Saturday, March 16, 2013

Democracy - A Tactical Games (Bhgian 1)


Democracy - A Tactical Games (Bhgian 1)



Apakah itu demokrasi? Sejak bilakah demokrasi bermula? Siapakah pengasasnya? Bagaimana sistem demokrasi yang bermula di satu tempat suatu ketika dahulu, kini telah tersebar ke serata dunia.


Dimana – mana saja, di Eropah, Asia Barat, Asia Tenggara, Benua Arab, Afrika, negara Uncle Sam, Triniad and Tobago, bahkan seluruh dunia sudah menggunakan sistem yang tercetus daripada idea Machievelli ini semenjak kejatuhan sistem khilafah islamiah yang terakhir pada tanggal 3 Mac 1924. Era Pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniah pada ketika itu berada dibawah khalifah Sultan Abdul Majid II. Namun, kemudian dibubarkan oleh The Puppet yang bernama Mustafa Kamal Attarturk, lahir di kalangan keturunan Turkish sendiri yang dahulu dikenal sebagai Asia Minor iaitu antara tempat terpenting kepada tamadun Greek purba.




“A culture is made...or destroyed...by its articulate voices.”
(Ayn Rand,Russian born American Writer and Novelist, 1905-1982)




Sebelum membuka langkah pertama, jom kita renungkan beberapa hadis Nabi kita yang mulia Rasul Muhammad S.a.w, Habibullah. Hadis ini cumalah salah satu daripada banyaknya hadis mengenai peristiwa akhirzaman yang akan dipetik. Semua ummat islam wajib mengakui dengan yakin akan kebenaran dan kemuliaan baginda S.a.w dan sekali- kali baginda bukanlah peramal tetapi isyarat- isyarat daripada hadis baginda tidak lain tidak bukan adalah wahyu daripada Allah Azza wa jalla yang diturunkan kepada yang mulia rasul S.a.w.


Sejak 1400++ tahun yang lalu setelah melalui peredaran zaman- berzaman,dari zaman rasulullah s.a.w  ke era Arab Abbasid,melalui zaman Middle Ages(7th -15th C.E), Genghiz Khan era Monghul,melalui pula zaman kolonial oleh orang - orang inggeris yang terhasil dari persemendaan Anglo dan Saxon dari Jerman Barat serta puak Jutes dan Norman mungkin ada sedikit Norseman yang menghasilkan orang – orang berwajah Brad Pitt dan David Beckham, iaitu orang yang berkembang biak di  England. Mereka inilah antara sebilangan penjajah yang mula bergerak ke serata dunia untuk merompak hasil tanah orang lain, Dan kemudian hadis ini memasuki pula zaman Perang Dunia 1 dan 2. Akhirnya hadis ini sampai kepada suatu  abad yang banyaknya penemuan- penemuan baru(breakthrough) iaitu pada abad 21 yang dipelopori orang – orang barat. Pada ketika ini saintis sibuk membicarakan mengenai Teori Big Bang dan idea Relativity Theory oleh Albert Einstein kemudiaannya sehingga mencetus pembongkaran Fizik Quantum membawa kajian ke makmal CERN, malah setelah penemuan zarah terkecil String yang lebih kecil daripada elektron dan foton sekalipun graviton. Namun, hadis ini tetap sampai ke pengetahuan kita TANPA ada perbezaan pun sejak hari pertama ia dilafazkan.   


Agaknya, kenapakah hadis ini sangat tepat terjadi kepada kita yang berada di zaman kita sedang bernafas ini. Ia tak terjadi ketika zaman pemerintahan Dinasti Sriwijaya dan Sailendra yang berlangsung selama lebih 6 abad di Malay Archipelagoes ini, tidak juga terjadi ketika Parameswara sedang membuka kota Melaka. Ataupun ketika soldadu Feringgi menyerbu kota Melaka dek kerana Si Kitul yang membelot kepada Melaka.....Tidak, ia tidak terjadi pada ketika itu,........


........Kerana ia terbukti pada zaman kita. Jika akhirzaman itu merujuk kepada zaman kita sedang berhidup kini, maka zaman kita sedang berdiri inilah zaman yang merujuk kepada berlakunya fitnah- fitnah Dajjal yang besar itu. Jika semua petunjuk dan kodeks – kodeks di dalam hadis dipecahkan maka zahirlah siapa kawan dan siapa lawan.


Baiklah. Mari kita lihat hadis.


Ibnu Hajar Al- Asqalani telah mensyarahkan didalam Fathul Bari, sebuah hadis dari Abu Sa’id Al- Khudri mafhumnya:

“ Hampir tiba masanya di mana sebaik – baik harta milik orang mukmin adalah kambing yang diikutinya ke puncak – puncak dan tempat turunnya hujan, ia melarikan diri menyelamatkan agama(akidahnya).

Bukhari meriwayatkan dalam shahihnya; dikutip dari sebuah hadis yang panjang Dari Hudzaifah r.a:

“Saya(Hudzaifah) bertanya, “Lantas apakah yang anda perintahkan padaku jika aku menjumpai hal itu?”
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, “Ikutilah jamaah dan imam kaum muslimin”.
Saya(Hudzaifah) bertanya lagi, “ Jika tidak jamaah dan imam bagi mereka?”
Baginda s.a.w bersabda, “ Tinggalkan semua firqah itu (sekalipun tampak islamik) biarpun kamu harus mengigit akar pohon, sehingga kematian mendatangimu sedangkan kamu dalam keadaan seperti itu.


## Disini jelas bahawa firqah- firqah itu adalah satu kumpulan masyarakat atau puak –puak yang mendokong sistem yang dikehendaki oleh musuh musuh islam dan mengenepikan garis panduan yang dikehendaki Allah.##
(Tanda - Tanda Besar Al- Mahdi” oleh Hj.Wan Abd Halim Bashah)






Baiklah.. Setakat ini.Apakah yang anda faham dengan klu yang diberikan dalam hadis?






Saya tahu anda sedang menunggu SESUATU..








SESUATU untuk dibongkarkan...






Follow me !!

I wanna show you something...

Ke mana sebenarnya kita nak pergi??

.............................................................................











“Let me tell you why you’re here...

You here because you know something...

What you know you can’t explain it, but you feel it.

You felt it your entire life...

And there something wrong to the world...

You don’t know what it is...

But it is there...”

Morpheus - The Matrix



Kita akan pergi lihat strategi di atas kertas, BAGAIMANA sebenarnya permainan demokrasi ini berfungsi. Kita akan perhatikan permainannya dalam mencatur boneka – boneka untuk memecah-belahkan ummat islam dari dalam tanpa disedari oleh umat islam itu sendiri. Sekali lagi saya ingatkan. Tengok dan perhatikan baik-baik “Monitor Lizard Hole” ini, agar kamu tidak terjatuh ke jeratnya untuk kali kedua. Bila sudah tahu siapa mereka, mudahlah kita membaca pergerakan dan percaturan mereka agar, kita tidak lagi menjadi salah satu daripada boneka yang disusun di papan catur ini. Bangun dan bukalah mata hati.





Kamu akan kami pecahkan kepada pecah- pecahan, kamu yang di kiri bersama The Black Sheep yang telah kami latih dan kamu yang di kanan pula bersama Men In Black yang sudah dicucuk hidung oleh kami. Dan kami berada di tengah- tengah,  untuk perhatikan kamu, dan bila sampai waktu yang sesuai, kami menggunakan mereka untuk melaga-lagakan kepala kamu   - The Gamers a.k.a Puppet Master





Akan bersambung.......


Nantikan ...


Hanya di Diariummatmu...





~ A Men From The East
06:46 ptg
14 Mac 2013
Chih –Tu, Tanah Melayu, Nusantara

No comments:

Post a Comment