AKAN MEMBUAT KAMU BERPUTUS ASA, SEDANGKAN KAMU TELAH BERSUNGGUH-SUNGGUH
BERDOA, INI KERANA ALLAH MENJAMIN UNTUK MENERIMA SEMUA DOA,
MENURUT APA YANG DIPILIH-NYA UNTUK KAMU, TIDAK MENURUT KEHENDAK
KAMU, DAN PADA WAKTU YANG DITENTUKAN-NYA, TIDAK PADA WAKTU YANG
KAMU TENTUKAN.
Apabila kita berkehendak mendapatkan sesuatu sama ada duniawi mahupun ukhrawi
maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Jika usaha
kita tidak mampu memperolehinya kita akan meminta pertolongan daripada orang
yang mempunyai kuasa. Jika mereka juga tidak mampu membantu kita untuk mencapai
hajat kita maka kita akan memohon pertolongan daripada Allah s.w.t, menadah
tangan ke langit sambil air mata bercucuran dan suara yang merayu-rayu
menyatakan hajat kepada- Nya. Selagi hajat kita belum tercapai selagi itulah
kita bermohon dengan sepenuh hati. Tidak ada kesukaran bagi Allah s.w.t untuk
memenuhi hajat kita.
Sekiranya Dia mengurniakan kepada kita semua khazanah yang ada di dalam bumi
dan langit maka pemberian-Nya itu tidak sedikit pun mengurangi kekayaan-Nya.
Andainya Allah s.w.t menahan dari memberi maka tindakan demikian tidak sedikit
pun menambahkan kekayaan dan kemuliaan-Nya. Jadi, dalam soal memberi atau
menahan tidak sedikit pun memberi kesan kepada ketuhanan Allah s.w.t.
Ketuhanan-Nya adalah mutlak tidak sedikit pun terikat dengan kehendak, doa dan
amalan hamba-hamba-Nya.
Dan Allah berkuasa melakukan apa yang di kehendaki-Nya. ( Ayat 27 : Surah Ibrahim
Semuanya itu tunduk di bawah kekuasaan-Nya. ( Ayat 116 : Surah al-Baqarah )
Sebahagian besar daripada kita tidak sedar bahawa kita mensyirikkan
Allah s.w.t dengan doa dan amalan kita. Kita jadikan doa dan amalan sebagai
kuasa penentu atau setidak-tidaknya kita menganggapnya sebagai mempunyai kuasa tawar
menawar dengan Tuhan, seolah-olah kita berkata, “Wahai Tuhan! Aku sudah membuat
tuntutan maka Engkau wajib memenuhinya. Aku sudah beramal maka Engkau wajib
membayar upahnya!” Siapakah yang berkedudukan sebagai Tuhan, kita atau Allah
s.w.t? Sekiranya kita tahu bahawa diri kita ini adalah hamba maka berlagaklah
sebagai hamba dan jagalah sopan santun terhadap Tuan kepada sekalian
hamba-hamba. Hak hamba ialah rela dengan apa juga keputusan dan pemberian
Tuannya.
Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Kita telah berusaha tetapi gagal.
Kita
telah meminta pertolongan makhluk tetapi itu juga gagal. Apa lagi
pilihan yang
masih ada kecuali menyerahkan segala urusan kepada Tuhan yang di Tangan-
Nya terletak segala perkara. Serahkan kepada Allah s.w.t dan tanyalah
kepada
diri sendiri mengapa Tuhan menahan kita dari memperolehi apa yang kita
hajatkan? Apakah tidak mungkin apa yang kita inginkan itu boleh mendatangkan
mudarat kepada diri kita sendiri, hingga lantaran itu Allah s.w.t Yang Maha
Penyayang menahannya daripada sampai kepada kita? Bukankah Dia Tuhan Yang Maha
Pemurah, Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui
(segala-galanya)?
Sedang Ia Maha Halus urusan Tadbiran-Nya, lagi Maha Mendalam
Pengetahuan-Nya.
