Wednesday, September 12, 2012

Makhluk Tuhan







Aku
Air yang setitis itu
Yang maujud
Berselimutkan jasad
Sangkar yang mengekang
Roh bersarang

Aku
Tiada dibiar terlantar
Tiada dibenar terawang
Dalam dimensi fana
Kerana aku
Telah ditunjukkan jalan
Lurus atau pesong
Aku yang memilih

Makhluk
Yang bulat dan yang tajam
Yang halus secara halus
Yang kasar secara kasar
Sembunyi sebalik hijab
Yang licik
Membisikkan was – was
Yang patuh
Mencatat baik buruk
Tiada ia terlepas pandang

Aku
Yang dianugerahkan tanggungjawab
Yang sebaik – baik ciptaan


Nukilan,
Riwayat Panji Alam
(Dewan Siswa,Julai 2012)

No comments:

Post a Comment