Kisah Tauladan:
AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
Abu Umamah
r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya
kami semua
mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu
tentang kelebihan Al-Qur'an.
Telah bersabda
Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti
dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang
sangat
memerlukannya."
Ia akan datang
dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah
kamu kepadaku?"
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
"Siapakah
kamu?"
Maka berkata
Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan
juga telah
bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di
waktu siang
hari."
Kemudian
berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu
Al-Qur'an?"
Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca
mengadap Allah
S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan
kekal di
tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua
ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak
dapat ditukar
dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya :
"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami
tidak sampai
ini?"
Lalu dijawab :
"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari
Al-Qur'an."
No comments:
Post a Comment