(Ayat 14 : Surah al-Mulk )
Dialah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dialah
jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Ayat 18 : Surah at-Taghaabun )
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang
Kami
tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik
daripadanya, atau
yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? ( Ayat 106 : Surah al-Baqarah )
Allah s.w.t Maha Halus (Maha Terperinci/Detail), Maha Mengerti dan Maha Mengetahui
yang ghaib dan yang nyata. Allah s.w.t yang bersifat demikian menentukan buat
diri-Nya yang apa sahaja yang Dia mansuhkan digantikannya dengan yang lebih
baik atau yang sama baik. Dia boleh berbuat demikian kerana Dia tidak bersekutu
dengan sesiapa pun dan Dia Maha Berkuasa.
Seseorang hamba sentiasa berhajat kepada pertolongan Tuhan. Apa yang dihajatinya
disampaikannya kepada Tuhan. Semakin banyak hajatnya semakin banyak pula doa
yang disampaikannya kepada Tuhan. Kadang-kadang berlaku satu permintaan
berlawanan dengan permintaan yang lain atau satu permintaan itu menghalang
permintaan yang lain. Manusia hanya melihat kepada satu doa tetapi Allah s.w.t
menerima kedatangan semua doa dari satu orang manusia itu.
Manusia yang dikuasai oleh kalbu jiwanya berbalik-balik dan keinginan
serta hajatnya tidak menetap. Tuhan yang menguasai segala perkara tidak berubah
- ubah.
Manusia yang telah meminta satu kebaikan boleh meminta pula sesuatu yang
tidak baik atau kurang baik. Tuhan yang menentukan yang terbaik untuk hamba-Nya
tidak berubah kehendak-Nya. Dia telah menetapkan buat Diri-Nya:
Bertanyalah (wahai Muhammad): “Hak milik siapakah segala yang ada di
langit dan di
bumi?” Katakanlah: “(Semuanya itu) adalah milik Allah! Ia telah
menetapkan atas diri-
Nya memberi rahmat.” (Ayat
12 : Surah al-An’aam )
Orang yang beriman selalu mendoakan:
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat, dan
peliharalah kami dari azab neraka”. ( Ayat 201 : Surah al-Baqarah )
Hamba yang mendapat rahmat dari Allah s.w.t diterima doa di atas dan doa
tersebut menjadi induk kepada segala doa-doanya. Doa yang telah diterima oleh Allah
s.w.t menapis doa-doa yang lain. Jika kemudiannya si hamba meminta sesuatu yang
mendatangkan kebaikan hanya kepada penghidupan dunia sahaja, tidak untuk
akhirat dan tidak menyelamatkannya dari api neraka, maka doa induk itu menahan
doa yang datang kemudian. Hamba itu dipelihara daripada didatangi oleh sesuatu
yang menggerakkannya ke arah yang ditunjukkan oleh doa induk itu. Jika
permintaannya sesuai dengan doa induk itu dia dipermudahkan mendapat apa yang
dimintanya itu.
Oleh sebab itu doa adalah penyerahan kepada Yang Maha Penyayang dan Maha
Mengetahui. Menghadaplah kepada-Nya dan berserah diri kepada-Nya serta ucapkan,
“Wahai Tuhanku Yang Maha Lemah-lembut, Maha Mengasihani, Maha Mengetahui, Maha
Bijaksana! Daku adalah hamba yang bersifat tergopoh gapah, lemah dan jahil.
Daku mempunyai hajat tetapi daku tidak mengetahui kesannya bagiku, sedangkan
Engkau Maha Mengetahui. Sekiranya hajatku ini baik kesannya bagi dunia dan akhiratku
dan melindungiku dari api neraka maka kurniakan ia kepadaku pada saat yang baik
bagiku menerimanya. Jika kesudahannya buruk bagi dunia dan akhiratku dan
mendorongku ke neraka, maka jauhkan ia daripadaku dan cabutkanlah keinginanku
terhadapnya. Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku Yang Maha Mengerti dan Maha Berdiri
Dengan Sendiri”.
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dialah
juga yang
memilih (satu-satu dari makhluk-Nya untuk sesuatu tugas atau keutamaan
dan
kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih
(selain dari
pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya dari apa
yang mereka
sekutukan
dengan-Nya. {
Ayat 68 : Surah al-Qasas }
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu (Al Baqarah 2: 216)
dipetik dari : Kitab
Hikam oleh Ibn Athaillah Al -Sakandari (Hikmah ke 6: ms 36)
No comments:
Post a Comment