgn 3)



Alter Terahsia Bangsa Melayu (Bhgn 3)
oleh : Srikandi
Dibawakan Khas oleh: DiariUmmatmu.Blogspot.com 

Semenanjung Emas

Rahsia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu.APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI?

Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?

Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu meneruskan pengembaraannya menjejaki wangian yang hilang di Timur Jauh...


Selamat membaca



-M.O


Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh





Di dalam koleksi alat-alat kebesaran Negeri Perak,terdapat sebilah pedang misteri.Pedang ini dinamakan Cura Simanjakini.Tiada yang istimewa tentang pedang ini.Ia tiada membawa kekayaan atau keajaiban kepada pemunyanya.Ia hanyalah pedang biasa yang dibuat oleh manusia biasa.Tetapi apa yang ingin diperkatakan di sini,pedang ini membawa 1001 cerita tentang satu teka-teki yang akan membuka satu pintu rahsia jika ia diselesaikan.

Pedang ini adalah kunci kepada rahsia bangsa misteri.

Kunci Rahsia-rahsia.

Tetapi kunci ini ada kembarnya.

Dapatkan kembarnya dan salah satu pintu rahsia akan membawa ke lorong lainnya.

Lorong gelap yang dihujungnya cahaya.

Tetapi di manakah kita mahu mencari kembar kepada kunci rahsia ini?Alangkah baiknya jika kita dapat menaiki mesin masa dan kembali ke zaman Wan Empuk dan Wan Malini pada suatu pagi yang aneh ketika kedua perawan misteri ini sedang menuai padi.Ketika tiga putera raja dikatakan muncul tiba-tiba.Alangkah baiknya jika kita dapat menyaksikan dialog di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Atau ketika Sumpah Palapa diucapkan oleh Patih Gajah Mada.Mungkin di situ kita dapat mengutip kembar kepada kunci rahsia ini.Dan dapat mencari jejak-jejak yang ditinggalkan oleh bangsa Melayu kembali ke belakang sebelum mereka sampai ke 'Promised Land' ini.Alangkah baiknya jika kita dapat menyusuri langkah-langkah bangsa Melayu balik ke tempat kelahiran Mala 'Bapa Melayu' dilahirkan.Ataupun menjejak misteri ini di Lautan Hindi ketika bangsa ini tabah menghadapi ganas ombak dan sedang merenung bintang-bintang di waktu malam bagi memastikan 'Promised Land' yang dirindui tetap dalam haluan.

Kita terlampau pasrah dengan sejarah yang ada.Begitu lama bangsa ini dijajah sehingga kita buta jejak kita sendiri.

Baiklah,di sini terdapat dua peti menyimpan rahsia.Jangan bimbang,ia tidak berkunci.Kita boleh membuka peti-peti ini tetapi hanya satu yang menyimpan kembar kunci rahsia.Jika kita dapat mencantum kembar kunci ini,kita akan dapat membuka pintu rahsia itu.Peti yang satu lagi juga mengandungi kunci,yang akan membuka pintu yang lain...

Kita mulakan dengan membuka peti pertama...



SEJARAH MELAYU (MALAY ANNALS)

Kitab paling berharga yang diberi nama Sulalatus Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu ini diketahui dikarang oleh Tun Sri Lanang.Pelbagai sarjana barat tertarik untuk mengkaji karya agung ini seperti Winsted dan Shellebear.Namun hasil kajian terkini mendapati kerja-kerja Tun Sri Lanang sebahagian besarnya berdasarkan hasil karya penulis lain yang lebih lama dan juga manuskrip-manuskrip kuno lainnya.Sejarah Melayu mengandungi pelbagai kisah yang menerangkan pelbagai konflik antara kerajaan-kerajaan Melayu Purba dan juga ada diterangkan mengenai Empayar Melaka.Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.

