Wednesday, January 30, 2013

Siapa penghuni asal Asia Tenggara? Siapa suku Melayu paling tua? Siapa sebenarnya Melayu ?


Siapa penghuni asal Asia Tenggara?
Siapa suku Melayu paling tua?
Siapa sebenarnya Melayu ?

Oleh: Srikandi


Siapa Melayu paling tua? Orang Bugis mengatakan mereka adalah Suku Melayu Tua.Orang Kedah juga tidak kurang hebatnya dengan riwayat raja-rajanya yang bersimpang-siur dengan sejarah Kemboja,Thailand dan Burma.Orang Kelantan dikatakan Melayu paling asli.Bagaimana dengan suku Melayu di Sumatera?Tulisan purba Rencong,manuskrip dan prasasti-prasasti yan mendokumentasikan sejarah Melayu Nusantara banyak di sana. Siapa Melayu paling tua?

Apabila berkata tentang sejarah,kitalah antara yang paling disegani di Asia Tenggara.Ingat perkara ini.Saya sudah memberitahu anda semua,pembaca saya yang sangat saya sayangi.Saya berani berkata sebab saya ahli sejarah yang terlibat dalam kajian cross-reference.Dalam disiplin sejarah,penyelidikan secara cross-reference atau rujuk silang dengan pelbagai sumber adalah satu jurus yang amat berbisa,secara saintifiknya,ia adalah satu teknik penyiasatan yang banyak membantu ahli sejarah mencari jawapan kepada segala teka-teki atau untuk mencantum kronologi.Pernah tengok CSI?Jika pakar forensik ada unit IT yang mempunyai perkakasan yang canggih untuk menganalisa dengan teknik perbandingan cap jari atau wajah suspek,maka rujuk-silang adalah teknik yang ampuh dalam disiplin penyiasatan sejarah.

Raja-raja Kedah dalam riwayat Khmer digelar Ketomala dengan Prithivindravarman,salah seorang raja Angkor sebagai 'came from Malayu' dalam jurnal-jurnal Kemboja,sama seperti Suryavarman I yang juga '...from Malayu' dalam riwayat Siam 'The Chronicles of Chiang Mai'.Prithivindravarman,dikatakan dari garis keturunan Ketomala,dimana disyaki oleh pengkaji Kemboja ada kaitan dengan kerabat Kedah dan Malayu.Nama Kedah terakam dalam riwayat bangsa-bangsa lain.China purba menyebutnya sebagai 'Kiteh',Tamil purba sebagai 'Kadaram' atau 'Kataha',Parsi dan Arab sebagai 'Kalah,Qalah' dan Khmer purba sebagai Keta,Ketah atau Keto.Nama tempat yang tercatat dalam sejarah bangsa-bangsa lain adalah bukti jelas ia adalah pusat perdagangan yang terkenal yang dikunjungi oleh ramai orang dari serata dunia.

Orang yang langsung tidak mengetahui semua ini akan mengatakan orang Melayu pendatang dari Indonesia.Adakah sebelum datang segala makhluk yang kelaparan untuk mencari rezeki di bumi kita ini,tanah semenanjung ini kosong begitu sahaja?'Orang Melayu dari Indonesia' itu tak berani sentuhkah?Jejak bumi pun tidakkah?Para sarjana bersepakat mengatakan kaum Merina di Madagaskar adalah berasal dari ekspedisi empayar Melayu Srivijaya,jadi tanah sejauh Madagaskar boleh jejak,Tanah Melayu tak boleh 'orang Melayu dari Indonesia' nak jejak?Nak tunggu segala makhluk kelaparan mencari rezeki di sini jejak rasmi bumi semenanjung,baru 'orang Melayu dari Indonesia' yang duduk hanya seberang Selat Melaka ikut jejak.What a stupid retarded!

Mereka itu sebenarnya mahukan bumi kita.Itu sahaja ceritanya.Makhluk-makhluk Tuhan yang kelaparan itu tidak tahu mencari rezeki di tanah asal mereka lalu mencarinya di bumi bertuah kita.Kemudian menyalak macam anjing yang kekenyangan.Ingat!Orang lain sanggup mati berebutkan tanah kita ini,kerana kita duduk di persinggahan antara Barat dan Timur,laluan transit antara India dan China.Kita ada selat tersibuk di dunia,di mana selat ini adalah 'checkmate' untuk kapal-kapal mencari laluan paling singkat yang lain antara India dan China.Lain kata,kita duduk di atas timbunan emas permata.Siapa yang tak mahu harta benda?

'Orang Melayu dari Indonesia' tidak bina Langkasuka.Mereka tak bina Kedah Tua dan loji pemproses besi tertua Asia Tenggara.Orang Melayu bukan datang dari Indonesia.Bukan pula Malaysia.Orang Melayu datang dari SELURUH ASIA TENGGARA!Apa yang dinamakan Malaysia,Indonesia,Brunei dan sebagainya pada hari ini di Asia Tenggara,pernah dijejak tanahnya oleh orang Melayu dan kawasan 'permainan' mereka zaman-berzaman. Rumah orang-orang Melayu khasnya dan wilayah Austronesia amnya.Southeast Asia is the home of Malays.Mana tidaknya,kita adalah bangsa pedagang dan pelayar paling disegani dunia setaraf dengan bangsa Phoenicia dan Norsemen. Orang Melayu yang bergelar 'Viking of The Orient' ini tidak duduk senyap dalam hutan atau gua.

