Alter
Terahsia Bangsa Melayu (Bhgn 2)
Oleh: Srikandi
dibawakan khas oleh: Diari Ummatmu.blogsopot.com
Perbezaan pendapat di antara para
pengkaji Barat dan Timur tentang asal-usul bangsa Melayu begitu
memeningkan.Sehingga kini kajian terus dilakukan dan pelbagai teori dikemukan
sehingga antara yang terbaru adalah kajian dari penyelidik Pusat Pengajian
Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin.
Dibawah ini adalah sambungan kepada
artikel 'Alter Terahsia Bangsa Melayu'
~ Selamat membaca
The Lost Fragrance in The Promised Land
"But while he was still living, he
gave gifts to the sons of his wife (Keturah)..."
(Genesis 25:6 New International
Version)
Sehingga ke hari ini,para
cendekiawan,pengkaji sejarah,pakar antropologi dan ahli geneologi masih
berdebat dan mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil
MELAYU ini.Sejarah kewujudan bangsa Melayu masih samar-samar dan misteri dan
setiap pengkaji menemui bukti dan penemuan dari pelbagai bangsa,negara mahupun
budaya yang mempunyai kaitan dengan bangsa Melayu.Setiap pengkaji juga
mempunyai ulasan dan teori sendiri di mana masing-masing kelihatan mempunyai
percanggahan di antara satu sama lain.Tidak ada percanggahan yang ketara di
dalam membicarakan riwayat sesuatu bangsa kecuali bangsa Melayu.Tidak seperti
bangsa Inggeris yang diketahui berasal dari tiga suku-suku purba Jerman iaitu
Angles (dari sini terbit kata Anglo dan seterusnya English),Saxon dan
Jutes.Juga bangsa Iran yang berasal dari bangsa Madyan Purba (Medea Empire)
sebelum kehadiran Empayar Acheamenid dan Sassanid dan kelahiran Emperor-emperor
agung seperti Cyrus,Xerxes dan Darius.Para pengkaji Barat dan Timur juga
menemui tanda-tanda fizikal di beberapa kawasan di dunia yang sama dengan apa
yang ditemui di Kepulauan Melayu.Antara yang paling terkenal adalah penemuan
kapak tua dari Asia Tengah oleh R.H. Geldern dan gendang Dongson di Vietnam
Utara.Ini belum masuk lagi berpuluh-puluh kajian tentang sosio-budaya di
tempat-tempat lain yang dikatakan mirip bangsa Melayu seperti etnik-etnik
Tibet,kaum asli di Taiwan dan Kepulauan Jepun dan sudah tentu bukti-bukti
transformasi budaya di beberapa kawasan pedalaman China,Indochina
(MOn,Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia Pasifik.APAKAH ERTI SEMUA INI?Mengapa
begitu banyak kesan-kesan yang sama dengan bangsa ini di seluruh Asia?Terdapat
satu rahsia di mana ia dapat menjawab semua misteri ini.Rahsia ini adalah satu
kunci dari beberapa kunci di dalam 'Ark of Covenant' bangsa misteri ini.
Sebelum perbincangan yang lebih mendalam
eloklah diturunkan hasil kajian umum dan terkenal beberapa pengkaji sama ada
Barat dan tempatan tentang asal-usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa
kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para
ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan
yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah)
dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada
di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.
Sebagai perbandingan, kedua-dua
pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.
Berasal dari Asia Tengah
R.H. Geldern ialah seorang ahli
prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic
Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang
berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung
batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu
Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis
kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara.
Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia
Tengah ke Kepulauan Melayu ini.
J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi
Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang
lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan
sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau
mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat
juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik
.Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang,
pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern
berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di
Asia.
W. Marsden pula dalam kajiannya
mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di
beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang
serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa
serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa
Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental.
Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa
bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang
berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya
berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan
kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa
kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya
Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula
berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat
di Kampuchea.
J.R. Logan yang membuat kajiannya
berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam
kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet).
Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan.
Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia.
G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat
resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek
moyang bangsa Melayu.
Dua orang sarjana Melayu, iaitu
Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas.
Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa,
sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk
bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih
terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari
daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu
laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi
dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan
bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian
adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa
bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik,
bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno
itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.
Kajian mendapati bahawa bahasa Melayu
Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal
daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa
Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Kajian ini
juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan
daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat
hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal
daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu
Klasik.
Berikut ini akan diperlihatkan cara
perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.
(a) Orang Negrito
Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum
perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah
ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah
yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini
dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak
tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian
mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan
zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada
tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang
Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.
(b) Melayu-Proto
Berdasarkan pendapat yang mengatakan
bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang
pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai
Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada
orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam,
membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka
berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.
(c) Melayu-Deutro
Perpindahan penduduk yang kedua dari
Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM.
Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju
daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka
telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini
dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh
Kepulauan Melayu ini.
Kedatangan orang Melayu-Deutro ini
dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke
pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan
dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal
menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai
nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah
yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang
Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang
ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama
yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.
Berasal dari Nusantara
Seorang sarjana Inggeris bernama J.
Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa,
Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang
tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa)
dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan
bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di
Nusantara ini.
J. Crawfurd menambah hujahnya dengan
bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang
tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah
mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu
kesimpulan bahawa:
(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari
mana-mana, tetapi malah merupakan induk
yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan
bahasa induk daripada bahasa yang lain.
K. Himly, yang mendasarkan kajiannya
terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di
Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu
Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt
yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa
Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam
kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.
Sutan Takdir Alisjahbana, ketika
menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar
bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand
Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai
bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan
sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang
berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah
barat.
Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik
bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi
bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah
tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William
Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880),
H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil
kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa
Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang
sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".
Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa
orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter
atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima
ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara
perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi
pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu
daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung
berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah
dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa,
Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.
Pintu Rahsia
Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia
dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara
evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang
lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang
lalu.
Pada masa pramanusia dan manusia yang
sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal
ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia
Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun.
Pada masa ini wilayah tersebut didiami
oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian
dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta
orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.
Masing-masing bangsa ini berpisah dengan
berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang
Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah
timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba
bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami
Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah
utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.
Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N.
van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H
dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia
itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut,
memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang
sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan,
dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa
Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan
Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar
(terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan
bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa
yang terdapat di Asia Tengah.
Pendapat-pendapat dari Barat kebanyakan
boleh disimpulkan seperti ini:
-Bangsa Melayu berasal dari bangsa lain
seperti China,India atau suku kaum di benua Afrika
-Bangsa Melayu adalah lahir dari
transformasi bangsa-bangsa besar seperti China,India atau Arab.
Tetapi kajian mereka dipertikaikan oleh
beberapa pengkaji Barat J. Crawfurd,Gorys Keraf dan lain-lain bersama-sama para
pengkaji tempatan termasuk para pengkaji di Universiti Sains Malaysia.Pendapat
Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang
diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan
Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama
ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.
Lagi pula, secara kebetulan Geldern
membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau
tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara,
kemudian ke Asia Tengah.
Kajian Kern berdasarkan bukti
Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya
terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan
tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa
penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat
mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur
hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.
Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu
itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai
barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta
(Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan
Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak,
dan bahasa Melayu di Pulau Seram.
Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu
yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia,
Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak
langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak
ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya
bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi),
dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia
Tengah.
Kesamaan pembentukan kata di antara
bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan
kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga
memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza
dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan
bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga
Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan
dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil,
Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa
di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang
menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan
Polinesia.
Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba
pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa
manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:
1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa),
yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus Trinil (Jawa),
kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira
210,000 tahun.
Jika tiga fosil tersebut dibandingkan
dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya
berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa
hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi
dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai
Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh
kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa
Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa
keluarga Nusantara.
Masih ada soalan yang belum terjawab,
iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini,
sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat
bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark
yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir
besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh
dipertikaikan.
RAHSIA DARI KETURUNAN NABI NUH
Yang agak berkemungkinan disusurgalur
ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit
(Japheth), dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya
kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian
dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa
kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri
Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman.Untuk menyiasat dan menjejaki dari
mana asal-usulnya bangsa misteri ini kita terpaksa ke masa-masa terjadinya
Banjir Besar,beribu-ribu (atau mungkin sampai jutaan tahun?) sebelum kelahiran
Sargon dari Akkadia dan bangsa Sumeria apatah lagi kewujudan dinasti-dinasti
China seawal Dinasti Xia dan kelahiran Tamadun Indus.
Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah
dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas
umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula)
umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia),
kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami." (Huud 11:48)
Selepas Banjir Besar surut,maka Nabi Nuh
a.s pun keluar bersama-sama para pengikutnya seramai 80 orang (mengikut jumlah
yang disepakati di dalam manuskrip-manuskrip kuno).Tempat di mana mendaratnya
bahtera Nabi Nuh (Noah's Ark) tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi
pendapat yang popular ialah di Buki Judi di Pergunungan Ararat di Turki.Setelah
keluar dari bahtera maka bertebaranlah pengikut-pengikut Nabi Nuh ke seluruh
bumi termasuk anak-anaknya iaitu Ham,Sam dan Yafid (Japheth).Ham telah
mengembara ke kawasan di sebelah Afrika,manakala Yafid bergerak arah barat di
mana nanti anak cucunya akan hidup merentasi kawasan
Mediteranean,Kaukasus,Tanah Besar Eropah dan kawasan di sebelah utara seperti
Denmark,Norway dan lainnya.Sam pula menetap di Asia khususnya di Asia
Barat.Sebahagian anak keturunannya ada yang bergerak ke timur jauh merentasi
perbatasan China di mana terlebih dahulu direntasi oleh pengikut-pengikut Nabi
Nuh yang bergerak ke kawasan sebelah Timur.INI ADALAH LAPISAN
PERTAMA pergerakan anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar.
Nabi Nuh dan kaum kerabatnya yang lain
masih menetap di Asia Barat.Dari kerabat Nabi Nuh ini maka lahirlah
bangsa-bangsa purba Mesopotamia seperti Akkadia,Assyria dan bangsa-bangsa purba
Babilon (termasuk Sumer dan Samiyah).Bangsa-bangsa ini membentuk peradaban
Mesopotamia telah diperakui merupakan tamadun tertua di dunia dan digelar pusat
ketamadunan dunia (adalah tamadun yang dikenalpasti mula-mula mencipta
roda).Bangsa-bangsa yang membentuk tamadun ini merupakan bangsa yang bijak dan
terdiri dari keturunan yang terlatih,mahir dan genius.Ini tidak menghairankan
memandangkan mereka berasal dari keturunan Nuh sendiri dimana Nabi Nuh adalah
seorang yang pintar dan seorang 'patriarch' yang disegani.Manakala
pengikut-pengikut Nabi Nuh yang telah sampai di sebelah India,China dan Timur
Jauh tetap meneruskan hidup mereka namun agak terbelakang dari segi pencapaian
bangsa-bangsa yang tinggal di pusat tamadun Mesopotamia.Ini memandangkan para
pengikut Nabi Nuh adalah terdiri dari orang-orang yang miskin dan melarat dimana
sebelum Banjir Besar mereka bolehlah dikatakan tinggal dikawasan perkampungan
(atau perumahan kos rendah pada istilah kini) ataupun menetap di
setinggan-setinggan.Tahap pendidikan mereka yang rendah tidak memungkinkan
mereka mendidik keturunan mereka secara intensif tidak seperti keturunan Nabi
Nuh yang berasal dari golongan berpendidikan dan bijakpandai memandangkan Nabi
Nuh sendiri selain seorang ahli agama, beliau juga adalah pakar dalam bidang
zoologi dan kejuruteraan perkapalan.Beliau juga seorang ahli marin dan
pelayaran yang berkemahiran.Sesungguhnya Allah s.w.t ,mengangkat para
utusan-Nya dari kalangan yang terbaik dan dari keturunan yang terpelihara.Di
sini kita boleh menimbangkan dua petunjuk misteri ini,
*Adakah bangsa Melayu berasal dari kaum
kerabat Nabi Nuh?
*Atau berasal dari salah seorang
pengikut Nabi Nuh?
'Petunjuk Dari Banjir Besar' ini juga
dapat menjawab mengapa di Tanah Melayu telah terdapat kaum-kaum lain yang
fizikal dan rupaparas mereka amat berlainan dari bangsa Melayu.Mengapa terdapat
kaum di sebelah kepulauan Pasifik yang mengaku mereka berasal dari bangsa
Melayu yang belayar dari sebelah Afrika (rujuk kaum Maori dan kaum-kaum kuno di
kepulauan Hawai).Juga misteri Pulau Easter dimana patung-patungnya menyerupai batu-batu
nisan Toroja dan tugu-tugu suku Batak.Sampai kini bangsa yang pernah mendiami
pulau misteri tersebut masih samar-samar.Namun selepas ekspedisi yang digelar
Kon-Tiki dalam tahun 1950'an yang mungkin merupakan ekspedisi paling penting
selepas ekspedisi Galapagos,sebahagian misteri Pulau Easter telah
terungkap.Kemajuan dari ekspedisi ini adalah kajian rapi mereka dari segi
arkeologi,linguistik dan etnografi.Yang paling menarik adalah keputusan DNA
dari tulang temulang yang dijumpai di sana menjelaskan bahawa kaum yang membina
tugu-tugu misteri itu bukanlah berasal dari Indian Amerika tetapi Polinesia
yang menerangkan mengapa penduduk setempat memanggil pulau itu sebagai Rapa Nui
yang mana bunyi linguistiknya mendekati ala Tahitian dan orang Tahiti mendekati
asalnya dari kumpulan Molukas-Samoa (keduanya dari kumpulan etnik yang
sama).Merekalah yang belayar ke Kepulauan Marquesas kemudian ke Hawaii selepas
itu ke New Zealand dan akhirnya ke Tahiti.Dan pelayaran ini berkemungkinan
hanya menggunakan kayak purba dan ia digelar sebagai Catamaran/Trimarant yang
dikenali sebagai kapal kecil yang stabil yang mampu mengharungi gelombang
lautan.Dan yang menariknya kaum-kaum kuno di Indonesia telah lama diketahui
menggunakan Trimarant yang mudah ditolak ketika pendaratan pantai.Sebab itu
karakter tugu misteri di Pulau Easter menyamai tugu kaum Toroja dan Batak.
Betapa misterinya apabila ramai pengkaji
tidak sependapat untuk menerangkan kehadiran kaum asli seperti Orang
Asli,Jakun,Senoi dan sekumpulan dengan mereka di Tanah Melayu dan pada masa
yang sama terdapat pula satu bangsa yang berbeza yang berkulit cerah sedikit
atau sawo matang,berpakaian kemas,lebih terurus kehidupannya,berorganisasi
malah berkerajaan sendiri dan pernah membina empayar-empayar hebat,tidaklah
bercawat,dan masih mengamalkan kehidupan primitif seperti berburu binatang dan
bercucuk tanam iaitu mengamalkan ekonomi sara diri.Ini tidak sepening kes
antropologi lain seperti kehadiran bangsa kulit putih di Australia dan Benua
Amerika.Kes unik antara bangsa Melayu dan Orang Asli adalah masalah beribu-ribu
tahun dahulu tidak seperti kes Red Indian dan Koloni Eropah.Ini menunjukkan
sebelum konotasi 'Dunia Baru' yang popular digunakan dikalangan pengembara
Eropah seperti Amerigo Vespucci,Magellan dan Columbus merujuk kepada Tanah
Amerika,bangsa Melayu telah lama menemui 'Dunia Baru' mereka beribu tahun yang
lampau lama sebelum kelahiran Raja Manuel Sepanyol mahupun Christopher
Columbus.
Kunci kepada rahsia ini adalah terletak
kepada pergerakan keturunan Ham,iaitu salah seorang anak Nabi Nuh yang
menurunkan bangsa-bangsa berkulit gelap seperti di sebelah Afrika dan
pergerakan bangsa Mala dari keturunan Keturah mengikut jalan laut.Kunci ini
akan membuka satu persoalan yang sekian lama menghantui para ahli antropologi
mengapa kaum-kaum Polinesia seperti Orang Asli,Maori,Aborigin dan suku-suku
Hawaii umumnya berambut keriting,berkulit gelap serta memiliki raut wajah dan
postur seperti kaum-kaum di Afrika dan berlainan dari etnik-etnik Melayu
seperti Jawa,Banjar,Bugis,Kedah,Pahang dan sebagainya.Kaum asli Polinesia ini
adalah HYBRID KEPADA KETURUNAN HAM DAN BANGSA MALA-KETURAH.Pergerakan pertama
dipercayai adalah dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh
a.s.Merekalah yang sampai dahulu di Kepulauan Pasifik dan pulau-pulau Polinesia
termasuk Australia membentuk kaum Aborigin.Kemudian tibalah pula keturunan
Keturah setelah memakan beberapa generasi.Keturunan Keturah ini adalah kumpulan
kedua iaitu yang mengikut jalan laut dari sebelah barat (dari arah Afrika) di
mana kumpulan pertama bangsa Mala melakukan perjalanan darat menuju ke hujung
dunia 'Semenanjung Emas'.Ini menerangkan mengapa kaum asli di salah satu
kepulauan Jepun,kaum asli purba di Taiwan dan etnik-etnik Polinesia di Pasifik
seperti di Hawaii,Papua dan sebagainya memiliki beberapa perkataan mirip bahasa
Melayu berserta maksud yang sama seperti 'batu' dan 'mata'.Kaum asli ini yang
berasal dari keturunan Ham anak Nabi Nuh a.s yang menurunkan bangsa Afrika
mengalami pertentangan untuk bertahan dengan kedatangan bangsa Mala keturunan
Siti Keturah dan Nabi Ibrahim yang lebih maju dan berfizikal lebih besar dari
mereka.Akibatnya mereka yang tidak dapat berasimilasi terpaksa berpindah ke
kawasan lebih pedalaman.Terdapat juga interaksi sosial di antara kedua-dua kaum
ini seperti perdagangan malah ada yang berkahwin sesama mereka.
Kunci Rahsia Pada Pemberian Rahsia
1:1 Adam, Sheth, Enosh,
1:2 Kenan, Mahalaleel, Jered,
1:3 Henoch, Methuselah, Lamech,
1:4 Noah, Shem, Ham, and Japheth.
1:5 The sons of Japheth; Gomer, and
Magog, and Madai, and Javan, and Tubal, and Meshech, and Tiras.
1:27 Abram; the same is Abraham.
1:28 The sons of Abraham; Isaac, and
Ishmael.
1:29 These are their generations: The
firstborn of Ishmael, Nebaioth; then Kedar, and Adbeel, and Mibsam,
1:30 Mishma, and Dumah, Massa, Hadad,
and Tema,
1:31 Jetur, Naphish, and Kedemah. These
are the sons of Ishmael.
1:32 Now the sons of Keturah, Abraham's
wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and
Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan.
1:33 And the sons of Midian; Ephah, and
Epher, and Henoch, and Abida, and Eldaah. All these are the sons of
Keturah.
1:34 And Abraham begat Isaac. The sons
of Isaac; Esau and Israel.
1:35 The sons of Esau; Eliphaz, Reuel,
and Jeush, and Jaalam, and Korah.
1:36 The sons of Eliphaz; Teman, and
Omar, Zephi, and Gatam, Kenaz, and Timna, and Amalek.
1:37 The sons of Reuel; Nahath, Zerah,
Shammah, and Mizzah.
(1 Chronicles 1 New International Version)
Petikan di atas adalah dari Kitab
Riwayat dari Injil berkenaan jurai keturunan tertentu bermula dari Nabi Adam
a.s hingga kepada anak keturunannya yang membentuk bangsa-bangsa di
dunia.Nama-nama di sini ada di antaranya mewakili kaum tertentu dan ada yang
merupakan gelaran.Sebagai contoh Tubal adalah sebuah kawasan di sebelah Rusia
di mana menunjukkan Japheth (Yafid) adalah anak Nabi Nuh yang menurunkan bangsa
Kaukasian-Eropah.Median merujuk kepada Madyan di mana bangsa inilah yang
disebut dalam kisah 'Nabi Syuaib dan Kaum Madyan'.Bangsa ini disepakati oleh
para pengkaji bahawa perintis kepada Empayar Iran pertama sebelum penyatuan
Medes dan Parsi oleh Cyrus The Great,juga pernah berurusan dengan bangsa Parsi
sama ada dalam perdagangan ataupun peperangan.Israel pula adalah gelaran kepada
Nabi Yaakub (Jaacob).
"Dan sesudah Ishak (lahir pula)
Ya'qub." (QS. Hud: 71)
Perhatikan ada di antara nama-nama
disini bukanlah nama sebenar orang terbabit tetapi ada yang GELARAN dan ada
namanya juga menjadi nisbat kepada bangsanya.
