Wednesday, September 12, 2012

Wajah Dunia






Dunia bermacam tanda tanya
Dia jerangkap samar yang melata
Dia yang mula mencari mangsa
Sejak si kecil mula membuka mata

Dunia bermacam wajah dan ragam
Dia menghisap darah rakyat marhaen
Marga mana yang ingin dihapuskan
Akan dilupus tiada meninggal kesan 

Dunia sebuah medan kawalan
Dia yang mencaturkan pentas lakonan
Dia yang mengarahkan hero dan watak hitam
Agar bertelagah di tengah keamanan
Agar tidak berdosa menjadi taruhan

Dia tidak akan selamanya tegak berdiri
Dia akan tersungkur selepas 40 hari


Nukilan,
Riwayat Panji Alam

(Tunas Cipta Julai 2012)

No comments:

Post a Comment