KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S
Dalam
sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala
Nabi
Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-
Zabur,
dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu
Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah
dengan
ulat ini?"
Sebaik
sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun
mengizinkan
ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula
berkata-kata
kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah
mengilhamkan
kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala
ilaha
illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada
malamnya
Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli
ala
Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap
malam
sebanyak 1000 kali.
Setelah
ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi
Daud
A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat
faedah
darimu?"
Akhirnya
Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang
remeh
akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka
Nabi
Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah
sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang
telah
dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah
diri
kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi
bukanlah
untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita
jadikan
sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa
sahaja makhluk Allah
yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
No comments:
Post a Comment