"Sesungguhnya Ibrahim itu
benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada
Allah." (QS. Hud: 75)
Di penghujung kehidupan Nabi Ibrahim
Khalilullah a.s,baginda telah mengahwini seorang wanita dari bangsa misteri
yang dinamakan Keturah.Keturah bermaksud kemenyan atau wangi-wangian yang
digunakan dalam upacara ritual.Dengan kehadiran Keturah,keluarga Nabi Ibrahim
semakin besar.Apatah lagi Keturah telah menghadiahkan enam orang anak kepada
Nabi Ibrahim.Dari anak-anaknya inilah akan menurunkan pelbagai bangsa yang
meyebabkan baginda digelar 'Bapa Bangsa-bangsa'.Nabi Ibrahim amat bersyukur
kepada Allah s.w.t kerana memberikan anugerah yang berlimpah-limpah selepas
kehamilan Sarah isteri pertamanya yang sekian lama tidak melahirkan anak dan
nyaris dianggap mandul.
"Sungguh menghairankan, apakah aku
akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku
pun dalam keadaan yang sangat tua pula?" (QS. Hud: 72)
Ketenangan lebih terasa di wajah Nabi
Ibrahim setelah Siti Sarah tidak lagi menunjukkan perasaan cemburu kepada Siti
Hajar dan anaknya Ismail.Hanya kebahagianlah yang dirindui oleh Nabi Ibrahim
ketika usianya sudah tua dan menunggu panggilan Ilahi.
Namun perintah Tuhan Yang Esa
menghendakinya sebagai Nabi dan orang mulia dikalangan manusia, melakukan tugas
penting seterusnya.Nabi Ibrahim adalah antara Rasul-rasul yang banyak menerima
cabaran dan tanggungjawab dan nama baginda termasuk dalam gelaran Rasul Ulul
Azmi.Banyak cabaran dan misi sebelum ini dilalui baginda dengan tabah dan
bijaksana seperti perjalanan merentasi Empayar Firaun Kuno (Allah s.w.t
menakdirkan baginda bertemu isteri keduanya iaitu Siti Hajar dalam misi
ini),perdebatan dengan raja Namrud (Nimrod),peristiwa dibakar api besar,pertelingkahan
dengan Siti Sarah,perpindahan Siti Hajar dan Nabi Ismail serta perintah
pengorbanan anaknya Ismail.
"Dan tidak ada yang benci kepada
agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri dan sungguh
Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya Dia di akhirat benar-benar
termasuk orang yang soleh." (QS. al-Baqarah: 130)
Semua misi dan perintah itu dilaluinya
walaupun adakalanya begitu payah dan menduga imannya terutamanya peristiwa
perpindahan Siti Hajar dan Ismail ke lembah Mekah serta peristiwa korban.
"Ibrahim berkata: 'Wahai anakku
sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi, aku menyembelihmu, maka bagaimana
pendapatmu. " (QS. ash-Shaffat: 102)
Dan Tuhan pun mewahyukan kepadanya untuk
melaksanakan satu misi penting sebelum menutup mata di dunia fana ini.Satu misi
TERAHSIA yang hanya terungkap dalam manuskrip kuno yang dicari-cari,yang
tersembunyi.
"Abraham took another wife, whose
name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and
Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were
the Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were Ephah,
Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of
Keturah." (Genesis 25:1-4)
Nabi Ibrahim pun memanggil anak-anaknya
dari Keturah.Zimran,Jukshan,Madyan,Ishbak,Medan dan Shuah pun mengelilingi
ayahanda mereka yang sudah tua.Ketika itu mereka semuanya sudah melewati usia
remaja dan tumbuh sebagai anak-anak yang kuat dan cerdas menuruti kehebatan
bapa mereka serta sifat tenang Siti Keturah wanita misteri dari Timur.Nabi
Ibrahim berpesan sesuatu kepada mereka.Suatu pesan yang teramat penting.Nabi
Ibrahim tahu yang dia tidak akan hidup lama lagi di dunia ini.Baginda akan
menemui Tuhan Yang Esa yang menciptakan dirinya.Kelihatan satu persatu air mata
mengalir ke pipi pada wajah anak-anaknya.Episod pilu berulang kembali.Tiba-tiba
baginda terkenangkan peristiwa ketika baginda menghantar Siti Hajar dan anaknya
Ismail ke lembah gersang yang terasing.Saat Nabi Ibrahim , Siti Hajar dan
Ismail tiba di Makkah, mereka berhenti di bawah sebatang pohon yang kering.