Di dalam Sejarah Melayu terdapat satu petikan popular yang mengaitkan keturunan raja-raja Melayu adalah berasal dari Iskandar Zulkarnain.Iskandar Zulkarnain di sini kerap terkeliru dengan Alexander The Great dari Macedonia.Sebenarnya tiada siapa pun yang memanggil Alexander The Great sebagai Iskandar Zulkarnain kecuali sesetengah orang yang keliru.Terdapat dua teka-teki di sini.Teka-teki ini muncul apabila diketahui bahawa Tun Sri Lanang hanyalah seorang editor yang mengkompilasi,menyunting serta menyusun manuskrip-manuskrip purba yang telah ada lama sebelum itu.

"... mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa."

Apakah yang terkandung di dalam manuskrip-manuskrip yang di bawa oleh Orang Kaya Sogoh?Teka-teki pertama adalah jika Iskandar Zulkarnain itu adalah Alexander The Great dari Macedon yang pernah menawan Parsi dan India,kemungkinan terdapat waris Melayu yang berasal dari kempen Alexander The Great yang menggalakkan askar-askarnya mengahwini orang-orang asing termasuk dirinya sendiri yang mengahwini seorang anak raja satu kerajaan di India (selain dari bangsawan Parsi) di mana di dalam Sejarah Melayu dinamakan Puteri Syahrul Bariyah.Dan Sejarah Melayu mendakwa raja-raja Melayu berasal dari keturunan Alexander dan permaisuri Syahrul Bariyah.

Petunjuk kedua adalah,adakah Iskandar Zulkarnain itu adalah bermaksud dari Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam AlQuran?Memandangkan ketika itu bangsa Melayu telah memeluk agama Islam maka petunjuk yang kedua ini lebih meyakinkan.

Perlu diingat Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) sendiri mempunyai sekurang-kurangnya 29 versi dan versi-versi popular adalah hasil kajian sarjana Barat.Dan tidak mustahil sarjana Barat seperti Shellabear yang menambahkan kata 'Makaduniah' kepada nama Iskandar Zulkarnain untuk menamatkan jejak bangsa Melayu sekaligus menamatkan teka-teki ini.

Jika kita pergi ke petunjuk pertama,pencarian kita akan tamat di sini.Maka raja-raja Melayu adalah berasal dari hibrid bangsa Yunani dan satu bangsa di India (ingat,kaum di India juga berbeza-beza seperti Tamil,Benggali,Punjab,Hindustan dll).Pencarian akan tamat sepertimana kes Melayu dari Yunnan.

Tetapi mari kita lihat petunjuk yang kedua.Petunjuk kedua nampaknya akan membuka banyak pintu rahsia.Satu pintu rahsia akan membawa ke banyak lagi pintu rahsia.

Iskandar Zulkarnain,begitulah nama yang disebut dalam AlQuran surah Al-Kahfi.

Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan
bacakan kepadamu cerita tentangnya.

(AlKahfi ayat 83)

Iskandar Zulkarnain ini mempunyai empayar yang luas.

"Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, "

(AlKahfi ayat 84)

Zulkarnain bermaksud Pemunya Dua Tanduk.Zulkarnain juga yang membina tembok untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj.



Mengikut kajian ahli sejarah dan arkeologi,Iskandar Zulkarnain bukanlah Alexander dari Macedon tetapi lebih menepati sifat-sifat Cyrus The Great, Emperor Parsi yang menyatukan bangsa-bangsa Parsi Kuno.Cyrus The Greatlah yang dipercayai menganut agama Allah,seorang yang warak dan berpekerti mulia tidak seperti akhlak Alexander The Great yang diketahui berfoya-foya dengan arak dan menyimpan kekasih lelaki.Empayar Cyrus meliputi Timur dan Barat dari Eropah termasuk Mesopotamia,Parsi dan India dan membentang sejauh negeri China.Cyruslah yang dipercayai mula-mula membina tembok-tembok di negeri China.Sesungguhnya bukanlah Emperor Shih Huang Ti yang membina Tembok Besar sepenuhnya di mana catatan purba menjelaskan bahawa beliau hanya menambah,menyambung dan memperbaiki tembok-tembok purba yang terlebih dahulu wujud di negeri China.


"Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya."

