Wednesday, February 27, 2013

Fitnah Fitnah Dajjal


APAKAH AYAT-AYAT SUCI INI MENGGAMBARKAN GOLONGAN YANG TERMAKAN FITNAH & TERIKUT-IKUT DENGAN SISTEM POLITIK DEMOKRASI CIPTAAN KUFFAR..?









"Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri) dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab."

"(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

"Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik."

"Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). (Surah Al Rum : Ayat 29 - Ayat 32)


Setelah disempurnakan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebagai satu-satunya agama yang diredhai ALLAH, tidak sepatutnya umat Islam berpegang kepada cara hidup yang dicipta (Demopkrasi) selain dari apa yang telah diajarkan dalam Al Quran dan As Sunnah..

Jika kita yakin sistem demokrasi adalah sistem syirik, kita diperintah mengajak ahli keluarga, sahabat dan masyarakat kembali kepada ALLAH, berpegang teguh kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah..

Bukankah sudah sangat jelas bahawa Demokrasi telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak seperti yang dinyatakan dalam ayat 32 surah Al Rum di atas..?

Hayati, renung dan fikirkanlah wahai umat Islam akhir zaman.. Kita mahu menjadi musyrik berpecah belah dalam agama demokrasi..?

Atau kita mahu mengajak seluruh umat Islam kembali bersatu berpegang teguh mengamalkan Al Quran dan As Sunnah..?

Kita sudah ada Al Quran dan As Sunnah yang lengkap dan sempurna, mengapa mahu memilih Demokrasi yang jelas dicipta golongan Kuffar yang mengingkari Al Quran dan Sunnah..?

Ingatlah, kelak di Mahkamah ALLAH, kita semua akan ditanya..!

Kita akan ditanya..!

Kita akan ditanya..!

Kita akan ditanya..!

**Sebarkanlah peringatan ini kepada semua sahabat FB dan di luar FB**

Tuesday, February 26, 2013

The Death

The Death


Satu perkara dalam dunia ini yang semua manusia tidak boleh lari sama ada dia muslim atau non-muslim ialah mati.Ini adalah sesuatu yang universal dan manusia tidak punya daya kekuatan apa-apa untuk menghalang kematian.

Manusia pasti akan mati suatu hari nanti.Kematian adalah hukum sains yang paling konkrit dan tidak akan berubah-rubah sebagaimana hukum Fizik;dari Newton,ke Relativiti,seterusnya berubah ke Kuantum dan kemudian ke Teori String dan seterusnya...namun persoalan mati adalah kepastian yang pasti dan pasti...tidak kira sama ada dia Islam,Kristian,Hindu,Buddha...atau Atheis sekalipun yang tidak mempercayai Tuhan...

DIA PASTI AKAN MATI.

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati" dalam AlQuran surah Al-Ankabut ayat ke-57,Allah swt telah menegaskan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.Kematian adalah pasti dan pasti.Sama ada orang kaya,miskin,tua,muda...mereka pasti akan mati.Manusia berperang,bergaduh,tipu sana tipu sini,makan rasuah,merompak mencuri dan sebagainya semuanya akan mati.

Tiada siapa yang boleh halang The Death.Amerika dan Rusia tidak ada daya upaya melawan The Death.Lenin...seorang Atheis agung yang bencikan Tuhan ketika saat kematiannya dalam azab sakaratul maut yang menggila,mengeluh...

Tuhan...aku sakit...

Kematian ni...pemutus kelazatan.Dunia ni memang lazat bagi ahli dunia,orang yang cintakan dunia.Lihat mereka bina bangunan tinggi-tinggi dan berhibur dari siang ke malam.Kemudian mati.Apakah erti hidup ini?Kekayaan...nikmat muda,hiburan itu tidak kekal lama.Dunia ini kelazatan dia sementara...ada expired date.Waktu muda kita seronok bergelak ketawa bersama kawan-kawan,bergaya berfesyen sana sini namun bila tua...kulit berkedut...tulang-temulang sudah lemah dan sakit...waktu itu dunia ini bagaikan tiada ertinya lagi.

Namun akhirat kelazatan dia kekal abadi selamanya.Orang kafir mencari dunia ini sungguh-sungguh kerana mereka tiada tempat di akhirat.Apakah erti hidup ini....?Kita dilahirkan kemudian mati...ke mana kita selepas itu?

Mengapa Allah swt pilih saya sebagai muslim?Mengapa tidak pilih Ah Chong?Mei Lin?Raju?James?Nampaknya iman dan hidayat itu terlalu mahal.Mereka yang dipilih hidup sebagai kafir akan hidup dan mati sebagai kafir dan di akhirat nanti dibakar di neraka.Nampaknya iman dan hidayat itu terlalu mahal namun ada orang ingin keluar dari Islam hanya untuk merasa sedikit kelazatan dunia ini yang ada expired date dan hilang setelah mati.

Mengapa daku tidak memilih hidup kekal di akhirat?Kelazatan di akhirat tidak ada expired date dan kekal abadi selamanya-lamanya.Manusia hidup di dunia seolah-olah tidak akan mati.Mereka tidak menyembah Allah swt dengan alasan sibuk berkerja.Sibuk dengan dunia ini yang akan hancur.Mereka sibuk menambah rumah dan membina bangunan-bangunan di dalam dunia ini yang akan hancur dan dirinya yang akan mati.Orang yang bijak akan mempersiapkan kuburannya,kerana kelak mereka akan tinggal di kubur beribu-ribu tahun.Orang yang terakhir mati di dunia ini dan jarak masa dia menunggu hingga kebangkitan bukan sehari dua tetapi beribu tahun.Manusia hidup di dunia purata 63 tahun tapi menyiapkan kehidupan di dunia lebih dari mempersiapkan hidup di alam barzah hingga di akhirat yang kekal abadi.

Orang mukmin akan berkerja keras mentaati perintah Allah swt serta meninggalkan larangan-Nya semasa di dunia,kemudian berehat di dalam kubur,bersarapan di Padang Mahsyar,minum pagi di Telaga Kautsar dan menghadiri jamuan tengahari di syurga Allah yang kekal abadi.

Apakah erti hidup ini?Kita berhidup dan akan mati.Bagaimana rasanya kematian itu?Ke mana kita akan pergi selepas mati?


~ Srikandi IIUM 8.50am

Friday, February 22, 2013

Sabah/Malaysia & Sulu (bhgian 2)





Senario Keempat


Dalam pelajaran yang lepas 'The Power of History' saya ada beritahu bahawa dalam dunia yang dikatakan bertamadun pada hari ini,pihak-pihak yang berkaitan akan cuba berdiplomasi dan berunding sebelum beralih ke drama seterusnya.Komponen diplomasi yang paling ampuh ialah,

The history.

Sekarang mari kita lihat The Game.Terdahulu,saya ada senaraikan 3 senario dalam The Game.3 senario ini nampak bersifat antagonis.Dalam ilmu strategi,biasanya para jeneral akan melihat kemungkinan paling buruk dan risiko yang paling tinggi boleh diserap.Jadi 3 senario ini adalah salah satu cara untuk mengukur keupayaan.Apa yang saya paparkan ini tiada kaitan dengan politik murahan kepartian.Saya cuma ingin bawa anda sebagai pembaca melihat dari atas 'papan catur' bukan jadi buah-buah catur sebagaimana 'political slave' atau 'pawn of the game'.

'Political slave':suka dipengaruhi oleh gosip politik,cepat emosi dan pandangannya ditentukan oleh propaganda.
'Pawn of the game':membiarkan diri dilaga-lagakan musuh,dicaturkan,dipergunakan orang lain dan tiada prinsip sendiri.

Kajian kes ini boleh digunakan dimana-mana sahaja dalam pelbagai situasi.Ia sebagai contoh sahaja.Saya hanya mahu anda BERFIKIR.Jika anda melihatnya sebagai pelajaran (a lesson),saya ucapkan tahniah.

Jadi di sana terdapat 'senario keempat'.

Sebelum itu kita lihat dulu,entiti-entiti yang terlibat dalam The Game.

data loading...

The Sultan Sulu>
apa dia nak:Sabah
alasan:milik Kesultanan Sulu long...long...ago
Ulasan:

Pertama,kita perlu bertanya adakah orang yang itu adalah Sultan Sulu yang sah dan disokong oleh rakyat Sulu?
Kedua,tuntutan sebahagian Sabah atau seluruh Sabah?Mengikut sejarah,Sultan Brunei hanya beri sebahagian kecil sahaja dari Sabah kepada Sultan Sulu.Jadi bagaimana boleh menuntut ALL of Sabah?Tuntutan boleh bertambah mengikut masa.Pelik bin ajaib.
Ketiga,mengikut sejarah,hakmilik Sultan Sulu telah dipajak kepada Kompeni Inggeris.Kemudian kununnya 'The Last Sultan Sulu' telah sign satu perjanjian menyerahkan hakmiliknya kepada Filipina.Sebab itu Filipina ada 'tangguk sakti'.

Jadi The Sultan Sulu...game over.

The Filipino>
apa dia nak:wilayah milik Sultan Sulu
alasan:apa jua milik Sulu,Filipina punya!

Ulasan:

Filipina menanti peluang untuk menggunakan 'tangguk sakti'.Kemungkinan dia ni lengkap ada segala dokumen pasal itu.Tetapi terhalang oleh beberapa sebab.Antaranya Malaysia punya backup besar dari geng diplomasinya.Kedua,Laporan Suruhanjaya Cobbold.Laporan yang menunjukkan Filipina tidak popular dalam tuntutan itu.Ketiga,perjanjian yang telah dipersetujui oleh pemimpin2 Sabah seperti Tun Mustapha dan Tun Fuad Stephens mewakili penduduk Sabah.Keempat,faktor ekonomi.Hubungan buruk dengan Malaysia ibarat kanser ekonomi,jadi Filipina mengambil keputusan berbaik-baik dengan Malaysia.Malaysia bukanlah negara kuat,namun KUASA diplomasinya aneh.Sebelum apa-apa berlaku,baik berdiam diri dulu.

Jadi Filipina menunggu 'a game' seterusnya.

The Separatist>
apa dia nak:blah dari Malaysia
alasan:Malaysia jahat macam Pol Pot

Ulasan:

The Separatist memikirkan ia boleh menjadikan Sabah sebagai Timor Leste kedua.Cara ini mungkin berjaya dengan bantuan kuasa-kuasa asing.The Separatist mengambil model perjuangan Fretilin (Timor Leste) dan Organisasi Papua Merdeka (Papua Barat).Jika perlu mereka akan mengangkat senjata dan 'summon' kuasa-kuasa asing untuk keluarkan Sabah dari Malaysia.Bagi mereka Malaysia jahat macam Pol Pot.The Separatist memikirkan Malaysia telah sedut kekayaan Sabah dan mampatkan di 'Malaya'.Malaysia juga telah 'genocide' orang Sabah,kata mereka.

Jadi The Separatist menunggu orang lain untuk buka 'a game' untuknya.

The Foreigner>
apa dia nak>kekayaan & peluang 'bisnes' di Sabah
alasan:kepentingan diri sendiri

Ulasan:

The Foreigner bijak mengambil peluang sebagaimana Australia mengambil peluang atas minyak di Timor Leste.The Foreigner bertugas dalam pelbagai bidang.Ada yang memiliki 'bank' dan 'tabung bantuan' yang 'membantu' negara-negara miskin dan dalam konflik,contohnya IMF.Mereka akan ubah polisi negara sesukahati dan mengenakan bunga yang tinggi.Ada juga The Foreigner yang membekalkan senjata kepada kedua belah pihak yang berperang.Peperangan demi peperangan adalah lubuk bisnes bagi mereka.Boleh tonton filem Lord of War lakonan Nicholas Cage.Ada juga dari mereka yang suka menyibuk hal orang lain.Uncle Sam,dan dia menyangka dirinya Polis Dunia.Ada pula yang menjalankan DIVIDE & RULE ke atas negara-negara lain.Apabila berpecah,mereka akan laga-lagakan,kemudian lantik 'pemimpin boneka' di negara-negara yang jadi 'pawn of the game' itu.

Jadi,The Foreigner menonton The Game yang sedang berlangsung.Jika kena pada masa yang tepat,The Foreigner akan pegang joystick...




The Sabahan>
apa dia nak:Keharmonian,kedamaian dan perpaduan
alasan:adakah perlukan alasan lagi?

Ulasan:

Sabah adalah negeri berbilang kaum.Terdapat lebih 21 pribumi di Sabah.Orang Kadazan-Dusun,Orang Bajau,Orang Brunei,Orang Sungai...sekadar menamakan beberapa contoh mahukan keharmonian dan kedamaian.Mereka bencikan peperangan,suasana huru-hara dan keganasan.Sebagaimana penduduk di negeri-negeri lain di dalam Malaysia,mereka tidak suka orang luar masuk campur di dalam hal-ehwal mereka.Mereka mahu hidup sejahtera di Sabah,Negeri di Bawah Bayu.

Jadi The Sabahan melihat The Game sedang berlangsung.Sama ada The Game menentukan masa depan The Sabahan atau mereka yang membuat keputusan untuk The Game.


SENARIO KEEMPAT

Malaysia berunding dengan The Sultan Sulu.Malaysia menggunakan segala kemahiran diplomasinya yang pernah digunakan untuk melembutkan negara-negara besar macam China,Amerika dan United Kingdom.The Sultan Sulu adalah orang Tausug yang punya hubungan kekeluargaan dan agama dengan perunding Malaysia tersebut.Jadi rundingan ibarat 'perbincangan keluarga'.Trivia,kaum-kaum pribumi di Malaysia termasuk orang Tausug adalah 'a big family' iaitu suku-suku Autronesia.Namun 'adik-beradik' lebih kuat merajuk berbanding orang luar macam Komunis China atau Kapitalis Amerika.Perunding Malaysia cuba memujuk saudaranya...perbincangan masih berlangsung.Tiba waktu solat.Perunding Malaysia mengajak The Sultan Sulu solat berjemaah.The Sultan Sulu dan perunding Malaysia solat berjemaah bersama.

Dalam waktu yang lain,pihak SSDI dan 'Sultan-sultan jadian' telah diaturkan untuk duduk semeja bagi menyelesaikan masalah Sulu.Kekuatan masing2 perlu digunakan untuk membangunkan Sulu,bukan menuntut kekayaan peribadi masing-masing.Dalam hal ini SSDI diminta mengambil peranan serius.

The Foreigners,The Filipino,The Separatist dan lain-lain menunggu senario yang akan berlaku.Mereka akan bertindak terhadap keputusan.The Foreigners mula menelefon broker-broker dan para kontraktor mereka.

Rundingan disambung semula.

Adakalanya mereka seakan-akan mahu bertengkar.Adakalanya mereka gelak ketawa bersama.Ini sangat menghairankan.Apa yang mereka bincangkan?

Sementara itu The Sabahan membaca semua data-data tentang pihak-pihak yang terlibat dalam The Game.The Sabahan mencongak sendiri setiap risiko yang perlu dia bayar untuk setiap situasi.

The Filipino telah bersedia dengan 'tangguk sakti' di pintu imigresen Malaysia.

The Separatist mula melobi United Kingdom,penaung Komanwel.Kartel-kartel missionari Kristian dan kru-kru Sidang Injil Borneo mula berkampung di satu lokasi rahsia.The Jesuit mula membentang peta demografi.The Evangelist mengira berapa markas Tabligh di Sabah.

Malaysia dan The Sultan Sulu masih berbincang.Keputusan terletak kepada kemahiran diplomasi Malaysia dan sifat persaudaraan Sulu.

Namun keputusan tetap di tangan-Nya.

The Sabahan telah nampak apa yang sedang berlaku.

Apa yang dia nampak?

Sementara itu perunding Malaysia telah berjabat tangan dengan The Sultan Sulu.Mereka berpelukan tanda persaudaraan.

next...

War.

tetapi yang anehnya bukan melibatkan The Sabahan,The Sultan Sulu atau Malaysia.

Tetapi orang lain.

Siapa?

#gdssjrh
the historian

Monday, February 18, 2013

Keanehan Sesetengah 'Pejuang Islam'

Keanehan/Kebodohan Sesetengah 'Pejuang Islam'

Dalam beberapa kes sejarah,terdapat kesilapan yang saya sebut sebagai 'kebodohan/ keanehan' kerana mereka tak nak belajar sejarah dan pemalas.Lepas tu bila mati bukan diangkat sebagai wira tapi jadi beban dan menyusahkan orang Islam lain.

Contoh yang membingungkan ialah kes Mujahidin.Lepas halau Rusia,boleh pulak ketua-ketua jeneral Mujahidin berperang sesama sendiri rebut wilayah.Ini bodoh namanya.Lepas tu bangkit gerakan pelajar yang bosan lihat saban hari para Mujahidin gaduh sesama sendiri.Ingatkan lepas Russia blah,Afghanistan boleh aman.Tapi tak.Tamakkan kuasa pulak padahal sebelum tu dioranglah paling zuhud kononnya sampai boleh jatuhkan jet pejuang Sukhoi pakai AK-47 je.Masa Mujahidin perang dengan Rusia,tokoh-tokoh pelajar tu masih belajar di universiti.Lepas perang,mereka ambil keputusan lawan puak-puak Mujahidin yang bertelagah ni.Gerakan ini akhirnya kita kenal sebagai Taliban yang bermaksud 'pelajar'.

Kes lain ialah Hamas dan Fatah.Ini satu lagi kes bingung.Rakyat Palestin dah la tertindas,miskin,melarat...masa Perang Gaza dulu ada yang makan rumput je.Boleh pulak Hamas dan Fatah berperang sesama sendiri.Ini bodoh ke gila saya pun tak tahu.Sepatutnya mereka BERSATU TENAGA memerangi Israel.Ada orang kata mereka dilagakan.Kenapa biarkan diri dilaga-lagakan?Bagi saya satu je.Tamak.

Di Filipina...ini yang saya nak sentuh...ada dua puak besar MILF dan MNLF.Mula-mula MNLF wujud.Pemimpinnya Nur Misuari.Lepas tu macam biasa ada yang tak puas hati.Nur Misuari banyak buat perbincangan tapi ada yang desak buat pemberontakan.Maka muncullah MILF dipimpin oleh Hashim Salamat.Kemudian ada pula kumpulan-kumpulan separa tentera macam Abu Sayyaf.Entah betul ke tak mereka ni atau diupah Filipina.

Mereka ni macam badut sarkas.Tak habis-habis buat drama.Paling lawak Abu Sayyaf..Ada yang buat rundingan berjam-jam dengan Filipina.Ada yang ugut nak bom sana sini.Ada yang culik pelancong.Ini geng Abu Sayyaf.Culik dan minta wang.Macam filem Hollywood.

Ini belum lagi kira sultan-sultan palsu yang berangan-angan makan tanggung berak cangkung.Dahla bingung tak tahu nak tadbir negeri,boleh pulak nak tuntut itu dan ini.Sepatutnya semua sultan palsu ni BERSATU dan berbincang nak majukan Sulu.Tapi tenaga dan masa mereka dihabiskan untuk tuntut kekayaan dan tanah untuk diri sendiri.Pelik bin ajaib.

Wang pajakan tu yang kata dibayar sewa kononnya berapa banyak?Siapa yang dapat?Ke mana pulak wang tu pergi?Kononnya 'sultan' yang dapat duit tu hidup mewah di Manila padahal 'rakyat'nya melarat di Jolo.Ada ke wang pajakan tu digunakan untuk bina sebatang tiang atas nama muslim Sulu?Ada ke takde?

Saya sensitif sebab mereka saudara seagama saya.Saya marah sebab mereka buat kesilapan dan membiarkan diri dipermainkan orang kafir.Apa yang berlaku pada mereka (Tausug) sekarang sama macam yang berlaku pada orang Melayu dan raja-raja mereka 200 tahun dulu.Tapi orang Melayu pandai diplomasi.Kadang-kadang nampak macam mengalah tapi sebenarnya ada muslihat.Ada ke pernah British buat 'massacre' di Tanah Melayu macam Amerika dan Sepanyol buat pada orang Sulu?Orang putih ni you all kena pandai diplomasi dengan diorang baru diorang respek you.Kalau dia baru nak bercakap you dah angkat tombak dan parang,memang gone with the wind lah.Ukur baju di badan sendiri.Saya lihat paling sukar adalah Kesultanan Kedah sebab hadapi Inggeris,Belanda (minimum),Siam dan Burma.Tapi akhirnya Kesultanan Kedah tetap survive sehingga menjadi institusi raja paling tua mengatasi semua institusi raja-raja 4 negara tadi.England monarki mereka bermula tahun 927 oleh Æthelstan tapi ini masih raja Anglo-Saxon lagi bukan pure Englishmen.Lepas tu silihganti dengan Norman (sedara dengan Norse & Viking) dan Danish King termasuk raja-raja Scot.Betul-betul pure monarki England mungkin era Angevin dan Magna Carta abad ke-13.Monarki British yang hidup sampai hari ni pula start tahun 1707 bila bergabung dengan Scotland.Boleh tengok filem Braveheart oleh Mel Gibson pasal raja England berperang dengan highlander Scots.Belanda start tahun 1806 sebelum tu kena jajah dengan Napoleon.Sebelum tu pulak berperang dengan Sepanyol.Yang jajah Indonesia bukan raja Belanda tapi Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) tapi mereka dapat restu kerajaan.Siam start dari dinasti Chakri abad ke-18 dan Burma pun start abad ke-18 melalui dinasti Konbaung (pupus lepas kalah dengan British dalam Perang Burma-Inggeris Ketiga)

Tapi perlu diingat,dinasti England sekarang start 1901 iaitu House of Saxe-Coburg and Gotha (kemudian jadi House of Windsor).Tapi Kesultanan Kedah tak putus salasilah dengan hanya satu dinasti sejak 1136 Masehi!Itupun diambil era Islam.Sebelum tu raja-raja Kedah Tua entah berapa generasi sampai era Srivijaya dan Langkasuka.

Moralnya,jika kita tak ada kekuatan fizikal,kita kena ada kemahiran melobi dan diplomasi.Yahudi pakar dalam melobi dan cucuk jarum.Tapi Melayu pandai diplomasi dan pujuk-memujuk.Tapi apa sudah jadi pada orang Sulu?Asyik2 nak tunjuk senjata.Seram ne...

Orang yang bijak tidak akan terburu-buru mempamerkan senjatanya.Harimau,apabila tidak menyerang,dia akan MENYIMPAN KUKUNYA.

Jadi pencerobohan di Lahad Datu itu adalah salah satu tindakan bodoh 'pejuang Islam'.Sebab apa?Sebab kacau negeri saudara Islam lain.Kenapa taknak kacau Filipina?Filipina yang selalu buli Sulu.Apasal tak tuntut satu Mindanao?Basilan?Saya cadangkan Jamilul Kiram III berkuasa di Jolo dulu.Ada berani?

:D

Sebab di Jolo ada 'sultan jadian' yang dengar makin berpengaruh,jadi Jamalul Kiram macam putus asa dan fokus pada Sabah.Atau permainan dari Filipina,sebab dia ni duduk Manila.Provok Malaysia dan cucuk jarum.Sama ada muslim Malaysia perang dengan muslim Sulu atau bawa Malaysia konflik dengan Filipina.Congratulation!Good job!

Sultan-sultan yang tamak kuasa ni patut dipancung terlebih dahulu dari menyusahkan manusia sejagat.Sulu itu sendiri belum dapat kat tangan,Jamalul Kiram III ni nakkan Sabah,pelik tak?Ada sesuatu kat situ sebenarnya.

Tapi orang Melayu kat dalam dalam pasukan keselamatan bagi makan kat saudara mereka yang ditipu sultan palsu mereka dan Filipina ni,walaupun ada di antara mereka bawa senjata berat kononnya dan blog-blog mereka bangga dengan perkara ni.Apalah nak dibanggakan,bawa senjata berat untuk ugut saudara Islam sendiri...lainlah bawa senjata berat ugut Kristian Filipina,ini baru gentlemen.

Saya nak tergelak bila 'militan-militan' ni kelaparan sehingga orang Malaysia ajak makan bersama.Saya bayangkan seorang pejuang berpakaian style Abu Sayyaf pegang bazooka sedang lapar dan meratah nasi lemak sarapan pagi yang diberi seorang tentera Sabah.Kesian kan?

So,be wise...man.Don't be uncivilised.Jangan terlampau bodoh.Jika anda bodoh jangan pengaruh orang lain supaya nampak bodoh macam anda.Jika kita tak mampu dari segi kekuatan jangan menang sorak kampung tergadai.Be smart.Diplomasi dan melobi.This is secret of long living Malay Kings & Sultanate.Long living Srivijaya legacy.

#Srikandi

Sejarah Kesultanan Sulu

Kesultanan Sulu


Kesultanan ini ini bermula bila seorang peranakan Arab Johor datang membuka pemerintahan selepas mengahwini seorang puteri tempatan atau 'dayang' di Sulu.Namanya Syed Abu Bakar Abirin.

Lebih kurang 100 tahun sebelum tu,ada seorang lelaki dari Minang,Sumatera namanya Raja Bagindo telah berdakwah kepada penduduk Sulu di mana sebelum tu ada tercatat nama Karim Al-Makdum,seorang pendakwah Arab datang membawa agama Islam kepada bekas wilayah emperium Srivijaya ini.Raja Bagindo menyambung usaha ulama Arab tu dan berjaya mengislamkan keseluruhan orang Tausug.Oleh sebab Minang dan Melayu ni adik beradik,maka ada satu pertalian misteri antara orang Tausug dan Melayu.Dari budaya dan bahasa dan macam-macam.Sebab tu bila Marcos latih anak Sulu supaya serang Malaysia,mereka tak mahu sebab sama agama dan serumpun.

Masa ni Kesultanan Sulu berkuasa di Sulu sahaja.Di Borneo,Sultan Brunei berkuasa.Tapi Brunei ni menghadapi macam-macam masalah sebab Borneo ni luas sangat.Satu lagi mereka terpaksa menghadapi penentangan suku-suku tempatan macam Dayak,Iban dan sebagainya.Ada kawasan yang mereka berjaya tundukkan,ada kawasan yang kejap ok kejap memberontak.Macam tu la sejak beratus-ratus tahun sejak era raja-raja Boni sehingga era Kesultanan Brunei.

Brunei dan Sulu ni pun ada pertalian misteri adik-beradik.Pangkal nama perempuan Brunei adalah 'dayang' dan ini juga dipakai di Sulu menunjukkan darjat tertentu.Padahal dalam kerajaan Melayu di semenanjung,dayang ni adalah pelayan wanita elit yang bertugas dalam istana raja.Ini menunjukkan ketika Emperium Srivijaya,ada satu 'clan' yang dilantik di kalangan orang-orang dari Borni dan Sulu atau sebelah kepulauan Filipina dengan gelaran2 tertentu.Contohnya 'Datu' dan 'Paduka' memang popular di Sulu dan Filipina. Juga gelaran Rajah dan Shariff.Shariff ini popular dalam masyarakat Islam.

'Awang' adalah pangkal nama lelaki di Brunei dan budaya ini anehnya ada di Kelantan.Raja-raja Melayu purba pernah berpusat di Kelantan,Kedah sehingga ke Segenting Kra.Pemerintahan Sri Dharmaraja sampai ke Pahang.Dalam petitih-petitih Siam era klasik ada mengatakan Siam itu sampai ke Pahang.Masa tu Siam ni tak identik dengan Ayutthaya tapi Sri Dharmaraja sebab ini kerajaan besar sebelum wujud Ayutthaya.Sultan Melaka pernah berperang dengan Maharaja Dewasura,ini pemerintah Pahang yang masih setia dengan Sri Dharmaraja.Maharaja Srivijaya mempunyai seorang anak nama Sanjaya dan dia inilah Aji Saka yang bawa kebudayaan Kelantan Kuno ke Jawa.Sebab itu ada wayang kulit dan kain batik kat Jawa.Dalam rekod Khmer,Sanjaya ialah Ajiraja.

Berbalik kepada Kesultanan Sulu,ada satu ketika Sultan Brunei hadapi satu pemberontakan dalam wilayahnya.Jadi Sultan Brunei minta saudaranya,Sultan Sulu bantu.Pemberontakan tahun 1703 tu berjaya diatasi.Sebagai hadiah,Sultan Brunei bagi timur Sabah pada Sultan Sulu.Inilah ALASAN yang dipakai oleh Macapagal dan Marcos nak tuntut Sabah dan sesetengah militan Sulu.

Nak tahu pasal apa James Brooke jadi Rajah Putih?Sebab Sultan Brunei tak mampu hadapi pemberontakan dan kekacauan dalam wilayahnya.Nampak?Beres masalah,bagi tanah kat orang lain.Selesai masalah,bagi tanah kat orang lain.Sebab apa?Sebab raja-raja Melayu masa tu kaya dengan tanah.Tanah ni satu 'matawang' yang paling high demand macam Dinar Kuwait dan bersifat universal.Satu lagi orang putih memang nakkan tanah untuk buat port dan kawal perdagangan.

Pada abad ke-19,Sepanyol mula serang Kesultanan Sulu.Akhirnya pada tahun 1851,Sulu dan Sepanyol buat penjanjian damai.Dalam perjanjian tu Sultan Sulu dipaksa mengakui kedaulatan Sepanyol atas Sulu.

Lepas tu,macam wabak penyakit,Sultan-sultan Sulu galak lepaskan wilayah pada para penjajah yang cekik darah.Mula-mula pajak tanah pada ejen British,Dent dan Overback lepas tu pada tahun 1903,Sultan Jamalul Kiram bagi terus Kempeni Borneo Utara.

Tapi yang paling menyusahkan ialah Sepanyol.Mereka tak henti2 kacau Sulu sampai ada satu perjanjian namanya Protokol Madrid yang 'absolutely' nak tuntut seluruh Kesultanan Sulu diberi pada conquistador ni.

Lepas tu Amerika datang dan berperang pula dengan Sepanyol.Amerika ni baru nak naik ekor.Bayangan kuasa baru masa depan.Sedangkan British boleh kena halau masa Perang Kemerdekaan Amerika,apatah lagi Sepanyol si conquistador tua ni.Sepanyol kalah dan secara automatik seluruh Filipina dan Sulu bawah Uncle Sam.

Masa nilah Kesultanan Sulu ni terus terhapus.Ingatkan Amerika ni ok lagi dari Sepanyol,rupa-rupanya lagi kejam dan agresif.Banyak pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan oleh tentera Amerika.Masa ni kerabat sultan memang tak dengar berita dah.Sejarah sultan-sultan Sulu jadi 'loophole' masa penjajahan Amerika ni.Ini jadi ALASAN segala bagai manusia yang mengaku waris sah Sultan Sulu.Lebih dua puluh orang mengaku waris sah Sultan Sulu dari pelbagai keluarga kesultanan sehingga wakil kerabat Sultan Sulu pun nak tumpang sekaki mengaku sultan juga.

Saya nak sentuh pasal kes tuntut tanah dengan alasan dahulu ia kepunyaan satu-satu pemerintahan.Dalam kes Filipina,dia tak boleh tuntut Sabah sebab dahulu tiada Filipina.Tanyala Kamaluddin,Alauddin atau Jamalul Kiram siapa Filipina?Filipina hanya wujud sejak 1898.Filipina menuntut Sabah melalui Kesultanan Sulu,padahal pernah ke Sultan Sulu duduk bawah Filipina?Tak pernah makhluk nama Filipina ni perintah Sultan Sulu sebab seluruh Kepuluan Filipina termasuk Sulu duduk bawah Sepanyol dan Amerika.Jadi Filipina dan Kesultanan Sulu=TIADA KAITAN.

Ini beza dalam kes Pulau Pinang.Sultan Kedah berhak tuntut Pulau Pinang sebab Kesultanan Kedah telah wujud sejak 1136 Masehi!Perjanjian dengan Francis Light tu pun dengan Sultan Kedah,institusi yang sama.Apabila Malaysia merdeka dari British,maknanya automatik British serah balik seluruh haknya di sini pada Malaysia.Jadi segala perjanjian pelik raja-raja dulu terbatal.Dia reset balik.Ini beza dengan kes Filipina sebab yang sign penjanjian dengan Sepanyol atau Amerika bukan 'Sultan Filipina'.

Filipina ni macam tuntut tanah atas nama moyang orang lain.Sultan Kedah pula berhak tuntut tanah moyangnya dulu.

Ok,katakan ada 'Sultan Sulu' pada zaman moden ni tetiba je tuntut Sabah.Apa macam?

Tak boleh sebab Sabah dah diserah oleh Sultan Sulu pada penjajah lepas tu Sabah memilih merdeka bersama Malaysia.

Kedah boleh tuntut Pulau Pinang sebab perjanjian dah reset sejak merdeka.Sultan Kedah hanya bincang dengan Pusat (Malaysia) sebab British serah Tanah Melayu pada Malaysia.Jangan takut pada Francis Light.Sekarang Francis Light ada urusan yang sangat berat di alam barzah.

Dalam kes Sulu-Sabah,takde situasi 'reset' ni.Bila Sabah setuju merdeka dengan Malaysia,dia ada PERJANJIAN baru.Sultan Sulu kena defeat perjanjian ini malah perjanjian-perjanjian pelik yang lain,yang disetujui sendiri Sultan Sulu.

Kena panggil balik Sepanyol dan Amerika.Mungkin Sultan Brunei sekali dok bincang.Silap haribulan,Sultan Brunei pula tuntut Sabah pula.

Sebab itu saya merasa pelik dengan kes Batu Putih sebab sepatutnya Malaysia tuntut melalui Kesultanan Johor.Singapura nak tuntut melalui apa?Kerajaan Temasek?Sebab Singapura Moden tak pernah jajah Batu Putih sebab diri dia sendiri kena jajah dengan British.Pulau tu patut kena tanya British dia buat perjanjian dengan siapa (of course Sultan of Johor).Kalau saya deal dengan anda,kenapa orang lain boleh tuntut barang saya.Hanya saya dan anda sahaja berhak dirujuk atas barang tersebut.

Sepak terajang sejarah ni...sekarang adalah trend untuk ambil tanah orang lain sesukahati.Sebab itu belajar sejarah tu penting supaya orang lain tak boleh tipu anda hidup-hidup ataupun setelah anda mati.

~Srikandi (Gadis Pencinta Sejarah)

Sabah/Malaysia & Sulu (bhgian 1)


Jika Malaysia tidak sayangkan Sabah

Ok,mari kita main satu political game.Pemikiran macam ni selalu digunakan oleh jenerel-jeneral besar dunia macam Salahuddin Al-Ayyubi sehinggalah oleh Albert Pike.



Gambar sekadar hisasan

 




















Senario pertama: Sabah diserahkan kepada Sulu (Jamalul Kiram III)

Katakan secara tiba-tiba Malaysia bermurah hati menyerahkan Sabah kepada Jamalul Kiram III (padahal timur Sabah je yang Sultan Brunei bagi pada Sultan Sulu dulu) Ini kerana tak semena-mena seorang pengikut dia dikatakan ditembak oleh tentera Malaysia (atau ditembak sendiri jeneral Sulu untuk trigger situasi).Lepas tu apa lagi,Malaysia kena pressure antarabangsa .Jadi akibat tekanan pelbagai pihak akhirnya Malaysia melepaskan Sabah kepada Jamalul Kiram III walaupun mendapat tentangan dari The Sabahans


Jamalul Kiram III dan para pengikut bergembira dengan keputusan Malaysia.Sabah sudah mewah di bawah Malaysia jadi tak payah susah-susah.


Next apa jadi?


Filipina akan muncul.Dia akan bukak topeng dia.Nape lak?Sebab Filipina akan tuntut Sabah dari Jamalul Kiram III sebab kata Filipina kununnya pada 12 September 1962, Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I dah sign satu perjanjian bagi haknya ke atas Sabah pada Filipina.Sebab itu Macapagal dulu nak claim Sabah.Tapi sebab Malaysia ni ada prestij dalam hubungan diplomatik dan banyak geng antarabangsa yang simpati kat dia tambahan pula The Sabahans memilih merdeka bersama Malaysia jadi Filipina diamkan je dan sambung balik hubungan baik dengan Malaysia.


Jamalul Kiram III menentang (of course!).Filipina pulak kata Sulu masih bawah kuasa Filipina dan apa jua wilayah yang didapat Sulu automatik bawah Filipina (ini benar sebab masyarakat antarabangsa iktiraf Sulu bawah kedaulatan Filipina).


Next apa jadi?


War.


Jamalul Kiram III akan hire seluruh pasukan Tausug separa tentera dia macam Abu Sayyaf kumpul senjata dan pertahankan Sabah.Agak-agak Filipina nak rilek je?Filipina akan turunkan komando-komando dia malah dibantu oleh Amerika.Nape Amerika?Sebab ini busy-body.Suka sibuk hal orang lain.


Siapa taknak Sabah?Minyak,kayu balak dan macam-macam.Lagi pulak dah develope under Malaysia.Just sambung je.


Sabah akan jadi warzone.Yang menderita ialah...


The Sabahans.


gambar sekadar hiasan

Senario Kedua: Jamalul Kiram III berebut dengan Sultan-sultan Jadian.


Ini terjadi sebelum Filipina masuk campur.Lepas Sabah dapat kat Jamalul Kiram III,secara drastik akan muncul berpuluh-puluh makhluk dari serata Sulu malah dari Kuala Lumpur dan Manila yang akan mengaku haknya ke atas Sabah.Mereka akan mengaku datang dari pelbagai salasilah Kesultanan Sulu.Takde kaitan dengan Sultan Sulu,usaha ada kaitan dengan Sultan Brunei.Takde kaitan dengan raja-raja,usaha ada kaitan dengan kerabat raja ataupun bangsawan macam Datu-datu.Ini termasuk seorang Cina dari Hong Kong yang juga tak segan silu mengaku King of Borneo.


Siapa taknak Sabah?Minyak,kayu balak dan dah develope under Malaysia dulu.


Tiba-tiba salah seorang sultan yang menuntut tadi yang bernama Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dengan organisasinya telah mendapat kepercayaan rakyat Sulu untuk take over Sabah.Sudah tentu Jamalul Kiram III teramat marah sebab dia yang susah payah ambil Sabah dari Malaysia.Eh,senang2 je ko ambik Sabah dari aku,kata Jamalul Kiram III dengan nada penuh ketidakpuashatian.


Jamalul Kiram cuba memenangi hati rakyat Sulu tapi rakyat Sulu tolak dia sebab dia ni selalu dok Manila,bandar mewah sedangkan rakyat Sulu melonta-lonta kat tanahair sendiri.


Next apa jadi?


Mereka cuba berbincang.Tapi macam biasa ada tuntutan yang tak dipersetujui.Darah Tausug ni memang panas.Mereka antara pejuang terbaik dalam dunia.Kalah gerila Somalia atau Vietcong kalau compare dengan Tausug fighters.


Next....


War.


SSDI kumpulkan para panglima dan syariff mereka.Jamalul Kiram III hire seluruh para pengikut setia dia kumpul tentera dan 'senjata berat'.Kemungkinan Abu Sayyaf turut serta sebab dijanjikan wang dan awek Sabah.


Lokasi perang:Sabah

Masa:siang malam.Tausug fighters tak penah kenal erti penat dalam berjuang.

Yang menderita ialah...


The Sabahans


Senario Ketiga: Gerakan Kemerdekaan Sabah (GKS)


Ketika rundingan Jamalul Kiram III dengan Malaysia berjalan,ada banyak pihak intai peluang sebenarnya.Filipina sudah pasti.Dia dah sediakan tangguk awal2.Tapi ada satu entiti yang nak menangguk di air keruh gak.


Makhluk ni nama dia GKS (Ini istilah saya).Mereka ni nak wujudkan satu republik nama 'North Borneo' kununnya.


Mereka ni didanai oleh organisasi antarangsa dan gerakan Kristinisasi.Filipina mungkin salah satu 'godfather' mereka selain kartel-kartel missionari Kristian dari Indonesia yang jadi mentor diorang.


Mereka ni dah lama buat kempen 'kesedaran' kepada The Sabahans supaya blah je dari Malaysia.Mereka kata The Sabahans kena tipu dengan Malaysia dan sebagainya.The Sabahans dijanjikan negara sendiri dan boleh tadbir hasilbumi sendiri.Mereka kata Malaysia selama ini sedut kekayaan Sabah.The Sabahans angguk2 je dengar kata GKS.Tetiba je The Sabahans melihat Malaysia ni jahat macam Pol Pot.


Bila Malaysia setuju lepas Sabah,para pemimpin GKS bersorak depan TV.Mereka pun aturkan beberapa langkah.Semua siap dirancang.


Seperti yang dirancang,pergolakan berlaku antara Jamalul Kiram III,Sultan-sultan Jadian dan Filipina.Sabah jadi the warzone.Abu Sayyaf pula makin seronok buat drama penculikan.Malaysia mula menempatkan komando mereka di sempadan.Ada The Sabahans jadi pelarian dan minta perlindungan dari Malaysia.


GKS hantar memorandum pada PBB minta campur tangan.GKS kata mereka mewakili The Sabahans.PBB dengan senang hati campur tangan.Model yang dicontohi oleh GKS adalah Timor Leste.


PBB hantar tentera pengaman.Bila semua pihak senyap,PBB buat pungutan suara.The Sabahans yang dah termakan propaganda GKS memilih merdeka bersama GKS.


Jamalul Kiram III melopong.Sultan jadian melopong.Filipina ternganga.


GKS tadbir Sabah.Tapi rupanya tadbir negara baru ni susah.Lee Kuan Yew senang bangunkan Singapura sebab kecik ciput je tapi Sabah ni berpuluh kali ganda Singapura atau Timor Leste.Tapi Sabah bernasib-baik sikit dari Timor Leste sebab dulu Malaysia memang bangunkan Sabah betul-betul tak macam Indonesia yang terlampau bangunkan Jawa hasil minyak Aceh dan lain-lain propinsi.


GKS mula minta dana dari Vatikan dan dunia Kristian.Amerika pun datang.Ingat Amerika ni 'pious'?Pengikut Jesus sejati?Nope.Tuhan mereka adalah dollar.Segala bagai penyangak ekonomi datang.Sabah terlalu luas dan banyak sukukaum.Tiap kaum nakkan hak samarata.Kadazandusun nakkan hak keistimewaan,Murut nak juga...Bajau pun takpuashati,dia nak juga.Tausug pun lagi takpuashati.Patut Sabah dapat kat orang Sulu pasal apa GKS ni dapat?


Lepas beberapa tahun Sabah makin mundur sebab masalah dalam negara terumbang-ambing dan tak settle lagi.Masing-masing tamak hasilmahsul Sabah.Kadazandusun nak minyak,Bajau lagilah nak sebab mereka 'raja laut'.Murut kata diaorang nak hasilbalak.Melayu Sabah dan Brunei Sabah serta muslim lain (termasuk kaum-kaum Sulu) didiskriminasi.Azan tak boleh dikuatkan.Lastly corong azan kena hala dalam masjid.Sedih.


Yang lost dalam game ini tetap...


The Sabahans


Game over.


 Fikir -fikirkan..



oleh:~ Srikandi

Saturday, February 16, 2013

Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya daripada Allah, maka cahaya tidak boleh memberi kesan kepada hati-hati mereka yang kotor dengan maksiat kepadaNya sebagaimana ungkapan Syair yang masyhur daripada Imam Syafie :



“ Aku mengadu kepada Imam Waqie’ tentang buruknya hafalan aku..

Lalu beliau tunjukkan aku jalan untuk aku tinggalkan maksiat..

Maka beliau mengkhabarkan padaku bahawa Ilmu itu adalah cahaya daripada Allah..

Adapun cahaya Allah itu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada

mereka yang lakukan maksiat ”



Maka sesiapa yang mencari cahaya Allah tersebut hendaklah menelusuri dengan cara yang betul dan penuh mujahadah (kesungguhan). Justeru itu, Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha yang ditunjukkan.

Firman Allah :

“ والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين ”

“Mereka yang bersungguh-sungguh (bermujahadah mencari Redha Allah), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, sesungguhnya Allah bersama mereka yang berbuat kebaikan”.
(Surah al-Ankabut : 69)