Sunday, March 3, 2013

Kejatuhan sistem Khilafah islamiyah dan permulaan sistem Demokrasi Dajjal laknatullah





Hari ini, pada 3 Mac 1924, Mustafa Kemal Atatürk telah secara rasminya membubarkan institusi Khilafah dan memindahkan kuasa kepada The Grand National Assembly, Parlimen kepada Republik Turki yang dibentuk.

Pengisytiharan itu menjadikan Sultan Abdul Majid II sebagai khalifah terakhir umat Islam, selepas status kepimpinan umat itu berterusan bermula daripada perlantikan Abu Bakr al-Siddiq rahiyallahu 'anhu pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11H sebagai pengganti kepimpinan Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam yang wafat pada hari yang sama.

Institusi Khalifah berterusan di era al-Khulafa al-Rashidun, disusuli oleh Bani Umayyah di Syam dan Andalus, Abbasiyyah hingga ke tahun 1258 apabila Baghdad jatuh dalam serangan Moghul. Biar pun ia semakin berubah kepada simbol dan konsep, gelaran Khalifah terus hidup di era Mamluki, Fatimiyyah, malah di Sokoto, Afrika, dan seterusnya Osmanlı.

Demikianlah perjalanan umat yang panjang.

3 Mac 1924 dikenang sebagai salah satu titik terendah dalam jatuh dan bangunnya umat Islam sepanjang zaman.

Berjuanglah kita di medan masing-masing ke arah memenangkan Islam. Bagaimanakah rupa bentuk kemenangan itu nanti? Kembalikah institusi Khilafah seperti sebelumnya? Janganlah kita bertelagah pada menjawab sesuatu yang di luar masa.




Tanggal 3 Mac 1924 menyaksikan kejatuhan Khilafah Uthmaniyah. Detik itu,menandakan Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT, juga berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW.

Maka, pada tahun 1928, seorang syuhada, Imam Hasan al-Banna telah merintis jalan untuk mengembalikan khilafah Islamiyah dengan menubuhkan satu jamaah Islam yang dinamakan Ikhwanul Muslimin. Penubuhan IM telah mendorong penubuhan jemaah Islam lain di serata dunia, termasuk Malaysia. Dengan itu, Islam mulai bertebaran di serata dunia selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Benarlah janji Allah SWT di dalam al-Quran, ”Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang” (Al Maidah : 56)

Ayat ini menerangkan tentang janji Allah SWT yang tidak ada syak padanya. Kemenangan Islam telah dijanjikan oleh Allah SWT. Hanya mereka yang berpegang teguh kepada agama Allah dijanjikan kemenangan olehNya.

#tidak akan Allah biarkan manhaj ciptaan manusia menggantikan manhaj 'alan Nubuwwah selamanya. Islam pasti menang!#

~copy & Paste~

No comments:

Post a Comment