Apabila berkata tentang sejarah,kitalah antara yang paling disegani di Asia Tenggara.Ingat perkara ini.



Sejarah Melayu akan dijumpai dalam riwayat raja-raja Angkor,Champa dan Siam.Misalnya pengasas Empayar Angkor iaitu Jayavarman II pernah tinggal di negeri-negeri Melayu sebelum dibantu oleh pihak dari Malay city-states itu untuk menentang overlords seluruh Kemboja bagi persaingan menyatukan Kemboja dan menjadi raja empayar Khmer.Para pendekar Melayu juga dijadikan bodyguard istana oleh raja Angkor dan ini disebutkan dalam manuskrip Khmer abad ke-16.Bagaimana orang Melayu boleh dipercayai oleh kerabat diraja Khmer sehingga dilantik menjadi pengawal istana jika tidak bermastautin di Kemboja dan dikenal begitu lama oleh raja-raja Angkor.



Kalau tidak mengapa I-Ching (Yi Jing) seorang sami dan pengembara China dari era dinasti Tang singgah di negeri-negeri Melayu dan menceritakan di hadapan Maharani Wu bahawa dia bertemu dengan 'the nation of Mo-lo-yu' serta belajar bahasa Melayu untuk menimba ilmu kependetaan Buddha dari mahaguru-mahaguru terkenal di sana? Ketika era keemasan Srivijaya,orang Melayu adalah rujukan kedua kependetaan agama Buddha selepas India dan jika tidak mampu ke India untuk belajar agama Buddha,para pelajar seluruh dunia ketika itu akan singgah di negarakota-negarakota Melayu purba untuk belajar agama Buddha.Terdapat universiti di kota Srivijaya, sama seperti Universiti Islam Antarabangsa atau Pesantren Temboro,di mana seluruh dunia bertumpu untuk belajar agama.I Ching menyebutkan bahawa beliau telah melihat kitab-kitab asli Buddha seperti Tripitaka yang sebanyak 500 gatha ditulis dalam 'bahasa Sriwijaya' (bahasa Melayu Kuno) dan jika diterjemahkan dalam bahasa Cina akan memakan ribuan jilid.

Segala makhluk kiasu yang takut miskin dan kebuluran itu wajib membaca catatan I-Ching;Account of Buddhism sent from the South Seas dan Buddhist Monk's Pilgrimage of the Tang Dynasty untuk mengetahui pengiktirafan orang Cina purba tentang 'the nation of Mo-lo-yu',satu bangsa purba yang sejak zaman berzaman menduduki Asia Tenggara yang digelar 'Southern Sea' oleh dinasti-dinasti purba Cina seperti Shu dan Chen.
Ketika darjat kerohanian Buddha orang-orang Melayu mencapai tahap 'dewa' sehingga sami Cina selesa belajar dengan orang Melayu (I Ching pernah dirompak dan ditinggalkan berbogel oleh perompak jalanan ketika di India,manakala ketika di wilayah Srivijaya,beliau diberi perlindungan oleh Maharaja Srivijaya),ketika salah seorang maharaja Melayu Srivijaya,Indravarman mengutus surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal warak untuk belajar tentang Islam,ketika itu pintu hidayat tidak boleh ditahan-tahan lagi.Satu persatu raja-raja di Alam Melayu memeluk Islam termasuk raja Champa dan Patani. Mereka rela mencampak segala ilmu kerohanian Buddha aliran Tantra (orang Melayu purbakala antara pengasas aliran 'sufism' Buddha ini) yang dibangunkan mereka, meninggalkan kemasyhuran mereka ketika era Hindu-Buddha, memeluk Islam dan menghadapi kemaraan Imperialis Eropah.

Tidak layak nama 'Malayu' itu sekadar cakap-cakap mulut. Nama 'Malayu' dipahat pada prasasti prasasti dan diletakkan di dalam tempat-tempat suci, sama ada ketika era Hindu-Buddha
hinggalah pada zaman Islam.Anda boleh membaca buku '7 wali Melayu' oleh Abdul Ghani
Said,yang menerangkan dengan jelas peranan wali Melayu kepada dunia Islam.Diceritakan
Syeikh Haji Said Al-Linggi telah menghadiri mesyuarat para wali dimana Syeikh Habib
Nuh,wali Melayu dari Singapura juga menghadirinya.Syeikh Haji Said selepas keluar dari bilik
suluknya (bilik untuk berzikir atau menyendiri) memberitahu bahawa umat sebelah Timur
diwakili oleh dirinya dan Habib Nuh.Sungguh mulia peranan wali-wali Melayu untuk kebaikan
umat Nusantara.Ketika era penyebaran Islam,bahasa Melayu adalah bahasa agama Islam di
Nusantara,dan tulisan Jawi juga dicipta berasaskan bahasa Melayu.Sehinggakan untuk
mempelajari Islam di Asia Tenggara pada masa dahulu,mesti tahu bahasa Melayu dan
Arab.Orang Melayu dan bahasanya menjadi asbab hidayat kaum-kaum Nusantara termasuk
orang Siam dan Tausug.Orang Siam diIslamkan oleh pendakwah-pendakwah Champa,Patani dan semenanjung manakala orang Tausug misalnya diIslamkan oleh pendakwah Melayu Johor
keturunan Arab.Untuk ikram (muliakan,melayan) kaum-kaum ini,orang Melayu berlembut hati
malah berkongsi kekayaan buminya kepada kaum-kaum yang dahulunya menjadi lanun atau
orang gasar.Orang Melayu dan sifat tolak ansurnya yang tinggi mentamadunkan mereka
sehingga sama-sama menghirup nikmat iman dan Islam.

Ketika era Buddha,orang Melayu melahirkan bikkhu,sami dan pendeta bertaraf antarabangsa sehingga menguasai 'Yoga Tantra'. Yoga Tantra inilah yang dicari oleh Atisa, seorang pendeta dari Tibet. Beliau sanggup berlayar dari Tibet ke Sumatera semata-mata mahu mendalami hakikat pertapaan Yoga Tantra ciptaan Melayu Sriwijaya. Sehingga apabila beliau pulang ke Tibet,beliau telah mengasaskan aliran Buddha yang baru iaitu yang kini dianut oleh sami-sami di Istana Potala,hasil pembelajarannya dari pendeta-pendeta Melayu.Ketika era Islam,orang Melayu tetap ke hadapan melahirkan ramai ustaz,ulama dan mufti dan ini diakui oleh ulama Mesir bahawa 'jika mahu belajar agama Islam dengan sempurna,disyorkan belajar pada ulama-ulama Arab,namun jika mahu lebih mendalami agama Islam,disyorkan belajar pada ulama-ulama Melayu'.Ketika bangsa Melayu beramai-ramai meninggalkan agama menyembah patung tak bernyawa, orang Tai,Khmer,Burma dan sebagainya masih mengamalkan agama nenek moyang di mana agama mereka itu sendiri diajarkan oleh orang Melayu beribu tahun dahulu.Ironinya,Orang Melayu kini sudah sinonim dengan Islam,sehingga wujud,dogma yang menyebutkan bahawa jika masuk Islam,maka masuk Melayu.



Saya menceritakan dan menekankan tentang sejarah bangsa sebab saya sayangkan bangsa saya atas satu sifat ini;memeluk Islam secara beramai-ramai tanpa bertangguh dan tanpa menumpahkan darah.Dalam sebanyak mana keburukan dan perspektif negatif yang dilemparkan kepada orang Melayu,mereka menjadi mulia sebab masih sayangkan agama.Bangsa Monggol dan Tartar sebelum memeluk Islam banyak menjarah kota-kota Islam dan membunuh berjuta umat Islam sebelum menjadi pengikut Islam yang taat dan membentuk wilayah-wilayah Kazakhstan,Kygyztan dan sebagainya.Bangsa Arab sekalipun pernah menjadi musuh Islam,maksud saya kalau kita membaca kisah-kisah para Sahabat nabi s.a.w,kita akan membaca pelbagai kisah kaum kafir Quraisy menyeksa orang Islam di kalangan mereka.Tetapi dalam sejarah Melayu dan Nusantara,perkara-perkara begini tidak kita dengar dan terbaca.Apabila raja Melayu masuk Islam,maka secara automatik rakyatnya beramai-ramai membuang sembahan-sembahan patung dan animisme kepada mentauhidkan Allah s.w.t.Tanpa peperangan,tanpa sengketa.Islam masuk ke Nusantara melalui cara perdagangan dan hubungan muamalah, bukan paksa rela atas nama peperangan.Bangsa Cina masih banyak yang kafir dari Islam begitu juga dengan India. Negara paling banyak penduduk Islam ialah Indonesia yang merupakan campuran kaum-kaum Nusantara/Austronesia termasuk Melayu.

Nikmat yang paling bernilai ialah nikmat Islam dan iman. Allah s.w.t telah letakkan bangsa Melayu di tengah-tengah transit perdagangan. Cukuplah Allah s.w.t anugerahkan kita Selat Melaka, darinya banyak rezeki melimpah ruah atas keizinan-Nya. Dunia Allah Taala sudah bagi, Allah s.w.t pilih lagi kita orang-orang Melayu dalam agama Islam, APALAGI NIKMAT ALLAH YANG MAHU KITA DUSTAKAN LAGI? Bumi subur, laluan perdagangan, ada minyak pula. Sebab itu orang luar sanggup bermati-matian berebutkan homeland kita ini sehingga sanggup menipu mengatakan kita pendatang.Saya namakan ini sindrom 'pendatangness' sebab hanya mereka berjiwa pendatang sahaja tiba-tiba melatah tak tentu pasal menuduh orang lain pendatang.

2 comments: