Saturday, February 16, 2013

Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya daripada Allah, maka cahaya tidak boleh memberi kesan kepada hati-hati mereka yang kotor dengan maksiat kepadaNya sebagaimana ungkapan Syair yang masyhur daripada Imam Syafie :



“ Aku mengadu kepada Imam Waqie’ tentang buruknya hafalan aku..

Lalu beliau tunjukkan aku jalan untuk aku tinggalkan maksiat..

Maka beliau mengkhabarkan padaku bahawa Ilmu itu adalah cahaya daripada Allah..

Adapun cahaya Allah itu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada

mereka yang lakukan maksiat ”



Maka sesiapa yang mencari cahaya Allah tersebut hendaklah menelusuri dengan cara yang betul dan penuh mujahadah (kesungguhan). Justeru itu, Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha yang ditunjukkan.

Firman Allah :

“ والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين ”

“Mereka yang bersungguh-sungguh (bermujahadah mencari Redha Allah), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, sesungguhnya Allah bersama mereka yang berbuat kebaikan”.
(Surah al-Ankabut : 69)


No comments:

Post a Comment