Ayat ini menceritakan tentang kedatangan rombongan Yahudi (atau Nasrani?) yang menanyakan tentang kisah Zulkarnain yang terdapat di dalam kitab Taurat/Injil.Sememangnya di dalam Taurat/Injil ada menceritakan tentang raja Kurosh/Cyrus yang mempunyai kerajaan yang hebat.Petunjuk ini akan membawa kita ke kisah epik bangsa Melayu yang jejaknya dapat ditelusuri sejauh sejarah purba Cyrus The Great sehingga Cambyses,emperor-emperor Parsi dan Medes.




Petunjuk ini akan bercantum dengan petunjuk dari bangsa Keturah yang membuat perjalanan dari arah Sumeria menuju ke Timur.Mereka tidaklah membuat perjalanan terus-menerus sehingga ke Timur Jauh tetapi di satu-satu tempat mereka akan membuat penempatan beberapa lama sehingga menurunkan bangsa-bangsa lain.Mereka berasimilasi dengan etnik tempatan dan menghasilkan hibrid bangsa hebat yang mampu membina empayar-empayar.

Apakah dia kunci yang telah mencantumkan kdua-dua petunjuk ini?Kunci tersebut adalah Cura Simanjakini.


Kunci Rahsia dari Pedang Misteri



Cura Simanjakini adalah salah satu alat kebesaran negeri Perak.Pedang ini, yang juga dipanggil 'Pedang Kerajaan (Negeri Perak Darul Ridzuan)', berasal dari perkataan Sanskrit 'Churiga (Si) Mandakini' yang bererti Mata Pisau dari Tasik Mandakini, iaitu sebuah tasik berhampiran dengan Sungai Ganges di Negara India.

Mengikut cerita, pedang ini pada asalnya adalah kepunyaan Sang Sapurba (juga digelar 'Nila Utama') yang tiba-tiba menjelma di Bukit Si Guntang Mahameru bersama-sama dengan dua orang adindanya.

Mengikut Hikayat Ketinggian Salasilah Perak keturunan Sultan Perak (Darul Ridzuan) adalah berasal dari keturunan Sang Sapurba, anakanda kepada Raja Suran dan Puteri Mahtab al-Bahari (puteri kepada Raja Aftab al-Ardzi). Adalah dipercayai Sang Sapurba telah memerintahkan Permasku Mambang untuk membunuh seekor naga yang diberi gelaran 'Saktimuna' sedang mengancam penduduk-penduduk di Minangkabau, Sumatera. Pedang yang sama juga digunakan oleh Parameswara semasa beliau ditabalkan sebagai Maharaja Melaka yang pertama. Nama gelaran Maharaja ini ditukarkan kepada Sultan apabila Parameswara menganut agama lslam.

Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Negeri Melaka, mewarisi pedang ini dan disimpan oleh baginda sehingga baginda menjadi Sultan Kampar, Sumatera selepas baginda berjaya melarikan diri dari serangan Portugis pada tahun 1511. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1530.

Sebelum mangkat, Sultan Mahmud Shah telah menghantar anakandanya, Raja Mudzafar Shah, untuk menjadi Sultan yang pertama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Di dalam keberangkatan Raja Mudzafar Shah, baginda dilengkapkan dengan pedang ini dan Alat-alat Kebesaran Kesultanan Melaka dahulu. Dari tarikh itu, pedang 'Cura Si Manja Kini' yang melambangkan keagungan dan kekuasaan Raja Pemerintah telah menjadi alat perkakas turun-temurun bagi Sultan yang memerintah Negeri Perak (Darul Ridzuan).

Mengikut kajian sejarah,pedang ini bukanlah berasal dari etnik Hindu India tetapi dari satu kerajaan Parsi Purba yang memerintah India ketika itu ataupun satu bangsa Indo-Aryan yang menduduki Tanah India dan menakluk etnik-etnik asli India.Teori perjalanan bangsa Mala dari arah Parsi ke Tibet dan seterusnya ke India dapat juga ditelusuri pada sejarah Negeri Kedah di mana nama Raja Kedah yang pertama ialah Maharaja Derbar Raja yang berasal daripada Parsi.
Baginda terpaksa melarikan diri setelah dikalahkan oleh raja lain. Baginda sampai di suatu tempat yang dipanggil Kedah atau Qalha.Menurut buku ini, Kedah menerima agama Islam pada awal kurun ke 12.Maharaja Derbar Raja menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Syah setelah memeluk agama Islam. Baginda diislamkan oleh Syeikh Abdullah.

