Sunday, November 4, 2012

Asas - Asas Dajjal


=======================
Kronologi Riwayat Hidup Dajjal
=======================
Oleh: Panji Periwayat


Selamat datang ke DUNIA yang semuanya adalah perkara ganjil tentangnya.
DUNIA yang semua orang merasa damai diatasnya tetapi hakekatnya berlainan sama sekali dengan apa yang dirasai. KEDAMAIAN yang dibawa itu telah menidurkan umat didalam kepalsuan dan mengelapkan hakikat sebenar.
Dengan kata lain, anda sedang berhidup di dunia yang mana yang haq(kebenaran) akan ditutup, dan yang batil(kepalsuan) akan ditonjolkan.

Fitnah... Fitnah... Fitnah...
Kita berada di tengah- tengahnya.

Saya mulakan dengan kalimah
Bismillahirrahmanirrahim.....

Hadis 1:
Hadis riwayat Anas bin Malik ra. ia berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahwa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis "kaaf", "faa", "raa". (Shahih Muslim No.5219)

Hadis 2:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya?
Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti surga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya surga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya. (Shahih Muslim No.5227)

Hadis 3:
Hadis riwayat Imam Ahmad, ia berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal keluar pada saat agama itu lemah, ilmu agama diangkat, dan baginya 40 malam untuk berjalan di muka bumi. Sehari antaranya seperti setahun, sebulan, seminggu, adapun hari - hari yang lainnya seperti hari – hari kamu saat ini, ia memiliki keldai yang ditungganginya, jarak antara dua telinganya 40 hasta, kemudian ia berkata kepada manusia: “Aku Tuhan kamu,” dan adalah dia buta sebelah, sedangkan Tuhan kamu tidak demikian, tertulis di antara kedua matanya ‘kafir’(ka, fa, ra) dengan huruf hijaiyah, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin, bagi yang dapat membaca atau tidak, ia memasuki setiap tempat kecuali Makkah dan Madinah, keduanya diharamkan oleh Allah atasnya.

Hadis 4:
Hadis riwayat Muslim dari Nawwas bin Sam’an Al-Kalabi:
Kami bertanya: “ Wahai Rasulullah, berapa lamakah ia tinggal di permukaan bumi?” Beliau menjawab: “Empat puluh hari, sehari di antaranya bagai setahun, sebulan, seminggu dan hari –hari lainnya sebagaimana hari kamu”. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, sehari yang bagaikan setahun, apakah cukup bagi kami sembahyang sehari?” Beliau menjawab: “Tidak, perhitungkanlah waktunya

Hadis 5:
“ Diriwayatkan bahawa mata kanan Dajjal hilang pengelihatannya, sedangkan Nabi Isa a.s mata kiri beliaulah yang hilang pengelihatannya, dan ini bererti bahawa Dajjal tidak mempunyai sifat-sifat akhlak yang terpuji, misalnya kearifan, kebijaksanaan, dan rendah hati, sedangkan Nabi Isa a.s tidak mempunyai kejahilan, keserakahan, kerakusan dan sebagainya yang termasuk jenis akhlak yang rendah”.  (Ahmad Juraij; Mengenali Dajjal & Yakjuj wa makjuj: 70)

Hadis 6:
Hadis riwayat Ibn Majah, Abu Dawud, Abu Hurairah:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Demi akan datang kepada manusia, suatu masa tiada seorang pun melainkan dia makan riba, barang siapa tidak makan riba, maka dia kena debu angin riba

**Masih ada banyak hadis yang berkenaan Dajjal kalau ingin lebih mengenalnya, disini Cuma disenaraikan sebahagian kecilnya

Justeru, gambaran Dajjal buta sebelah matanya itu janganlah ditafsirkan secara harfiah(luaran), melainkan secara majaz(kiasan, perumpamaan)
Misalnya hadis 5 menyebut kiasan “mata kanan” dan “mata kiri”  sebagai akhlak rendah dan akhlak tinggi

