Saturday, January 26, 2013

Politik Labu Labi


POLITIK LABU LABI(bukan nama sebenar)

oleh Hibatullah Yusof Al-Haj pada pada 15hb November 2011 pukul 8.29 ptg ·
















السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

NEGARA: SEMERAH PADI
TEMPAT: WARONG KOPI (LABA PUNYA)
MASA: 4.44 PETANG
HARI: RABU
MUSIK LATAR: LAGU INSYAALLAH - MAHER ZAIN

Dekat warung itu, seekor burung murai yang bertenggek di atas dahan rambutan sedang memperhatikan Labu dan Labi berbual. Terlentuk-lentuk kepalanya.. Emm..

Labi: "Politik.. politikus.. poligajah.. polirimau.. polihantu.. Eee.. Seram... Aku naik takut tengok politik sekarang ni.. Dah sampai tahap ganazz.. Apa nak jadik ni....?"
Labu: "Pada fikiran aku yang bodoh ni lah, kalau pemimpin masing-masing nasihatkan pengikut supaya jangan guna emosi, tak akan jadi macam ni..."
Labi: "Pemimpin itu sendiri pun perlulah jadi contoh yang baik.. Emm.."
Labu: "Orang-orang 'alim dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah telah bersuara perihal tindak-tanduk satu dua orang 'alim tu.. Ada apa-apa yang tak kena ke...?"
Labi: "Entahlah, Labu..! Serban bukan ukuran kebenaran.. Kadang lagi besar serban lagi besar pembohongnya..." 
Labu: "Emm.. Orang yang kurang 'alim pun boleh tahu jalan cerita.." 
Labi: "Heee.. dah cakap dah..."

Labu menghirup kopi Tupai Pondan, sambil memperhatikan lubang hidung Labi. 'Besar juga lubang hidung kawan aku ni..' fikir Labu sambil tersenyum girang. Entah kenapa, Labu minat sungguh memperhatikan lubang hidung oranglain.

Laba: "Aku fikir, korang jangan campurlah hal politik.. Apa kau tahu..? 'Alim pun tidak..! Buat malu je..!"
Labi: "Kau lainlah, Laba.. Apa jugak kami cakap, kau dapat duit jugak..."
Labu: "Hee.. Fasal duit pun boleh putar-belit agama ker.. Hehe.."

Laba terdiam. Betul jugak tu. Gasaklah dia orang nak cakap apa pun. Tugas Laba buatkan air, gorengkan mi, pungut duit jer... Emm.. Burung murai tadi dah terbang. Bosan agaknya melihat gelagat mereka.. Murai manalah yang faham politik.. Hehe..

Labu: "Aku ni bimbang jugak. Biasanya kalau ada dua puak berlawan, yang satu Ahli Sunnah, yang satu lagi akan jadi lain macam sikit.. Amacam..?"
Labi: "Heee... Demokrasi yang membentuk mereka jadi camtu.."
Labu: "Emm.. Habis tu? Kata perjuangan suci lagi menyucikan.. Takkan dah lupa pulak...?"
Labi: "Manusia bro.. Bukan malaikat.. Bukan Nabi... Hehe.."

Seorang Mat Rempit melarikan motosikalnya dengan laju di jalan sana. Tapi dia seorang saja. Mungkin dia gian berlumba dan bayangkan ada ramai lagi Mat Rempit yang sedang mengejarnya. Macam-macam.. Hehe..

Labu: "Aku bukan sokong mana-mana parti politik pun.. Aku jugak tak layak jadi calon bebas. Aku bukan orang 'alim... Takde siapa yang nak undi aku... Aku cuma nak bebaskan diri aku dari kerja-kerja jahat yang pecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu.."
Labi: "Kalau kau perjuangkan Islam, itulah yang baik, bro.. Tapi kau berjuang di warung kopi je.. Siapalah yang nak dengar cakap kau... Hehe..."
Labu: "Aku setuju.. Tapi biarlah betul bawa ajaran Islam.. Jangan cakap je pandai.. Aku cukup tak suka orang yang putar-belit.."
Labi: "Putar-belit? Atau putar terbelit, bro... Walaupun ilmu aku tak tinggi, aku bukan jenis ikut-ikut je... Tu sebab aku tak mengundi.. Hehe.."
Labu: "Eh.. Tak bolehlah macam tu, Labi.. Kena undi.. Itulah perjuangan kita..!"
Labi: "Emm.."

Kelihatan dua orang kanak-kanak sekolah berjalan berpimpin tangan. Mereka tak tahu bahawa bapa-bapa mereka tidak bertegur sapa kerana fahaman politik yang berbeza. Emm..

Labu: "Khabarnya ada Prof  yang pertikaikan Raja-Raja Melayu pulak.. Adeh.. deh.."
Labi: "Tu orang 'alim jugak tu.. Hehe.. Dah banyak ilmu, bolehlah cakap.. Tak macam aku ni.. Apa yang aku tahu.. Emm..."
Labu: "Kalaulah ada PhD Tipudaya, aku nak hantar anak aku belajar.. Bila dah jadi Prof, cakap tak betul pun orang percaya.. Adeh.. deh.."
Labi: "Betul ke dia cakap? Aku pun malas nak kaji-kaji sejarah.. Percaya ajalah kot.. Hehe.."
Labu: "Kau ni nak kata cerdik, tak cerdik. Nak kata bodoh, tak bodoh.. Adeh.. deh.."

Seekor ayam jantan tiba-tiba terbang dan hinggap di tepi meja tempat Labu dan Labi minum. Ayam itu tercengang-cengang, begitu juga Labu dan Labi, dan tidak lupa juga, Laba. Hehe...

Labi: "Kau ni, macam tak suka je orang-orang 'alim jadi pemimpin..?"
Labu: "Aku bukan menolak mereka jadi pemimpin.. Aku cuma tolak yang cakapnya tak serupa bikin.. Hehe.."
Labi: "Aku pun.. Cuma, sekarang ni aku hanya mampu garu kepala je..." 
Labu: "Aku pun macam tu jugak.. Maklumlah ilmu aku memang belum cukup lagi.. Nak tegur pun takut... takut tertegur...!" 
Labi: "Hehehe.." 
Labu: "Huhuhu..."

Tiba-tiba Laba ketawa berdekah-dekah, macam orang gila. Mungkin dia perasan bahawa dia sudah 'over' sebab itulah ketawanya tiba-tiba berhenti. Maka semakin nampaklah perangainya seperti orang gila. Hehe..

Apa pun, dialog di atas hanyalah 'the lighter side of politics.. the darker side of causes and effects..' Jangan ambil hati, tapi ambil fikir... Kita tidak wajar jadi seperti anak kecil main api...

TAMAT.... Tulis terbalik pun TAMAT juga... Hehe..

__________
Disclaimer: Dialog di atas hanyalah cerita rekaan. Ia tiada kaitan dengan sesiapa pun orang yang sudah mati, sebab bila sudah mati, akan ada cerita lain...


_________________________________

Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Susunan: Hibatullah Yusof Al-Haj

No comments:

Post a Comment