Petunjuk ini bercantum pula dengan satu petunjuk lain,jika kita ingin membayangkan epik pengembaraan bangsa Mala kita perlulah mengetahui satu alter lain pada nama Mala itu sendiri.Alter Terahsia yang ditemui dalam peti rahsia kedua.Apa yang ada di dalam peti kedua?

'Bangsa Gunung'

Nama 'Melayu' adalah nama moden yang digunakan untuk menerangkan bangsa atau bahasa yang mendominasi Tanah Melayu dan kepulauan Melayu di Asia Tenggara.Sebelum itu bangsa ini bukanlah bergelar Melayu lagi.Ini samalah dengan perkataan 'Hindu' yang diberikan oleh sarjana Barat merujuk kepada Hind atau satu lembah di Sungai Ganges.Padahal sebelum itu ajaran purba ini bukanlah Hindu tetapi satu ajaran kuno yang berasal dari agama meyembah Tuhan yang Satu.Begitu juga dengan masalah yang kita bincangkan ini,perkataan Melayu,'Malaya' ,Malay atau Malaysia adalah nama moden yang digunakan pada abad-abad terakhir hingga kini.Namun bangsa ini sebelum digelar Melayu mempunyai pelbagai nama yang menerangkan tempat tinggal bangsa ini semasa pengembaraan atau gelaran atau sifat bangsa ini.Di antara nama-nama ini adalah Malai,Funan,Sailendra,Nam dan Champa.Malai adalah nama yang berasal dari tradisi Vedic-Parsi yang bererti 'gunung'.Begitu juga dengan yang lainnya SEMUANYA MERUJUK KEPADA 'GUNUNG' ATAU 'BUKIT'.Ini memberikan satu petunjuk tentang kemaraan bangsa Aryan dari arah pergunungan utara India seperti Himalaya-Tibet dari arah Asia Tengah,dari perbatasan Parsi seperti Bactria,Parthia dan Aria.Bangsa ini juga menerbitkan suku pahlawan Kamboja berkasta Ksyatria,merupakan salah satu suku Aryan yang menyerang perbatasan India dan menubuhkan kerajaan-kerajaan purba India.

Bangsa misteri ini digelar bangsa gunung atau kaum yang datang dari pergunungan adalah kaum yang dihormati dan digeruni oleh suku-suku asli atau kerajaan-kerajaan kecil di Benua India.Bangsa ini berubah-rubah namanya akibat asimilasi dan percampuran bangsa ini dengan etnik-etnik asli tempatan.Bangsa ini telah melahirkan keturunan Sakya dan Ksyatria ketika tinggal di Tibet dan di Benua India.Bangsa ini juga menghasilkan sukukaum Champa,Funan dan Khmer juga sebahagian Viet dari asimilasi Mala dengan etnik-etnik yang kecinaan di perbatasan sempadan Yunnan-China dan Indochina.Nampaknya bangsa misteri inilah yang mewarnai sebahagian besar bangsa-bangsa Asia di mana bangsa ini yang berasal dari keturunan Keturah seperti ditugaskan untuk membawa risalah ajaran Ibrahim ke Timur dan memajukan bani Adam yang terdiri dari etnik-etnik asli yang kurang bertamadun yang berasal dari keturunan para pengikut Nabi Nuh yang bertebaran ke sana.

Perjalanan darat bangsa Mala dapat ditelusuri dari salah satu suku Mala-Aryan Purba yang digelar Kambuja.



Kambuja

Menurut kajian antropologi terkini,Kamboja adalah suku kaum Ksyatria dari Zaman Besi di India,selalu disebut dalam kesusasteraan Sanskrit dan Pali,tampil kali pertama di dalam Mahabharata dan kesusasteraan Vedanga semasa (secara kasar dari abad ke 7 Masehi).Kerajaan Kemboja terletak berdekatan Gandhara di barat laut India di Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua?).Sesetengah sarjana menerangkan Kamboja Kuno adalah sebahagian dari Indo-Aryan,sebahagian kecil yang lain kemungkinan dari Indo-Iranian,ketika yang lainnya menurut Vedic Index of Keith and Macdonnel,mengiktiraf mereka sebagai mempunyai kedua-dua keturunan India dan Iran.Walaupun begitu kebanyakan komuniti sarjana kini bersetuju yang Kamboja adalah dari Iran yang sama dengan Indo-Scynthian.Kamboja juga dikenali oleh sarjana sejarah sebagai sukukaum diraja bagi Scynthian.




Ketika penaklukan ke atas India ketika era Pra-Kushana,suku Kemboja telah bergerak ke Gujerat,Selatan India,Sri Lanka dan kemudian ke Bengal dan seterusnya ke Cambodia.

Berdasarkan manuskrip purba,kaum Kamboja adalah kaum terhormat dari bangsa Aryan dan dikelaskan setaraf dengan Vasishtas-hero dalam budaya India Kuno,dan diperkirakan di antara 6 golongan sarjana dalam Kesusasteraan Vedic India.Pakaian dan tahap sosial Kamboja adalah sama dengan Vasishthas.Selain muncul dalam Mahabharata,Kamboja juga muncul dalam Kshatria-Dharama sebagai pahlawan dan pemerintah dan juga disebut sebagai pakar dalam Vedas.Dari sukukaum Kamboja inilah munculnya kerajaan Champa dan Funan dan juga mewariskan kerajaan Khmer.Cambodia adalah nama Perancis merujuk kepada sukukaum Kemboja.

Walaupun begitu ramai sarjana berpendapat Kemboja Kuno adalah pusat kepada Tamadun Iran Purba.Dalam perbincangan setakat ini tentu ada pembaca yang masih tertanya-tanya kaitan antara budaya Iran dan India Kuno.



Kaitan Antara Budaya Iran dengan Vedic India

Semenjak di dapati bahawa terdapat persamaan kata di dalam bahasa Sanskrit dan bahasa Parsi Kuno Zoroaster,sememangnya para sarjana antropologi sudah maklum akan penyerapan budaya Iran kuno dengan India dan fenomena hibrid ini digelar budaya Vedic.Bangsa Iran Kuno sudah lama berhubungan dengan etnik-etnik asli yang mendiami India.Dalam kesusasteraan India,bangsa Iran yang datang menduduki India pada zaman purba dahulu dikenali sebagai bangsa Aryan (perhatikan perubahan 'Iran' ke 'Aryan').Bangsa Aryan inilah yang membawa budaya Vedic berserta bahasa Sanskrit yang berasal dari bahasa Iran Kuno yang dapat ditelusuri dalam kesusasteraan Avestan seperti di dalam Kitab Zoroaster, Zend Avesta.Mereka juga membawa juga dikatakan orang-orang yang bertanggungjawab membawa agama Hindu ke India bermula di sebuah lembah di Sungai Ganges.Walaupun ada sarjana yang menentang teori ini berdasarkan teori Mohenjo-Daro dan Harappa,sebenarnya dua negarakota ini bukanlah ada kaitan dengan budaya Vedic-Aryan malah usia kota ini lebih tua dan sezaman dengan era Sumeria-Babilon.Ini kerana terdapat bukti perdagangan antara negarakota Ur di Sumeria dan Harappa berdasarkan penemuan artifak-artifak yang sama di kedua-dua tapak arkeologi.Malah pakar-pakar sejarah begitu bingung dengan penemuan kaca-kaca hitam yang berselerakan di jalan-jalan kedua-dua negarakota,padahal kaca-kaca hitam itu tidak dapat ditemui di mana-mana tempat dan bukan semulajadi kerana hanya didapati di loji-loji nuklear.Hasil dari penguraian uranium dan haba berantai akan menghasilkan sisa-sisa buangan berbentuk kaca-kaca hitam tadi.Inilah yang mewujudkan teori perang nuklear tambahan pula boleh dikatakan tiada rangka manusia ditemui di tapak arkeologi.Dan ini menyebabkan Mohenjo-Daro dan Harappa dikatakan sezaman pula dengan Kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang telah tenggelam.

Bahasa Iran Purba iaitu Avestan adalah asal kepada bahasa Sanskrit.Dan bahasa Sanskrit adalah bahasa elit di dalam agama Hindu.Bahasa Avestan pula digunakan dalam kitab Zend Avesta dan terdapat dalam manuskrip-manuskrip purba Iran seperti Agatha.Lihat persamaan bahasa di antara kedua-duanya.

təm amavantəm yazatəm
tam amavantam yajatam

surəm damohu scvistəm
suram dhamasu savistham

miθrəm yazai zaoθrabyo
mitram yajai hotrabhyah

Di sebelah atas adalah Avestan dan dibawahnya adalah Sanskrit.Perhatikan juga kata 'deva' dalam Sanskrit bermaksud dewa/tuhan tetapi dewa dalam Avestan adalah 'ahuras' atau 'asuras' manakala 'devas' pula bermaksud syaitan.

INI ADALAH PEMBAYANG KEPADA AKTIVITI BANGSA MALA DISEMPADAN INDIA DAN PARSI.

MISI TERAHSIA KE TIMUR JAUH

Sesungguhnya memang terdapat kisah-kisah peperangan Raja-raja Babilon atau Sumeria di dalam kitab-kitab Veda terutama di dalam Rig Veda yang merupakan yang tertua di antara keempat-empat Veda.Kisah-kisah Mahabharata juga di dalam Upanishad juga diketahui berasal dari kitab-kitab Babilon Purba.Ini amat menakjubkan.Malah lebih menakjubkan terdapat juga nama Ibrahim dan Muhammad di dalam kitab Veda.Pada tahun 1935, Dr. Pran Nath menerbitkan artikel di dalam Times of India yang menunjukkan bahawa Rig Veda mengandungi peristiwa-peristiwa mengenai raja-raja Babilonia dan Mesir dan peperangan-peperangan mereka. Selanjutnya, beliau menunjukkan bahawa se per lima daripada Rig Veda adalah berasal daripada Kitab-kitab Babilonia. Dari sudut pandangan Muslim adalah mungkin bahawa penganut Hindu telah diwahyukan kitab atau kitab-kitab yang mengandungi cerita mengenai perjuangan Nabi-nabi Allah yang telah diutuskan kepada kaum-kaum lain yang terdahulu. Adalah mungkin juga bahawa ulasan-ulasan yang ditulis mengenainya telah digabungkan dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada kitab-kitab yang diwahyukan.

Terdapat beberapa contoh seperti ini di dalam kitab-kitab Hindu. Atharva Veda juga dikenali sebagai 'Brahma Veda' yang bermaksud Ilmu Suci. Analisa ke atas Veda menunjukkan bahawa 'Brahma' sebenarnya adalah Abraham (Ibrahim), di mana huruf A di dalam Abraham telah dipindahkan ke belakang untuk menjadikannya Brahma. Analisa ini tepat apabila seseorang menulis dua perkataan di dalam huruf Arab, di mana Bahasa Arab adalah bahasa yang mirip kepada bahasa yang dituturkan oleh Nabi Ibrahim. Begitu juga, isteri pertama Ibrahim, iaitu Sarah, disebut di dalam Veda sebagai Saraswati, dan Nabi Nuh disebut sebagai Manuh atau Manu. Segolongan Pandit menganggap Athrva Veda sebagai Buku Ibrahim. Nabi Ismail dan Nabi Ishak dinamakan Atahrva dan Angira, masing-masing di dalam Veda.Ramalan tentang Nabi Muhammad di dalam Purana:



"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad..."

(Ayat 5 Bhavishya Puran, Prati Sarg Bahagian III:3,3)

Juga di dalam Purana:

"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad. Setelah Raja (Bhoj) memandikan Mahadev Arab (dengan keperibadian seperti malaikat) ini, dia mempersembahkan kepadanya hadiah sebagai tanda ketaatannya yang ikhlas dan tanda penghormatannya dan berkata, 'Aku patuh kepadamu'. 'Wahai engkau, kebanggaan manusia, penghuni Arabia. Kau telah mengumpulkan kekuatan yang besar untuk membunuh Syaitan dan kau sendiri telah dilindungi daripada penentang-penentang malechha (penyembah berhala). Wahai engkau, yang merupakan gambar Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang terbesar, aku adalah hambamu, terimalah aku yang tunduk di kakimu."

"Malechha telah memijak tanah Arabia yang masyhur. Arya Dharma tidak akan ditemui di negara itu. Sebelum itu telah muncul seorang roh jahat yang terseleweng yang telah kubunuh [nota: contohnya Abrahah Al-Ashram, gabenor Yaman yang menyerang Mekah]; dia kini muncul lagi dan dihantar oleh musuh yang gagah. Untuk menunjukkan musuh-musuh ini ke jalan yang benar dan membimbing mereka kepada Mahamad (Muhammad) yang dikenali, yang telah kuberi nama julukan Brahma dan berusaha keras untuk membawa golongan Pishacha ke jalan yang benar. Wahai Raja! Kau tidak perlu pergi ke negara Pishacha yang tolol, kau akan disucikan melalui kemurahan hatiku di tempat kau diam. Pada waktu malam, dia yang seperti malaikat, manusia yang licik, yang menyamar sebagai Pishacha berkata kepada Raja Bhoj: "Wahai Raja! Arya Dharma mu telah menang mengatasi agama-agama lain, tetapi menurut perintah 'Ashwar Parmatma (Tuhan, Roh Yang Tinggi), aku akan melaksanakan rukun yang kuat daripada golongan pemakan daging. Pengikut-pengikutku terdiri daripada lelaki yang telah disunatkan, tanpa ekor (di kepalanya), menyimpan janggut, melancarkan revolusi, mengumumkan panggilan sembahyang dan memakan semua yang halal. Dia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak akan mencari kesucian dari pohon suci, tetapi disucikan melalui peperangan. Kerana mereka menentang bangsa-bangsa yang tidak beragama, mereka akan dikenali sebagai Musalman (Muslim). Aku akan menjadi pengasas agama golongan yang memakan daging ini."

(Bhavishya Puran:Prati Sargh Part III:3,3,5)


Di dalam Kuntap Sukt (Antharva Veda):

Terjemahannya oleh Pundit Raja Ram diberikan seperti berikut:




"Dia memberikan kepada Rishi Mamah seratus keping wang emas, sepuluh kalungan, tiga ratus ekor kuda dan seribu ekor lembu"


Perkataan akar kepada perkataan Mamah adalah Mah yang bermakna yang disanjung tinggi, dihormati, disegani, dibesarkan dan bertaraf tinggi. Perkataan "Muhammad" di dalam bahasa Arab bermaksud "yang dipuji". Di dalam bahasa Sanskrit, banyak nama-nama Muslim yang digunakan dengan sedikit pengubahsuaian. Contohnya, 'Mahmud' Ghaznavi yang memerintah sebahagian daripada India, dipanggil dengan nama 'Mamud' Ghaznavi. Oleh itu, Mamah adalah sinonim dengan Muhammad apabila makna keseluruhan ayat tersebut dipertimbangkan. Di dalam agama Hindu, perkataan Rishi bermaksud guru ilmu mistik atau Nabi, dan mungkin juga seorang yang tinggi tarafnya. Kelihatannya perkataan ini diterbitkan daripada nama Nabi Idris dengan huruf pertama 'i' dipindahkan ke penghujung perkataan, sama seperti nama Abraham dan Brahma, dan huruf 'd' digugurkan seperti mana Mamah (Muhammad, yang diterbitkan daripada huruf akar h, m dan d).