DENGAN ERTI KATA YANG LAIN,

Manusia itu memiliki dua mata iaitu mata Zahir (pengelihatan) dan mata Bashirah(mata hati).
Maka, Kunci hadis yang dapat dipecahkan disini ialah bahawa Dajjal itu buta mata kanannya(mata hati) dan celik mata kirinya(pengelihatan)

Mata hati : untuk menyaksikan hakikat(kebenaran)
Mata zahir: untuk melihat benda lahiriah(duniawi, kebendaan)

Maka disini satu lagi KOD hadis dapat dipecahkan iaitu:
“Dan diantara kedua matanya itu tertulis ‘kafir’ atau “ka,fa, ra”  yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang buta huruf dan yang tidak

Maka disini dapat disimpulkan bahawa kod hadis ini bermaksud:

“Mukmin akan dapat melihat tulisan ‘kafir’ di antara kedua mata Dajjal kerana, mukmin itu melihat dengan pengelihatan penyaksian hakikat iaitu menggunakan mata hati. Tidak kira mukmin itu pandai membaca atau tidak.”



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Harus DIINGAT, kebanyakan hadis berkenaan Dajjal adalah secara Harfiah.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
“Ia memiliki keldai yang ditungganginya, jarak antara dua telinganya 40 hasta”(rujuk Hadis 3)

“ Dia memiliki seekor keldai yang dia naiki, yang jarak antara dua telinganya adalah 40 meter”(Kanzul ‘Ummal, Jilid VII, hal. 2104)

“Kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah, bagaimanakah cepatnya perjalanan Dajjal di muka bumi?’ Beliau menjawab: ‘seperti cepatnya awan ditiup angin’. ”

Berdasarkan kod- kod yang telah disebutkan dalam hadis, untuk menjelaskan tafsir hadis ini berdasarkan kepada situasi Akhirzaman, maka, Mentor kami (Sheiykh Nazar Imran Haji Hosein) berkata:

“Beliau juga pernah menunggang KELDAI yang jarak dua telinganya 40 hasta untuk pergi ke Perth, Australia yang kelajuannya seperti cepatnya awan ditiup angin”

** KELDAI yg dimaksudkan ialah KAPAL TERBANG, dan jika rasulullah mengatakan bahawa Dajjal menaiki kapal terbang, pasti juga sahabat yang mendengarnya akan berada dalam hairan – kehairanan. Tetapi disebut keldai(iaitu kenderaan tunggangan)

Maka jelaslah terbukti hadis- hadis Rasulullah S.a.w.



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TEORI MATEMATIK RIWAYAT HIDUP DAJJAL
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Untuk lebih memahami. Kiraan ini telah dijadikan dalam bentuk Video dan dimuatnaik dalam youtube, tengok di “The Arrivals Part 26 (Dajjal Sudah Tiba 2)”

Dajjal hidup di dunia selama 40 hari              N
Satu hari seperti setahun(fasa 1)                     a
Satu hari seperti sebulan(fasa 2)                     b
Satu hari seperti seminggu(fasa 3)                  c
Hari lainnya(37hari) seperti hari kita(fasa 4)   d
Berapakah jarak umur dajjal yg sebenarnya    n = ??

Britain(fasa 1) àAmerika serikat(fasa 2) à Israel(fasa 3) à Baitul muqaddis/ Jerusalem(fasa 4)

Fasa 1 (World War 1 &2)   à   Fasa 2(Tragedi 9/11)   à  Fasa 3(World War 3 ??) à Fasa 4

Fasa 1(Misi 1): Britain menjadi bidan yang melahirkan bayi (Memerdekakan Tanah Suci
Jerusalem(membentuk negara Israel))
Fasa 2(Misi 2): Amerika Syarikat memelihara dan membesarkan bayi menjadi dewasa
(memperkuatkan Israel dengan membekalkan kewangan dan teknologi ketenteraan)
Fasa 3(Misi 3): Memindahakan kekuasaan dari Amerika Syarikat dan memberi sepenuhnya
kekuasaan kepada Israel untuk memerintah dunia dari Jerusalem
Fasa 4(Misi 4): Memerintah dunia menerusi empayarnya yang bermula dari Jerusalem/ Baitul
Muqaddis (Misi ini meniru Raja Sulaiman(King Solomon) yang memerintah dunia dari Jerusalem, oleh itu, Haikal Sulaiman akan dibina semula oleh mereka) maka, pada masa ini, ketua(Mastermind) misi ini(fasa 1- 4) yang dilaksanakan sejak ratusan tahun akan ditabalkan salah seorang sebagai Raja(Dajjal yang sebenar sebagai manusia)


