Alter
Terahsia Bangsa Melayu (Bhgn 1)
oleh : Srikandi
SingaMalaya
Mengapa Israel bersusah-payah membina
pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi
Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan
kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa
Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000 tahun
sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?
Semua persoalan ini akan terjawab di
dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.Artikel ini berasal dari kompilasi
tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang
berasingan.
Selamat Membaca.
-M.O
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU
Keris
Bersilang
"...sent them away from his son
Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah petikan dari Kitab
Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan
satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia
seperti yang diperintahkan Tuhan.
Bangsa terahsia inilah yang menurunkan
pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah
di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.
Bangsa ini,yang merupakan pemegang
rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba
dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar
bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.
Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa
ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The
Iliad and the Odyssey.
Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa
misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka
dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor
yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa
ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan
alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti
lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu.Istilah
alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul
setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya
teknik berasaskan-trauma.
Contoh yang paling mudah ialah apabila
seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan
berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan
dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah
yang tercorot (misalnya).
Juga jika seseorang yang dianggap lemah
dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah
bila menyentuh perkara yang lain.
Satu contoh yang baik tentang alter
ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang
menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salah
seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.Cousins menceritakan
pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo
yang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk
melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.
"Dia sangat lemah dan artritisnya
tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai
pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk bernafas.Dia
berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke
depan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam.Dia kelihatan
seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih".
"Sebelum waktu makan,dia berjalan
ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain.Dengan
bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano.Dia nampaknya
bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam
itu ke papan tanda."
Kemudian sesuatu yang menakjubkan
berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan
mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya
berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan bermain,menunjukkan di kedua-dua
badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano
yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang dinyatakan oleh Cousins,
"Jari-jarinya terbuka dengan
perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-tunas pokok
bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas
dengan lebih mudah".
"Tubuh badannya tidak lagi kaku dan
susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada lingkaran hidup
atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar-benar berubah
daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegak dan
lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya.Dia
serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian
keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai".
Alter selalunya tersembunyi dibelakang
personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi apabila subjek berada
dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya,alter
ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan berubah menjadi
alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula
alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek
tersebut.
Alter inilah yang tersembunyi di dalam
setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang
sebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah
dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria
(Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun
dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus
kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti
yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Menurut kajian geneologi setakat
ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar
dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar
(Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang
anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan
bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks
Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri
Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi
Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui
jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala
Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks
Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown
nationality'.Persoalannya,
"Siapakah Keturah ini?"
Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan
dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti
Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon
dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth
bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan
kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari
saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli
dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga
dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','orang
gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi
Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras
tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan
sanggup mengeluarkan kata-kata,
"Biarlah engkau saja yang pergi
berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di
sini" (Kisah Nabi Musa)
Perlu diingat,akibat trauma dengan
sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari
sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf
isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri
(wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat
di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka
telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim
selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan
isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail
ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan
anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun
perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika
itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail
kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w
manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA
SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah
s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab
itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba
perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja
disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah
meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar
dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik
Firaun'.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi
Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa
Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa
Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya
terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar
bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang
suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan
sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang
perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi
Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana
Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya
yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada
mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar
pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf
puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada
Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya
sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w
adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati
Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di
zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana
sezaman dengan Nabi Ibrahim).
Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi
Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim
bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang
sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir
(Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih
zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah
Ramses II di zaman Nabi Musa.
dalam Alquran ada disebut:
"Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa
kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak
diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil
sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?....Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang
pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian".
(Ali Imran: 65 - 68)
Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai
keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang
bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan
malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin
dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter
Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan
Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah
ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja
Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud
raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah
pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya
menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi
Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi
dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang
sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa
Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina
negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina
organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang
gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah
lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang
berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat
ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah
mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di
dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan
kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan
Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk
lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang
lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan
bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil)
serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas
memusnahkan kediaman mereka.
Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di
bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya
secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon
untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah
kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan
dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat
telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya
menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.
Diwaktu pemerintahan Babilon inilah
bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan
penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang
tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik
dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan
di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian
Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan
Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan
Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.
Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam
mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan
ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi
adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan
misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar
mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih
berganti.
Berbalik kepada wanita misteri yang
menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya
malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun
sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus
berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih
samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi
jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai 'patriarch' (gelaran yang
diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai
pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan
baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah
telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.
*Keturah di
khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.
Keturah bermaksud kemenyan atau pun
wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita
dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak
diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan
kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah
Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah
berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan
menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya
berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang
berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil
ketika itu.Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan
Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh
kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih
sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan
disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh
masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang
membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang
hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak
bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga
adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid
termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di
langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar
dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan
pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling
besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan
bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah
penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah
ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu
tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah
bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah
setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak
percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman
Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta
mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO
yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan
kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah
banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa
memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta
spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui
bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga
pakar sains zoologi yang handal.
Nabi Nuh boleh membina kapal yang
teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100
orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina
bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri
dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya
dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa
minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji
Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita
tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan
kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini
sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di
dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih
dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat
kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan
ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi
iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa
hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi
Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar
di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat
minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga
Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan
manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir
seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan
Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti
UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di
Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA
BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang
mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material
dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus
dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika
terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di
festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali
diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan
berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering
keluar di media-media antarabangsa.
Mungkin anda berasa lucu dengan senario
yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang
gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah
lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu
mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah
tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba
Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW
atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji
nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur
Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh
menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand
seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan
manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat
bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di
muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih
mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula
berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka
berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan
mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti
menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada
juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan
tinggi dan komputer.
Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang
bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang
ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban'
cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula
berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang
menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu
Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi
orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang
tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan
Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti
raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu
seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki
tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada
orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan
melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta
Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan
bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek
moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta
mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN....tidak rugi
kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
akan datang dalam siri Alter Terahsia
Bangsa Melayu...
-Siapakah Keturah?
-Melayu dikalangan anak-anak Keturah
-Melayu dikalangan cucu cicit Nuh bangsa
penakluk dan raja-raja agung
-Menjejak asal-usul raja-raja Melayu
sehingga Cyrus The Great
-Cura si Manjakini bukti warisan Darius
Emperor Parsi
-Negarakota Melayu di era Ur,Kish dan
Uruk
-Hubungan Melayu dan Yahudi di era
peperangan bangsa Sumeria
-'Bangsa Gunung'
-Pengembaraan ke Timur Jauh
-Perjalanan melalui jalan darat
-Jalan Sutera dan Kapak dari Asia Tengah
-Epik pengembaraan di padang pasir dan
salju dingin
-Kenangan kehidupan silam di pergunungan
Himalaya dan perkampungan Tibet yang damai
-Perjalanan melalui jalan laut
-Bahtera dan ilmu pelayaran bangsa
misteri
-Astronomi dan rahsia bintang-bintang
-Bodhidharma,Dharmakirti,Sakyakirti dan
pendeta-pendeta Melayu lainnya
-1000 rahib,sami dan arahat di Bukit
Suci
-Misteri bangsa terahsia
-Siapakah dia Malai?
-Bumi Mala
-The Promised Land
-Tempat menyimpan rahsia
-Kunci-kunci rahsia
-Cucu-cicit Nabi
...................Akan datang di ATBM (bhgian II) !!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment