Saturday, January 26, 2013

Teori Migrasi ataukah Teori Nusantara??




Menjejaki bahasa melayu dari mana asal usulnya itu samalah halnya seperti menjejaki asal – usul bangsa melayu itu sendiri.  Maka dijelaskan disini bahawa, di mana ada bangsa, maka disitulah ada bahasa. Di mana ada bahasa yang dituturkan, pastinyalah ada bangsa yang menjadi penutur sama ada dalam satu jangka masa yang lama ataupun sebentar. Oleh itu, dalam menyusurgaluri bangsa melayu yang misteri ini,ia memerlukan gabungan ahli - ahli yang pakar dalam bidang sejarah, antropologis, linguis, mahupun arkeologis. 


Sehingga ke hari ini pun, sarjana- sarjana bahasa dan pakar – pakar sejarawan masih belum menemui kata sepakat dalam memecahkan kebuntuan tentang dari mana asal- usulnya bangsa melayu ini, Beberapa teori telah dikemukakan oleh pengkaji – pengkaji bangsa dan bahasa, namun masih tidak mencukupi untuk dijadikan fakta yang tepat,bahkan teori – teori ini saling bercanggah antara satu sama lain meskipun dinyatakan dengan beberapa penemuan sebagai bukti sejarah. Begitu pun juga, sehingga kini teori – teori ini masih lagi diperdebatkan.


Namun, perkara yang paling penting hendak diterapkan disini ialah, dalam mencari susur galur bangsa melayu, kita tidak boleh mengehadkan sempadan ruang dan masa yang tertentu. Hal ini demikian memandangkan perkara yang dikaji itu memerlukan kita untuk keluar dari sempadan geo-politik sehingga menjangkau jauh dari sempadan geo- politik itu sendiri. Dengan kata lain, dalam menyusur galur bangsa melayu, kita tidak hanya mengkaji di kawasan Malaysia sahaja malah mencangkupi kepulauan Indonesia, Brunei dan lebih tepatnya seluruh kepulauan di asia tenggara yang pernah digelar sebagai “The Malay Archipelago” di dalam sebuah peta kuno oleh Ptolemy. Mengkaji bangsa melayu melibatkan ilmu yang luas dalam bidang bahasa dan sejarah. Sifat bahasa melayu yang mudah lentur dan mudah berasimilasi dengan bahasa lain menjadi salah satu daripada kesukaran untuk mencari asal usul pemilik bahasa melayu itu. Kalau kita pernah mengikuti sejarah di kawasan Asia Tengah, kita akan mendapati bahawa beribu – ribu tahun dahulu, kawasan The Malay Archipelago ini pernah menjadi tempat- tempat yang penting dalam sejarah Dinasti di sana.


Anehnya, walaupun sukar untuk menemukan tinggalan sejarah bangsa melayu di Malaysia, namun, catatan- catatan kuno yang dibuat oleh pengembara Cina berabad- abad yang lalu banyak menyebut tentang bangsa yang pernah menduduki Malay Archipelago. Pelbagai gelaran diberi antaranya Kou Lun, Kuen Lueng, Lou Yue, dan banyak lagi.
Namun, kajian yang lebih terperinci sangat penting dalam menentukan sama ada benar- benar gelaran itu adalah merujuk kepada bangsa yang pernah tinggal di kepulauan melayu atau tidak.
Sebelum memasuki ke tajuk utama, penulis ingin memberitahu beberapa info- info yang mungkin kurang diketahui atau mungkin sudah terlupa dek kerana malasnya orang – orang melayu dalam mencari sejarah diri sendiri, malah yang lebih teruk, ada yang mengiyakan jika dikatakan melayu itu adalah hasil daripada campuran orang cina dan india. Sangat memalukan jika orang melayu ini tidak mengetahui langsung tentang sejarah bangsanya.
Ingat baik – baik pesanan ini!!!


......ORANG YANG TIDAK MENGETAHUI SEJARAH AKAN DISEJARAHKAN.. !!



...dengan kata lain, orang yang tidak mengetahui asal usul, maka, orang lain lah yang akan mengambil kesempatan untuk mereka- reka cerita meraban sesuka hati untuk melayu yang diri sendiri malas mencari asal usul. Sebab itulah agaknya, orang melayu hari ini telah hilang kemelayuannya dek kerana terlalu lama dijajah dijarah menjangkau 500 tahun sampailah hari ini menjadi klon orang inggeris, menjadi mangsa ahli politik yang kononnya mempertahankan budaya melayu, padahal akhirnya orang melayu telah di”inggeris”kan tanpa orang melayu sendiri menyedari,


...Maaf  jika ada yang terasa, jauh pula hamba terpesong dari tajuk asal, maklumlah hamba sangat sayang pada bangsa dan tanah air hamba, tanah melayu, tanah bumi berkat, tanah ini masyhur di arena lampau. Andainya umat melayu tahu betapa masyhurnya melayu terbilang beribu tahun dahulu, tapi sayangnya, sejarah kita dilenyapkan oleh orang orang gasar(penjajah) yang menghancurkan apa saja, sehinggakan hari ini sejarah digelapkan, tidak hairanlah jika umat melayu hari ini telah lupa akan diri yang masyhur itu..
Bukan apa,hamba cuma takut nanti kita yang pemilik tanah bertuah ini menjadi hamba di rumah sendiri dek kerana tidak tegas dengan ultrakiasu yang dah lama mengimpikan untuk merampas tanah bertuah ini. Hamba tidak mahu sejarah yang terjadi kepada orang Mayan seperti puak Aztek yang kini terpinggir di tanah sendiri padahal dikenali sebagai kaum yang hebat mampu membuat binaan luarbiasa dan mencerap bintang dengan ilmu astronominya yang aneh itu sehingga mampu membuat kalendar batu yang terkenal itu. Tapi apa yang terjadi pada mereka? Segala khazanah ilmu dan peradaban musnah dihancur lebur oleh penjajah Sepanyol. Kini mereka terpinggir di “rumah ” sendiri. Sepertimana juga peristiwa Dunia Baru oleh orang kulit putih Amerika kepada kaum aborigin Amerika iaitu Red- Indian. Dimana Red- Indian kini??
Ya, mereka tidak bernegara dan hidup terpinggir padahal di tanah sendiri.
Sebagaimana kaum aborigine Australia pula , kini majoriti telah diduduki kaum kulit putih(kaukasus?) yang baru sahaja sampai di situ. Habis tu, dimana aborigine(kaum asli) Australia kini?? Anda tahu jawapannya.....


Jadi,..hamba tidak mahu, penduduk asal tanah melayu ini dihalau dek kerana tidak tahu sejarah bangsa sendiri kemudian tanah ini di“claim”kan oleh bangsa luar(pendatang??) sebagai tanah mereka. Takkanlah hendak menjadi begitu dahulu, Kemudian baharulah orang melayu sedar betapa PENTINGNYA mengetahui sejarah diri sendiri di tanah bertuah milik mereka ini..
Kalaulah nenek moyang kita tahu bahawa anak cucu mereka hanya menganggap bahawa beribu – ribu tahun dahulu mereka hanya orang yang bercawat kontang dan mampu bermain- main dengan tupai peliharaan di atas pokok, itu andaian yang salah sama sekali, hamba tidak menolak kemungkinan jika nenek moyang itu dapat hidup kembali nescaya anak cucu yang sebahagian ini yang “buta sejarah” akan diikat oleh mereka pada pokok nangka di belakang rumah pusaka tiga hari tiga malam tanpa makan minum,.
Cuba fikirkan kembali, bagaimana mungkin orang yang disangka bercawat itu mampu membuat mengenali tujuh jenis besi untuk membuat keris?


Bagaimana dengan penemuan tapak loji- loji peleburan besi yang berusia 110 SEBELUM MASEHI di Sungai Batu. Apa yang berlaku kepada umat melayu pada 2100 tahun dahulu??  Sudah pandai melebur besi, tetapi masih bercawat kah?? jangan biarkan ia menjadi tanda tanya.


Bagaimana pula dengan pembinaan kapal – kapal besar(sepertimana dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang membawa putera dari Rom ke negeri China) yang mungkin ada sesetengah mengatakan itu cuma khayalan penulis hikayat. Anehnya selepas ditemukan terdapat sisa peninggalan kerajaan Langkasuka itu baharulah mereka ini  membuka mata dan mengakui kebenaran hikayat itu. Inilah mentaliti orang melayu hari ini, namun hamba tidak mahu berkata lebih nanti ada yang kata hamba merendah- rendahkan bangsa sendiri..padahal, mereka lupa kemasyhuran melayu yang agung suatu ketika dahulu. Tidak lama lagi blog ini akan menjadi salah satu daripada blog yang menyimpan salinan siri ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU yang dikelolakan oleh Cik Srikandi(bukan calang2 orang ini tau)dengan ilmu sejarahnya yang luarbiasa itu, penulis tetap dalam organasasi Mistisfiles dan Riwayat Melayu 

Maka,segala tanda tanya akan terjawab dalam siri tersebut.
Akan disiarkan tak lama lagi.....


p/s... Cik Srikandi(bukan nama sebenar) ni adalah seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan yang terkenal itu.



Baiklah kita kembali semula kepada tajuk.,
Pelajaran pertama disini ialah, hendaklah dipastikan dahulu dimanakah yang digelar sebagai “The Malay Archipelago” itu??



Akan bersambung.........



No comments:

Post a Comment