Apakah buktinya yang menyebabkan penulis mengatakan Dajjal itu berada di negara Britain(Fasa1) dan Amerika(Fasa2)??
Jawapannya ialah,

Lihatlah betapa obsesnya Britain iaitu negara kuasa besar suatu ketika dulu yang telah membantu yahudi membentuk negara Israel, iaitu melalui Perjanjian Balfour. Maka pada 1948, Israel telah dimerdekakan dengan Britain sebagai

“Penyambut Kelahiran”

Setelah itu,
Setelah kekuasaan besar itu berpindah kepada Amerika serikat yang kini masih menjadi kuasa besar di dunia, “Dia” pula telah mengambil alih tugas daripada “ Bidan bayi” untuk menjadi

”Ibu ”
Yang akan menyusukan dan membesarkan Dajjal menjadi dewasa..

Kini, negara Amerika syarikat sedang mengalami kemerosotan termasuklah kerugian besar yang ditanggung negara itu,
Sebenarnya apakah pemerintah negara itu sedang buat sehingga negaranya menjadi begitu teruk, TUJUANNYA adalah untuk melengkapkan misinya di fasa 3 iaitu PROSES pemindahan kuasa kepada ISRAEL.
 
FASA 1(1 hari seperti setahun)

Ketika berada di fasa yang pertama. Dajjal telah mengambil salah sebuah tempat di dunia ini untuk menjadi pusat permulaan misinya. Dajjal telah memilih Britain. Bagaimana Dajjal tiba tiba menguasai Britain dan boleh menjadi pemerintah di Britain ?? Siasatlah bagaimana kisah di sebalik Keturunan Raja Britain.  Pada fasa ini, Britain telah memulakan misi untuk memerdekakan Tanah Suci Jerusalem daripada pemerintahan oleh non-jewish. Pada masa ini juga Britain telah menyebarkan kekuasaan dan empayarnya ke seluruh dunia, keluar untuk menakluk bangsa bangsa lain. Maka, bermulalah era pemerintahan(kolonialist) hari pertama dajjal untuk menyebarkan fitnah fitnah ke seluruh dunia. Apakah fitnah itu?
1.      Sistem Demokrasi (semasa  pelaksanaan ini, sistem khilafah islamiah telah ditentang dan dipupuskan)
2.      Sistem Ekonomi Kapitalist (ekonomi yang berasaskan riba(rujuk hadis 6))
3.      Monetary System (Sistem kewangan menggunakan MATAwang iaitu menggantikan DINAR & DIRHAM kepada wang kertas iaitu kertas yang bercetak angka – angka(riba)(rujuk hadis 6))
4.      Sistem Perbankan (yang menghalalkan riba/faedah)
5.      Sistem Vernakular (Pendidikan Duniawi tujuannya membutakan mata basirah(mata hati) agar manusia hanya melihat dengan mata zahir iaitu pembangunan lahiriah, kemewahan, kesenangan, kecantikan,dll...

** padahal mata manusia ada dua, tetapi telah buta satu mata. Harus diingat bahawa Dajjal itu bermata 1(maksud Hadis))
6.      Ada banyak lagi fitnah- fitnah yang semakin banyak meracuni dalam minda umat manusia spt hiburan melampau(hendonisme), budaya lucah, penghasilan pelbagai dadah(anda ingat pelbagai jenis dadah ini tercipta sendiri, tentu la sbb ada orang2 genius ala2 profesor dr golongan elit yg lakukan utk umt manusia) , seks bebas(lesb,homo, gay,bisex,transx)


Segala misi ini dapat dirangkum dengan satu perkataan iaitu
“Dajjal akan berusaha untuk membutakan mata orang lain(pengikut2nya) supaya menjadi buta sepertinya yang buta sebelah matanya”

Dengan kata lain,
Dajjal sedang menjadikan orang lain sebagai KLON dirinya dalam masa yang cepat atau lambat.. kenapa saya berkata begitu??