Berkali-kali Nabi Ibrahim menyeka peluh yang bercucuran diwajahnya. Ia terus
saja menunggang unta bersama istri keduanya Hajar. Saat itu terik matahari
sangat menyengat dan mereka berada ditengah tengah padang pasir yang kering
kerontang. Sepanjang perjalanan itu, tiada sepatah katapun yang keluar dari
mulut Nabi Ibrahim. Dikuatkan hatinya untuk tawakal. Dia yakin, Allah SWT tiada
akan menganiaya hamba-hamba Nya,Nabi Ibrahim diperintahkan untuk meninggalkan
isteri dan anaknya ditengan padang pasir.
Tidak berapa lama kemudian Nabi Ibrahim
A.S meninggalkan mereka.
Siti Hajar memperhatikan sikap suaminya
yang mengherankan itu lalu bertanya;
" Hendak kemanakah engkau Ibrahim
?"
"Sampai hatikah engkau meninggalkan
kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini?” Pertanyaan itu berulang kali,
tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah katapun.
Siti Hajar bertanya lagi; "Apakah
ini memang perintah dari Allah SWT ?"
Barulah Nabi Ibrahim menjawab,
"ya".
Mendengar jawaban suaminya yang singkat
itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu
terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala
kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.
Dlm hatinya sempat bertanya Kenapa Allah
memerintahkan hal itu, bukankah padang pasir itu kering ditambah lagi, saat
ditinggalkan Ismail masih bayi dan air susu Hajar belum keluar.Tapi Nabi
Ibrahim adalah hamba yang taat kepada Allah dan ia kekasih Allah, kholilullah.
Akhirnya Nabi Ibrahim yakin bahwa perintah itu pasti ada hikmahnya. Setelah 6
bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Kemudian Nabi Ibrahim memilih
sebuah lembah ditengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan
mengikat tali unta disebatang pohon kurma.
Siang itu matahari begitu panasnya
membakar gurun pasir yang putih mengkilat. Dahaga yg melilit tenggorokannya tak
ia hiraukan..dalam benaknya hanya berpikir bagaimana caranya memberitahukan
kepada isterinya tentang perintah Allah. Setelah Siti Hajar diturunkan, Ibrahim
bersiap siap pergi,melihat itu diapun bertanya" Suamiku, mengapa aku akan
ditinggalkan sendirian bersama anakmu disini? apa dosaku hingga kau
meninggalkanku seperti ini. Maafkanlah aku ..aku tak sanggup ditinggalkan
ditengah tengah padang pasir yang kering kerontang ini".
"Tidak istriku, bukan karena
dosamu,"jawab Ibrahim”
"Kalau bukan karena dosaku,
bagaimana dengan anak ini? anak ini tidak tahu apa-apa,tegakah kau
tinggalkannya?" balas Siti Hajar
Hati Ibrahim tersayat mendengar ucapan
istrinya." Bukan itu maksudku.Tapi apa dayaku ketahuilah ini semua
perintah Allah."jawab Nabi Ibrahim. Mendengar itu Siti Hajar
terdiam.Terbayang penderitaan yg akan dihadapinya namun hatinya bertanya-tanya
apa Hikmah dibalik semua ini..? " jika benar ini adalah perintah Allah
tinggalkanlah kami disini. Aku ikhlas..segalanya kami pasrahkan kepada Allah.
Dia pasti membela kami ..satu pintaku sebelum engkau pergi do'akanlah agar
Allah menolong kami." pinta Siti Hajar Ibrahim jadi terharu. Isterinya
Hajar memang wanita pilihan lantas Ibrahim berdo'a sebagaimana ditulis dalam
AlQur'an,surat Ibrahim (14) Ayat 37;
"Ya Allah Tuhan kami, teguhkanlah
hati mereka dengan mendirikan shalat, jadikanlah hati manusia tertarik kepada
mereka, karuniakanlah rezeki kepada mereka. Mudah-mudahan mereka bersyukur
kepada-Mu."