Seratus keping wang emas merujuk kepada sahabat-sahabat awal Nabi Muhammad, yang mana lapan puluh daripada mereka berhijrah ke Habsyah untuk melepaskan diri daripada penindasan yang tidak tertanggung. Di dalam Shatpath Brahmana yang merupakan ulasan yang diwahyukan ke atas Yajur Veda, emas adalah digunakan sebagai metafora untuk kuasa spiritual manusia yang tinggi.

Sepuluh kalungan merujuk kepada sepuluh sahabat Nabi Muhammad yang paling rapat yang diberikan berita gembira mengenai syurga oleh Nabi. Umat Islam mengenali mereka sebagai 'Ashra-i-Mubbashshara'. Mereka adalah Abu Bakar (r.a.) , 'Umar, 'Uthman, 'Ali, Talha, Zubair, 'Abdul Rahman bin Auf, S'adbin Abi Waqqas, S'ad bin Zaid, dan Abu 'Ubaidah (moga Allah memberkati mereka). Mereka adalah orang-orang yang disebut di dalam Veda sebagai Dash ashrijah - 'sepuluh jambangan bunga dari syurga'.

Tiga ratus ekor kuda yang bagus (dari baka Arab) merujuk kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang berjuang di Badar. (Bilangannya yang tepat adalah 313, tetapi dalam kebanyakan ramalan angka ini digenapkan). Perkataan Sanskrit Arvah bermakna kuda Arab yang pantas, terutamanya yang digunakan oleh golongan Asura (bukan Arya).

Sepuluh ribu ekor lembu merujuk kepada sepuluh ribu sahabat yang mengiringi Nabi semasa pembukaan Mekah. Perkataan Sanskrit 'go' diterbitkan daripada gaw yang bermakna pergi berperang, dan digunakan bagi kedua-dua kerbau dan lembu. Di dalam Veda, kerbau atau lembu digambarkan sebagai simbol peperangan, keamanan dan persahabatan. Kita dapati kedua-dua sifat ini pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Mereka adalah manusia yang beriman dan pemurah seperti lembu, dan kuat serta perkasa dalam memastikan keamanan dan keadilan.Inilah sebab orang-orang Hindu menganggap lembu sebagai haiwan suci padahal istilah zaman purba Avestan-Sanskrit 'lembu' bermaksud 'orang suci' atau sahabat orang suci.Penyelewengan ini juga terdapat dalam bahasa Aramaik Kuno yang mengistilahkan 'anak-anak Tuhan' sebagai orang-orang suci tetapi orang-orang Kristian menyalahanggap istilah ini.




Apakah yang terjadi kepada bangsa Mala (Aryan) yang berasimilasi dengan kaum purba India?Apakah nama yang diberi oleh orang-orang Iran Kuno kepada saudara mereka dari Bangsa Mala?

Siapakah Bani Jawi?

Apakah dia yang pemberian (gift) diberi oleh Nabi Ibrahim kepada anak-anaknya?Apakah misi yang digalas oleh Bani Jawi dalam perjalanan mereka ke Timur Jauh?Nantikan sambungan Alter Terahsia Bangsa Melayu IV...

---------------------------

Alter Terahsia Bangsa Melayu IV

Menyusuri jejak-jejak Melayu sehingga ke Emperor Cambyses di Parsi dari haluan Sungai Mekong... 

-Rahsia Sungai Mekong
-Jayavarman,Sailendra dan Khmer
-Angkor Wat dan Borobudur
-Dari Cambyses ke Kemboja
-Funan dan asimilasi Viet dari Mala Laut (Indonesia)
-Tatabahasa Veda dan Avestan
-Hyperborean,Aryan dan rahsia Hitler-Nazi
-Operasi rahsia Nazi di Tibet mencari bangsa yang hilang
-Catatan-catatan pengembara Eropah
-Kapal-kapal Bangsa Mala
-Siapakah Bani Jawi?
-Misi Terahsia Bani Jawi




Jejak-jejak Melayu semakin mendebarkan!!............