::::::::::::::::::::::::::::::::
Buktinya ada DISINI
::::::::::::::::::::::::::::::::

(Tanda Zahirnya Al-Masih Dajjal)
Tidakkah anda perasan...
seluruh dunia sedang ke arah 1 TREND yang sama ?
- 1 trend yang sama
- 1 bahasa yang sama(eng)
- 1 pakaian yang sama(jeans,aksesori Nike, Adidas)
- 1 minuman yang sama(pepsi,cocacola,dll)
- 1 makanan yang sama(mcd, kfc, dll)
- 1 kaedah matawang yang sama(wang kertas)
- 1 pemerintahan yang sama(demokrsi)
- 1 ekonomi yang sama
- 1 order dunia
- 1 pakaian tentera yang sama
- 1 slogan yang sama
- 1 ring to rule them all
- 1 Malaysia
- 1 Israel
- 1 teknologi yang sama
- 1 globalisasi dunia

SUPAYA................

SUPAYA DUNIA DIPERINTAH OLEH 1 PEMERINTAH SAMA.........

Yang memerintah dan mengawal dari HANYA satu kawasan.....

Iaitu.......

JERUSALEM/ BAITULMUQADDIS

**Selebihnya saya akan bincangkan didalam UPDATE yang akan datang, didalam sebuah artikel yang dibentuk sebagai sebuah kitab dalam beberapa bab. Kitab yang bertajuk “ Kitab Memintas Fitnah - Fitnah Dajjal” yang dihasilkan oleh tangan Penulis Angkatan Perisik sebuah Organisasi Sulit tidak rasmi DE.





SELAMAT DATANG ke NEW WORLD ORDER !!
Anda kini berada di tengah - tengahnya.
FITNAH... FITNAH... dan FITNAH
Di DUNIA yang tidak pernah dilalui dalam lipatan sejarah umat manusia yang tidak pernah berlaku Zaman penaklukan secara besar - besaran


Anda tentu akan terfikir kenapa hanya ummat Nabi Muhammad s.a.w sahaja yang diberikan peringatan dengan tegas berkenaan Dajjal sejelas -jelasnya, sedangkan nabi lain juga ada mengingatkan tetapi hanya sedikit berbanding dengan peringatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Kerana..
Dajjal itu muncul di akhir zaman
Rasulullah mengingatkan sejelas2nya berkenaan Dajjal
Kerana kita lah ummat itu,
Hanya zaman UMMAT NABI MUHAMMAD.
Kitalah
Ummat AKHIRUZZAMAN...
Mudah mudahan kalian
Sedar lah kalian..
Mungkin sudah terlambat untuk baru mengetahui ini
bukan lah penulis ingin menakutkan kalian dengan Dajjal
kerana Dajjal hanyalah makhluk yang dicipta oleh yang Maha Pencipta.
ALLAH itu Maha Kuasa
Sedangkan
Makhluk pula tidak mempunyai kuasa
Dekatkan diri kita dengan ALLAH,
Cukuplah ALLAH sebagai pelindung..

Selebihnya... saya tinggalkan untuk kalian menilainya
Apa yang benar itu datang dari ALLAH dan apa yang silap itu datang dari diri penulis,
Buka lah mata hati untuk benar benar melihat apa yang haq
dan apa yang batil..
Saya lepaskan artikel ini dengan kalimah
‘Wallahualam’
والله اعلم


Area 21,
Kampung Amanillah
Serambi Mekah.
Wilayah Timur Tanah Melayu,
Timur Jauh, Nusantara

11:42 a.m
02 Dzulkaedah 1433.

No comments:

Post a Comment