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku
telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai
tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. " (QS.
Ibrahim: 37)
Air mata Ibrahim menitis saat mendo'akan
keselamatan anak dan isterinya yang ia cintai. Hati suami mana yang sanggup
meninggalkan anak isteri dipadang pasir tandus yang jaraknya enam bulan
perjalanan dari rumah mereka. Namun atas keyakinan kuat pada Allah, perintah
itu ia laksanakan. Nabi Ibrahim pun meninggalkan tempat itu dengan memasrahkan
anak dan istrinya kepada Allah SWT.
Pemberian Terahsia Kepada Bangsa Misteri
"Jika itu yang Tuhan perintahkan
kepada ayahanda,kami sanggup melaksanakannya.Semoga Tuhan memberkati kita semua
dengan rahmat dan kasih sayang-Nya"
Tersentak lamunan nabi Ibrahim tatkala
seorang anaknya bersuara demikian.Lega hati Nabi Ibrahim mendengar kata-kata
anak-anaknya satu-persatu menyatakan persetujuan melaksanakan perintah Allah
s.w.t.Maka nabi Ibrahim pun bangkit dari tempat duduknya.Baginda kelihatan
mengambil sesuatu.Anak-anaknya berpandangan sesama sendiri.Apa yang ingin
dilakukan oleh ayahanda mereka?
"Abraham left everything he owned
to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of
his wife and sent them away from his son Isaac to the land of
the east"
(Genesis 25:5-6)
Nabi Ibrahim pun memberikan sesuatu yang
amat berharga kepada anak-anaknya.Sesuatu yang menjadi rahsia kepada keturunan
Keturah.Kunci-kunci rahsia.Atau permata.
Emas.
Atau pemberian pusaka yang diwarisi.Atau
tanda menunjukkan mereka adalah keturunan Nabi Ibrahim,'patriarch' bertaraf
Rasul yang bergelar Kekasih Allah.Rahsia yang dicari-cari,diburu dan
didam-idamkan kawan dan musuh.
"Sesungguhnya Ibrahim adalah
seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif.
Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan).
" (QS. an- Nahl: 120)
Maka mereka pun bergerak ke arah Timur.
Merentasi padang pasir dan kota-kota
Akkadia-Babilon.
Di satu tempat mereka pun berhenti dan
merancang sesuatu.Perintah Tuhan yang diwasiatkan oleh ayahanda mereka dibaca
kembali satu persatu.Mereka pun berbincang.
Dan kelihatan mereka berpecah kepada dua
kumpulan.
bersambung...
----------------------------------------
Epik Pengembaraan Bangsa Misteri
-Perbatasan Parsi hingga ke pergunungan
Himalaya
-Bangsa Mala dan Mada
-Madayu,saudara kandung yang memerintah
Tanah Parsi
-Empayar Median dan Parsi Kuno
-Midian,Madyan,bangsa Mada dan 'Mada-yu'
-Angra Mainyu,Spenta Mainyu dan budaya
Veda-Parsi Kuno
-Bangsa Mala dan 'Mala-yu'
-Ke manakah saudaraku,Jukshan,Zimran dan
lainnya?
-Mencari Shangri-la bangsa misteri
-Kaum Sakya dari kaki gunung Himalaya
-Para Rishi dan Tanah Indus
-Tanah Besar China dan tulisan pada
cengkerang kura-kura
-Pulau Taiwan yang damai
-Di negara Matahari Terbit dan Keris
dalam Kuil Okinawa
-Pesisir Afrika dan lautan biru
-Ribut di lautan Hindi
-Raja Mus dan Palembang
-Khmer,Mon dan Campa
-Funan,Sailendra dan Nam
-Bangsa Gunung
-Bangsa Gunung dan Mahameru
-Borobudur dan Angkor Wat
-Kambuja
-Tanah Siam dan petunjuk ke 'Promised
Land'
-Pintu Rahsia dan Kunci Rahsia
-Jalan sempit ke 'Promised Land'
-Bumi Mala
-Tanah Mala-yu dan Bumi Mala yang
tenang-damai
-Pertemuan antara dua beradik di Selat
Melaka
-Wangian yang Hilang di Timur Jauh
akan Datang........
No comments:
Post a Comment