Sunday, February 19, 2012

Kunci yang Dicari - cari



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Duhai sekalian umat manusia
Sudah tiba masa memikirkan kembali
biarpun waktu kita sudah terlewat kini
tapi masih lagi ada saki baki umur ini
untuk menyampaikan selagi kaki mampu berdiri
hakikat manakah kita sedang telusuri
ke arah mana kita berhadapan kini

dengarlah wahai sahabat
pesanan ku sebelum aku dipanggil kembali Ilahi
berjalanlah dahulu,bukan terus berlari
kerana dunia yang kita sedang berdiri ini
dihadapan kanan belakang dan kiri
dicipta oleh yang Maha Esa bukan untuk sia -sia
tetapi untuk akal minda yang suci
supaya mampu meneliti
betapa agungnya alam ini
dan memahami dengan mata hati
bahawa sebuah kunci
untuk membuka sebuah pintu yang abadi
harus utuh terikat dalam hati
dengan  bebenang yang disaluti
pedoman jalan yang lurus murni


saudara ku yang aku kasihi
Ketahuilah
Bahawa kita hanyalah roh
jasad kita tidak lain tidak bukan
hanyalah sebuah sangkar
iaitu yang dipinjam
sebagai pakaian kepada roh
untuk turun ke bumi
mengambil ujian
maka berjalanlah ke segenap bumi
dan ambillah pengajaran
dari pengajaran mereka yang lebih awal dari kita
yang mendapat kebahagiaan disisi Allah

Sahabat2 ku.
Untuk apa akal yang bijaksana ini dianugerahkan untuk kita
Tidak lain tidak bukan, ialah untuk kita mencari jalan pulang kesisi-Nya
Roh yang sedang diberi ujian ini
Pastinya sangat merindui untuk pulang kesisi-Nya yang Maha Esa
Namun, apakah yang kita lakukan dengan akal ini
Bersyukurlah akan kenikmatan yang Allah beri
Dunia bukan tempat untuk bersuka hati
Alam semesta bukan untuk berjalan kesana sini
Tanpa mengambil pengajaran yang diberi
Bukan jua untuk mereka yang tidak mahu memahami

Dan ingatlah
Tiada yang kekal selain Zat yang Maha Esa
Kerana kita makhluk yang fana
Hanya bernaung dibawah rahmatnya
Usahlah leka dengan perhiasan dunia
Supaya tidak dimurkai oleh-Nya

Dan Ingatlah kembali janji kamu
Ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak – anak Adam
Dari (tulang sulbi) belakang mereka,
Dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka
Sambil Ia bertanya dengan firmanNya:
Bukankah Aku Tuhan kamu?”
Mereka semua menjawab:
“Benar(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”

Ingatilah kamu kepada janji itu,
Sematkanlah kedalam hati kamu.
Sesungguhnya
Dari Allah kita datang
Kepada Allah jualah kita kembali
Teguhkanlah hati kita di atas jalan keredhaanNya

Ambillah pengajaran
Dari mereka telah mengundang kemurkaan Allah
Mereka itulah
Golongan yang diturunkan peringatan,
tetapi mengabaikannya
Sesungguhnya,
Isi neraka jahanam itu
Kebanyakan dari jin
Dan manusia yang
Mereka punyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat – ayat Allah)
punyai mata tetapi tidak melihat (tanda – tanda kekuasaan Allah)
punyai telinga tetapi tidak mendengar (ayat – ayat Allah)
kerana itu,
merekalah golongan yang lalai
tersesat dalam mencari jalan pulang kepadaNya.
 Mohonlah kepada Allah
Agar kita sentiasa diberi hidayah
Agar kita sentiasa bernaung
Dibawah berkah Yang Maha Esa

No comments:

Post a Comment